Khamis, 24 Disember 2009

PATAWALI VS BAKAWALI

Petang semalam dalam duk bersembang dengan jiran sebelah sesambil perhatikan anak2 bermain sempat jugak kami mama-mama nie berkongsi petua. Kak Eila bercerita pasal anak dia yg kecik dah bercerai susu badan....

Kagum jugak dengan Kak Eila nie sbb berjaya susukan anak sampai umur anak dia 2 tahun lebih..mungkin sebab dia surirumah sepenuh masa, so takde lah menjadi halangan sangat kan berbanding ibu2 yang bekerja.... Pengalaman aku sendiri, danish hanya sempat menyusu badan hingga umur 6 bulan dan sarah pulak 3 bulan dah takmo susu badan.... sedih sungguh kan.

Bercerita pasal bercerai susu badan ni, rupanya dia gunakan getah pokok bakawali (patawali sebenarnya). Menurut Kak Eila getah pokok ni agak pahit dan jika dibasuh menjadi semakin pahit. Sekali letak terus anak dia dah taknak (jangan tanya taruk getah pokok tu kat mana k, aku pasti ibu2 kat luar sana faham dan tahu nak letak kat mana kans).... hehehe...

Memandangkan dia tahu aku dalam proses nak ceraikan sarah ngan puting, so dia suggestkan aku try getah pokok nie. Petang tu jugak anak lelaki dia bawakkan aku batang pokok patawali nie. Senang jer nak dapat sebab ada jiran belakang rumah kami yg tanam... untung jugak hidup berjiran ni kan....
 
Seingat aku Kak Atie pun pernah suggest kat aku guna getah pokok nie. Teringat komen dia masa aku buat n3 pasal kegagalan percubaan kedua aku dulu. Sekarang nie aku masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk cuba buat ketiga kalinya. Kena dapatkan puting spare untuk sarah dulu sebelum mencuba. Mana tau mama tewas lagi dek airmata dan kegelisahan sarah nanti.... 

Buat tatapan kengkawan yg masih belum mengenali camne rupa pokok patawali (akar seruntum) nie, boleh tengok pict. kat bawah. Jangan pulak ada yg tertukar dengan pokok bakawali yerk sebab kedua-duanya spesis yang berbeza....
 
'patawali yang pahit'

'bunga bakawali yg berbau harum di malam hari'

15 comments:

miemiey berkata...

somoga berjaya tuk kali ke dua mama.....cantik ya bunga bakawali..ni first time tgk..bese dok dgr lagu elly mazlin je..hehehe...dop pernah guna patawali pasal budak ni seng berhenti nyusu..paling senang danial..letak garam dah x moo...

NzA berkata...

moga prcubaan kali ni brjaya....

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

first time nengok dua pokok ni...sebelum ni namanya je yg pernah dengar...

Ain berkata...

miemiey: ada misteri di sebalik bunga bakawali yg harum nie...

bunga nie hanya kembang pada waktu malam dan akan layu bila pagi menjelma...

nza: moga dipermudahkan oleh Allah kak...

Ain berkata...

nadia: akak pun sama.....

kuih batang wali pernah dengar tak?....hehehe...

Nida n' Hanafi berkata...

Ain...

Semoga sukses dan tidak tewas dengan linangan airmata anak..hehe.

Kalau dulu saya try letak asam jawa banyak2... bila anakku lihat dia kata geli, darah katanya.. hehe

Ain berkata...

Nida: harap2 dipermudahkan Allah kan....

cara nida tu mungkin ain boleh cuba, mana tau berjaya kan....

UnGu VioLet berkata...

mar tak penah tgk dekat2 bunga bakawali nie.. wangi yer kak..

Ain berkata...

Mar: bunga nie hanya berbau wangi tengah malam je dik, bila pagi dia akan layu sendiri....

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm pernah dgr pasal bunga ni... semoga berjaya ngan percubaan kali ni

Ain berkata...

cutemiut78: pernah cuba letak getah ni sekali...

pahit yang amat....

ain tak sampai hati tengok sarah serba tak kena, so gi basuh puting tu ngan air bersih dan kasi kat dia semula....

ibu_Arifa berkata...

first time tgk gak bunga dan pokok ni..ingatkan bakawani ni 'khayalan' semata2 sbb dok dgr 'misteri' citer ttg bunganyer..rupanyer dia wujud betul2 dia alam nyata nih..

hihihi..harap sarah ok yer..kesian dia kena rasa benda pahit nih..

Ain berkata...

ibu arifa: min, sekali rasa jer terus berkerut seribu muka dia....

memang takmo langsung puting dia...

lepas akak basuh puting dia tue, dia ragu2 jer nak hisap balik...takut terkena benda pahit lagi....

Kulanz Salleh berkata...

Salam,
mmg banyak cerita2 tentang bunga bakawali ni yg pernah aku dengar..kira unik pokok ni kan? Tapi setakat ni tak pernah lagi tengok live mcm mana pokok ni mekar tgh malam..

Ain berkata...

@Kulanz Salleh

ain pun tak pernah tengok bunga dia mekar waktu malam....

Related Posts with Thumbnails