Isnin, 30 November 2009

MAGIC APAKAH INI.....

Sesuatu yang pelik telah berlaku semalam....

Cuba perhatikan pic. kete kat bawah ni...

Berkilat-kilatkan.....

Buntu fikiran duk fikir sapa la yang tolong basuh kete kami ni...

Balik dari rumah mak malam raya ketiga tu, kete ni memang kotor dan hubby plan nak basuh pagi semalam.....

Tapi hubby tak jadi basuh sebab dia asyik ngan training helikopter kat dalam lappy dari pagi sampai ke petang......

Nak kata ada orang masuk dalam pagar kami, semalam memang kami tak bukak pagar langsung... even malam tadi baru pagar tu kami bukak sbb nak keluar ke Mesra Mall....

Masa on the way ke Mesra Mall tu baru hubby perasan kete kami bersih semacam sbb takde sebarang kesan kotor kat cermin depan.....

Bila tengok body kereta memang berkilat.....siap ngan sport rim pun berkilat sama..... ajaib....ajaib....

Pagi tadi kami telek lagi kete tu kot2 la malam tadi kami tersalah pandang......

Memang sah...... bersih sebersih bersihnya....

Citer magic ni dah jadi topik hangat sembang aku ngan hubby dari malam tadi hingga ke pagi nie...

Aku: Gamoknya 'orang' tu rimas tengok kete abang kotor sbb tu la dia tolong basuh kete nie...

Hubby: Haah, lepas nie ngan abang sekali dia bawok gie 'dunia bunian' dia....

Huhuhu.....berani sungguh dia cakap camtu......

Harap-harap takde sebarang petanda tak baik berlaku......tak pernah kami alami situasi macam ni.... Semoga kami sekeluarga di bawah lindung Allah S.W.T 

Khamis, 26 November 2009

GANTUNG AWARD CHUMELLLL

Dapat award dari Dik Mya. Maceh dik. Chumel dan cute sangat. I liiikeeeeeee.. 

Yang ni pulak dari Kak Tie sebagai penghargaan buat semua follower kesayangan beliau yang dah mencecah seratus orang tue. Wah wah wah..... glemer kan. Bila la turn aku plak nak cecah nombor nie... hehehe.....

SALAM AIDIL ADHA

Selamat Menyambut Hari Raya haji buat semua. 

Kepada kengkawan yang balik kampung, hati2 di perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. 

Bagi yang nak pulang ke Pantai timur, jangan risau kerana cuaca cerah menyambut anda di sini... (air banjir dah semakin surut rasanya).

SEMOGA BERGEMBIRA DI RAYA HAJI NANTI..


Rabu, 25 November 2009

KAN DAH KATA

HAHHAHHAHAAAAAAAAAAAA......... 

Gelak dan tawa semalam masih berbaki sebenarnya..... 

Sila jangan jelesss dengan aku tau pasal memang sah itu adalah 'DIA'

Sakan berborak dan gelak tak henggat (hingga kepala aku terhantuk kat dinding) bila kami bersua muka.

Jangan tanya apa yang kami borakkan tau kerna ia adalah rahsiaaaaaa.....kahkahkah (saje jer buat korang sakit hati....hehehe....)

Aduhai keciknya dunia hingga jiran di alam maya menjadi nyata.... 

Sehingga kini masih lagi rasa tak percaya hanya dinding yang menjadi pemisah kami.....

Semoga silaturrahim yang terjalin di bawah restu Ilahi.....

Aminnnnn........

p/s: Sis...semoga seronok tinggal di sini...

HARI INI..........


Alhamdulilah, matahari bersinar ceria....

Langit terang benderang tanpa sedikit pun tanda hari nak hujan...

Harapnya cuaca sebegini berkekalan hingga esok dah selepas raya haji hendaknya...hehehe

At least dapat la perantau pulang ke desa dengan gembira..... tanpa ancaman banjir semestinya kan....

Buat ibu-ibu yang nak jemur kain baju tue, cepat-cepat la rebut peluang keemasan nie.... kang hujan datang lagi menyesal tak berlagu plak nanti.... 

