Khamis, 19 November 2009

KUALA LUMPUR - PART III (BLIND DATE KAMI)

Jangan risau ok, ni adalah entry terakhir aku pasal cuti2 kat KL aritu. Cukup-cukup la kan, nanti ada plak yang muntah ijo baca n3 aku ni. Tak abih2 citer pasal KL jer. 

Hari ketiga di KL, aku dah nak balik dah. Pagi-pagi lagi dah kelam kabut bersiap, tapi sebelum balik tu aku ada blind date dengan sahabat blogger Aini. Last minute janji nak dating kat Zoo Negara. Ok la kan, boleh jugak tunaikan hajat Danish yang dah lama kemaruk nak ke zoo tue (terkena penengan iklan zoom malaysia kat tv....hehehe). 

'kenangan bersama di zoo negara' 

Aku sebenarnya rasa bersalah sangat kat Aini sebab tak dapat sampai tepat mcm yang kitaorg janji. Kami dah tersesat sampai kemana ntah. Sepatutnya perjalanan tu 15 min jer, punya sesat barat sampai 1 jam lebih. huhuhu.....Kesian Aini ngan family terpaksa tunggu berjam lamanya. Alhamdulillah jumpa jugak jalan ke zoo walaupun minyak kete tinggal separuh tangki....

Anyway, seronok sangat dapat habiskan masa yang sekejapan tu sesama. Thank u to our beloved hubby sbb support isteri masing-masing jayakan blind date ni. Kalau takde mereka berdua, verangan ler kami nak jumpa pasal kami ni kalau nak kemana-mana wajib ada driver. hahaha.....ada lesen memandu pun padan gantung kat frame jer.....betul tak Aini?

Harapan aku pertemuan kali ni tak berakhir kat sini jer. Semoga akan ada lagi pertemuan demi pertemuan di masa akan datang. Ainiiiiii....... harap tak serik ketemu Ain lagi. Terima kasih atas layanan mesra terhadap kami sekeluarga. Ain sangat-sangat hargainya. 

Isnin, 16 November 2009

KUALA LUMPUR - PART II

Hari kedua di KL, kami laburkan duit di Sogo... hek eleh mcm ler duit berkoyan-koyan. Takde maknanya kan kengkawan...hehehe...

Idak ler beli apapun selain dari baju tido untuk minah kecik tu. Kesian Sarah, baju tido banyak yg dah separuh kaki dan lengan (singkat belaka doh.....huhuhu). Buat sementara waktu nie, belikan tiga pasang dulu, sek sok kalau mama ada duit lebih kita tambah lagi ya. 

'baju tido si anak dara'

Alang-alang ke sini, hubby sempat belikan orang rumah dia menda nie. Patutnya raya puasa hari tu lagi dia dah belikan, tapi sbb orang rumah dia tu jual mahal, makanya postpone ler memanjang. Sapa la orang rumah dia tu kan kan..... 

'pe kebenda la dalam nie'

Taraaaaaaaa.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

'hehehe....handbag baru'

Macih banyak-banyak ler laling yerk. Kali nie memang aku tak tolak offer hubby sbb telinga aku dah tak tahan dengar si Danish duk komplen mama pakai handbag yang dah rosak. 

Saat yang paling mengembirakan waktu kat Sogo ni apa tau!!!! Aku terjumpa ex-housemate masa belajar kat UM dulu.  Hampir 8 tahun tak bertemu mata ngan Azua ni, tetiba terpandang dia tengah tinjau mainan untuk anak dia. Sempat jugak la berborak dan bertanya khabar sebelum dia bergegas untuk masuk kerja semula (jumpa waktu lunch hour). 

Ahad, 8 November 2009

KUALA LUMPUR - PART 1

Macam lama jer rasanya tak update blog dan tak ziarah teratak kengkawan. Mana aku menghilang yerk!!! Psttt kalau aku cakap korang jangan marah ok... Tiga hari lepas aku kat KL sebenarnya. Bertolak malam Khamis dan balik petang Sabtu.  Bukan takmo cakap kat sesapa tau, tapi takut  apa yang dirancang tak menjadi pulak...pergi pun tak plan, main terjah-terjah jer. Balik kerja dengan pakaian belum pack, siap-siap terus bertolak. Kelam kelibut aku dibuatnya....

Selama 3 hari di KL, aktiviti penuh sampai ke malam. Takde masa dah nak on lappy ke apa. Bawak lappy wat berat bonet keter jer ler... hehehe... Selama tiga hari kat sana, kami duk rumah my sil kat setiawangsa. My sil pun baru jer pindah KL awal bulan hari tue pasal  hubby dia kena transfer kerja kat petronas KLCC. Alang2 kataorg kira ziarah dia sekali la. 

Hari pertama kami ke KLCC. Kali nie aku tak kira, aku nak jugak masuk aquaria tue. Alhamdulillah hajat tercapai sbb minah kecik tido sepanjang duk dalam nie. Kesian sarah, dia nampak sangat letih sampai tidor tak henggat dunia (mlm tu dia nangis tak leh tido pasal tilam kat rumah my sil takde bau tilam dia...payah betul budak neh!!).

Waktu kami tengah pusing2 kat dlm tue, sempat jugak la sarah tengok ikan kejap (taim dia terjaga) sebelum tertido balik kerana keletihan... Yang paling excited abang botak ler. Letih mulut  aku nak jawab soklan dia yang macam-macam. Bagus jugak rasanya ada Aquaria ni kan, at least takde la anak kita jakun sangat dengan hidupan air nie.

sekumpulan ikan yang  riang menyambut kedatangan kami

takot aku tengok gigi dia.... jangan la tangki ni pecah erk...

besarnya ikan ni kan....

penyu kesukaan aku dan danish

tak puas-puas melayan sang penyu....

sarah yang excited tengok ikan

kesian dia ketiduran....

mama with sarah

Mama sarah buat apa?? Mari kita Skodeng!!

Info Trafik Ku

new