Selasa, 24 November 2009

JIRAN BARU

Pstttttt.......aku dapat jiran baru tau. Tengahari semalam agaknya dorang sampai sbb waktu pagi aku nak gi kerja tu dorang takde lagi. Balik kerja petang semalam, aku tengok jiran aku dah selesai berkemas dah . Siap dah bersihkan simen depan rumah dia yang penuh ngan najis kambing.Kesian tau!!!

Aku pun sakit hati ngan anak2 jiran aku nie, dah la sesuka hati main dalam pagar rumah orang, lepas tu tak reti-reti nak tutup pagar tu balik. Yang mak dia ni plak satu hal jugak, takde la pulak nak tegur anak dia nie jangan sesuka hati ceroboh kawasan rumah orang....haihhhhh....

'rumah jiran baru aku yg ada 4x4 tu'

Tak sempat nak berkenalan ngan jiran aku ni lagi. Sebenarnya hubby dia dah sebulan duk sini, tapi kali nie baru bawak isteri dan anak2 pindah sekali. Tetiba aku teringat kat Sis Linda. Kalau diikutkan Sis Linda pun start pindah ke ganu sabtu ari tu. Katanya hari ahad kira dah ada kat sini la. Ntah-ntah dia yang jadik jiran baru aku nie....hehehe...

Sis, cepat la update blog. Sibuk mengemas lagi ke? Ke sibuk main air banjir nie.... 
 

Isnin, 23 November 2009

BILA TENGKUJUH DATANG.....

Keadaan banjir di Terengganu makin buruk.  Hujan tak henti-henti dari hari Khamis sehingga semalam. Syukur jugak hari ni cuma hujan renyai-renyai jer. At least sempat ler air banjir tu surut sikit sebelum hujan lebat datang lagi.  

Disebabkan hujan lebat yg takmo berhenti tu jugak, petang semalam sume staff ofis aku balik awal. Alasannya takut tersekat air banjir. Pandai ler korang yer!!!! Tinggal ler mak budak berdua jer kat ofis aku ni. Ntah masa mana dorang balik pun kitaorg tak sedar. Tau-tau dah sunyi sepi dah kat luar ofis tu.....huhuhu..... 

'kat ofis petang smlm - baru jam 3 lebih tapi cam dah nak maghrib'

Yang kat bawah ni plak ikan kegemaran aku tiap kali musim banjir. Pembekalnya abang aku yang suka memukat ikan tue. Dalam ramai2 adik pompuan dia, aku jer la sorang yang makan ikan nie. Goreng garing-garing sodappp tau. Makan plak ngan nasi panas yang berasap tue....mau bertambah dua tiga pinggan.... kalau ada lauk lain memang aku tak pandang dah...hahahaha...

'fresh dari sungai'

Ahad, 22 November 2009

ANAKKU CERIA GIVE-AWAY CONTEST

(STICKY MODE ENTRY)

Aku gatai tangan nak join kontest.Penyertaan di saat akhir sebab tarikh tutup kontestnya adalah hari ni. Harap-harap masih diterima oleh pihak penganjur hendaknya. Contest Anakku Ceria Give-Away ni dianjurkan oleh Iza dengan tujuan menambahkan kengkawan di alam maya katanya. Pstttt Iza, jom ler jadik kawan saya. Saya sukaaaaaaaaaaaa.... hehehe....

Ini pulak adalah pic. yang aku ingin pertaruhkan. Waktu ni sarah genap usianya setahun sebulan. Rambut pun masih pendek dan kelihatan ala-ala boboy lagi....hehehe. "Lihatlah dunia betapa gembira dan seronoknya saya bila dapat mamam kismis. Paling seronok lagi kalau saya dapat main botol kismis tu....hahhahaaaa...."
 

Nama Bayi: Nur Atikah Maisarah
Umur: 1 Tahun 8 Bulan

Cik puan Iza kita juga telah bermurah hati nak hadiahkan pemenang dengan hadiah yang cukup cantik ini.

*

*

*

*

*

*

*

*

1 Vantage Cookware 3.0L

Hadiah adalah ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

Jumaat, 20 November 2009

DI RAGUT....

Kes ni berlaku petang semalam dalam pukul 4 lebih. My hubby diragut sorang budak remaja lelaki lingkungan 20-an sewaktu keluar dari bank. Berani sungguh sang semut melawan sang gajah yerk.....

Kebetulan lepas keluarkan duit dari atm machine tu, hubby tergerak nak pegang kemas2 wallet dia. Apalagi tersungkur ler mamat tuh bila rembatan tak berjaya. Tambah malang lagi bila dapat penumbuk dan sepak terajang free dari my hubby. Bayangkan ler gajah pijak sang semut jadik camner.....nasib tak mati tau. Silap haribulan hubby aku plak yang masuk penjara.

Sedih jugak bila dengar hubby citer ramai orang awam yang tolong tambah belasah budak tu lepas hubby blah.....huhuhu.....nasib ko la dik. Sapa suruh carik penyakit. Hubby aku takde plak buat report polis ttg kes ni sbb takut panjang citer plak katanya.  

Khamis, 19 November 2009

KUALA LUMPUR - PART III (BLIND DATE KAMI)

Jangan risau ok, ni adalah entry terakhir aku pasal cuti2 kat KL aritu. Cukup-cukup la kan, nanti ada plak yang muntah ijo baca n3 aku ni. Tak abih2 citer pasal KL jer. 

Hari ketiga di KL, aku dah nak balik dah. Pagi-pagi lagi dah kelam kabut bersiap, tapi sebelum balik tu aku ada blind date dengan sahabat blogger Aini. Last minute janji nak dating kat Zoo Negara. Ok la kan, boleh jugak tunaikan hajat Danish yang dah lama kemaruk nak ke zoo tue (terkena penengan iklan zoom malaysia kat tv....hehehe). 

'kenangan bersama di zoo negara' 

Aku sebenarnya rasa bersalah sangat kat Aini sebab tak dapat sampai tepat mcm yang kitaorg janji. Kami dah tersesat sampai kemana ntah. Sepatutnya perjalanan tu 15 min jer, punya sesat barat sampai 1 jam lebih. huhuhu.....Kesian Aini ngan family terpaksa tunggu berjam lamanya. Alhamdulillah jumpa jugak jalan ke zoo walaupun minyak kete tinggal separuh tangki....

Anyway, seronok sangat dapat habiskan masa yang sekejapan tu sesama. Thank u to our beloved hubby sbb support isteri masing-masing jayakan blind date ni. Kalau takde mereka berdua, verangan ler kami nak jumpa pasal kami ni kalau nak kemana-mana wajib ada driver. hahaha.....ada lesen memandu pun padan gantung kat frame jer.....betul tak Aini?

Harapan aku pertemuan kali ni tak berakhir kat sini jer. Semoga akan ada lagi pertemuan demi pertemuan di masa akan datang. Ainiiiiii....... harap tak serik ketemu Ain lagi. Terima kasih atas layanan mesra terhadap kami sekeluarga. Ain sangat-sangat hargainya. 

Isnin, 16 November 2009

KUALA LUMPUR - PART II

Hari kedua di KL, kami laburkan duit di Sogo... hek eleh mcm ler duit berkoyan-koyan. Takde maknanya kan kengkawan...hehehe...

Idak ler beli apapun selain dari baju tido untuk minah kecik tu. Kesian Sarah, baju tido banyak yg dah separuh kaki dan lengan (singkat belaka doh.....huhuhu). Buat sementara waktu nie, belikan tiga pasang dulu, sek sok kalau mama ada duit lebih kita tambah lagi ya. 

'baju tido si anak dara'

Alang-alang ke sini, hubby sempat belikan orang rumah dia menda nie. Patutnya raya puasa hari tu lagi dia dah belikan, tapi sbb orang rumah dia tu jual mahal, makanya postpone ler memanjang. Sapa la orang rumah dia tu kan kan..... 

'pe kebenda la dalam nie'

Taraaaaaaaa.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

'hehehe....handbag baru'

Macih banyak-banyak ler laling yerk. Kali nie memang aku tak tolak offer hubby sbb telinga aku dah tak tahan dengar si Danish duk komplen mama pakai handbag yang dah rosak. 

Saat yang paling mengembirakan waktu kat Sogo ni apa tau!!!! Aku terjumpa ex-housemate masa belajar kat UM dulu.  Hampir 8 tahun tak bertemu mata ngan Azua ni, tetiba terpandang dia tengah tinjau mainan untuk anak dia. Sempat jugak la berborak dan bertanya khabar sebelum dia bergegas untuk masuk kerja semula (jumpa waktu lunch hour). 

Ahad, 8 November 2009

KUALA LUMPUR - PART 1

Macam lama jer rasanya tak update blog dan tak ziarah teratak kengkawan. Mana aku menghilang yerk!!! Psttt kalau aku cakap korang jangan marah ok... Tiga hari lepas aku kat KL sebenarnya. Bertolak malam Khamis dan balik petang Sabtu.  Bukan takmo cakap kat sesapa tau, tapi takut  apa yang dirancang tak menjadi pulak...pergi pun tak plan, main terjah-terjah jer. Balik kerja dengan pakaian belum pack, siap-siap terus bertolak. Kelam kelibut aku dibuatnya....

Selama 3 hari di KL, aktiviti penuh sampai ke malam. Takde masa dah nak on lappy ke apa. Bawak lappy wat berat bonet keter jer ler... hehehe... Selama tiga hari kat sana, kami duk rumah my sil kat setiawangsa. My sil pun baru jer pindah KL awal bulan hari tue pasal  hubby dia kena transfer kerja kat petronas KLCC. Alang2 kataorg kira ziarah dia sekali la. 

Hari pertama kami ke KLCC. Kali nie aku tak kira, aku nak jugak masuk aquaria tue. Alhamdulillah hajat tercapai sbb minah kecik tido sepanjang duk dalam nie. Kesian sarah, dia nampak sangat letih sampai tidor tak henggat dunia (mlm tu dia nangis tak leh tido pasal tilam kat rumah my sil takde bau tilam dia...payah betul budak neh!!).

Waktu kami tengah pusing2 kat dlm tue, sempat jugak la sarah tengok ikan kejap (taim dia terjaga) sebelum tertido balik kerana keletihan... Yang paling excited abang botak ler. Letih mulut  aku nak jawab soklan dia yang macam-macam. Bagus jugak rasanya ada Aquaria ni kan, at least takde la anak kita jakun sangat dengan hidupan air nie.

sekumpulan ikan yang  riang menyambut kedatangan kami

takot aku tengok gigi dia.... jangan la tangki ni pecah erk...

besarnya ikan ni kan....

penyu kesukaan aku dan danish

tak puas-puas melayan sang penyu....

sarah yang excited tengok ikan

kesian dia ketiduran....

mama with sarah

Rabu, 4 November 2009

DAH LUNCH KE KENGKAWAN???

Aku baru lepas lunch nie...

sampai mengantuk dah mata kekenyangan....

Hari nie spesel sikit, pasal aku ngan ofismate reramai bikin bbq...

memang tak pernah dibuat dek orang bbq tengahari buta kan....

hahaha..... sbb takde orang buat ler maka kami nak buat....

pecahkan rekod yg tak berapa nak pecah gitew....

Sangat seronok dapat makan ramai2 macam nie....

tambah plak ofis kitaorg nie dekat ngan pantai, lagik la syiokkkk...

takmo citer banyak2, so layan picas jer la....

bakar jangan tak bakar....

jangan sampai hangus wehh...hehehe..

close up sikit.... sabor yerk!!

makan time.... lapor dah memasing

cedok jangan tak cedok... banyak lagi tue

aku??.... sorry yea takde dlm picas nie

Selasa, 3 November 2009

HADIAH LAGI DAN LAGIIIIII..... THANK YOU DEARIE

A very big surprised happened on Sunday.... Aku terima dua parcel dalam satu masa..

Parcel pertama tu memang aku dah boleh agak la kan dari siapa, tapi yang satu lagi tu bingung juga duk fikir sapa la yang baik hati kasi...

Dua tiga kali tanya kat abang posmen tu betul ke untuk saya gak nie (masa tue parcel kat tangan dia lagi).... sambil senyum2..

Mana tak senyum wehhhh..... dua tue!!! hehehe.....

Cuba korang tengok nie...... 

satuuuuuuuuuuuu....

duaaaaaaaaaa.......

taraaaaaaaaaaaaaa......

haaa..... tak tipu kan kan....

Anyway, thank you veryyyyyyyyyyyyyyyyyyy muchhhhhhhhhhhhhhh to Dearie LOL atas hadiah yang sangat mengujakan hati dan perasaan nie. 

Akak pandang dua kotak kat atas meja nie pun hati dah berbunga-bunga tau, ini belum bukak hadiahnya lagi....

bila dah bukak hadiahhhh....... huwaaaaaaa (nak nanes sbb rasa sangat-sangat terharu...).

lots of love - parcel pertama

kad yg diselitkan bersama...

Udah ler harum semerbak baunya, terpandang plak love yang cute miut nie. Comellllnyaaaa. Dearie, akak suka sangat2. Suka jugak dgn wangian kat love pillow tue. Agaknya ada tak jual perfume yg bau cenggitu ya.....hihihi.. 

Love nie dua bijik sebenarnya tau, satu yg kecik dan satu yg besar. So yg besar tu aku (kakak) dan yang kecik tu Dearie (adik). Ok tak kalau camtu??

DAN.... ini pulak adalah kejutan dari parcel yg kedua.....

Huwaaaaaaaaa lagikkkkkkk....

Cokelet yang menjadi idaman kalbu sejak dari dulu hingga kini. Macam tak percaya jer bila pandang cokelet ni kat depan mata. Pucuk dicita ulam mendatang orang kata.....syukur dengan rezeki yang Allah berikan.  

Perasan tak cokelet tu dah berkurang. Tak  sempat aku nak snap dah ada yang berkenan. Rezeki yang ada kalau dikongsikan baru la ada keberkatan kan. Soooooo.... jemputlah makan...hehehe...

Dearie, thank you soooo much for the lovely pressie. Akak sangat2 menghargainya. Really really like it tau. Love this frienship forever n ever. 

Isnin, 2 November 2009

HAPPY 31ST BIRTHDAY KV

To my dear friend KV, Happy 31st birthday to you. Aku nyanyi sket k....

Happy birthday to you....

Happy birthday to you....

Happy birthday to KV.....

Happy birthday to you....

Doa aku semoga kau dimurahkan rezeki, berbahagia di samping keluarga tercinta, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan semoga persahabatan kita kekal selamanya. 

Thank u being my friend dear...

Ahad, 1 November 2009

BULAN DIPAGARI CAHAYA...... PLEASEEEEE READ!!!

Ini bukan cerita atau omongan kosong. Malam tadi aku berkesempatan melihat fenomena luar biasa di langit sana. Pertama kali seumur hidup aku melihat bulan dipagari cahaya. 

Alkisahnya kejadian ni dilihat oleh jiran selang dua buah rumah dari rumah aku. Kebetulan pada waktu tu, aku baru pulang dari rumah mil. Jam kira-kira 10.15 lebih camtu. Bila jiran aku duk kecoh suruh aku lihat ke langit, so aku pun dongaklah. Terkejut dan sangat kagum dengan apa yang terpandang dek mata. 

Kejadian yang aku lihat terbawa-bawa hingga ke alam mimpi. Aku mimpikan bumi kita seakan hendak kiamat. Asap keluar berkepul-kepul dari setiap sudut dan penjuru bumi. Aku sangat takut dan betul2 menginsafi diri. Ya Allah apakah petanda semua ini.

Tambah mengejutkan dan mendebarkan perasaan bila aku terjumpa n3 dengan fenomena yang sama kat sini (sila scroll ke bawah hingga korang terjumpa n3 berkenaan bulan ni). Kejadian yang ditulis sama dengan apa yang aku alami. Please bacalah n3 tersebut kerana infonya ada manfaatnya buat kita.

Image mlm tadi dr laman web penulis(http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?postid=4814013)

Sehingga detik N3 ni ditulis, jari jemari masih terasa seram sejuknya. Semoga kita semua di bawah lindung dah rahmat Allah sentiasa. 

Related Posts with Thumbnails