Isnin, 18 Oktober 2010

Doa Tidur By Sarah


Sarah belajar baca doa tidur dari abang danish sebenarnya. Setiap malam mama wajibkan abang danish baca doa dulu sebelum tidur, jadi sarah pun pasang telinga jugak. Satu malam tu, lepas abang baca doa, sarah mintak ngan mama nak baca sama. Mama ajar sarah pelan2 sampai la sarah pandai baca sendiri. So far mama masih lagi tak puas hati dengan bacaan sarah sebab mama cakap sarah baca laju macam jet. Kadang mama paksa sarah baca ulang2 sampai 3-4 kali baru la mama bagi sarah tidur. 

p/s: boleh view ke video ni? aku mmg failed nak upload video guna new setting blogspot tu. nak upload video ni pun terpaksa tukar ke old setting dulu. huhuhu...

Terhangat Minggu Lepas

Bukan selalu pun aku semak keywords yang hits kat blog aku ni. Since last week traffic agak tinggi hingga ada yang cecah 500 visitor sehari, nak jugak tahu apa yang visitor suka skodeng kan....


Rata-rata masyarakat kita teruja untuk melihat persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Syukor (SMS) yang cukup gilamg gemilang tu. Rasanya kat blog lain yang ada cerita persandingan kayangan ni mesti traffic pun masyukkk jugak kan.

Yang Menariknyaaaaa, minggu lepas jugak blog aku yang suam-suam kuku kat SINI, berjaya mengumpul BE lagi. Ada 4 keseluruhannyaaaa. Yihaaaaaaa!!!


Awat la en. nuffy berkenan sangat kat kamu yerk??? Papepun, thank you en. nuffy dan kawan-kawan semuaaaaaaaaa.....

p/s: kerja banyak pun belasah update jugakkkk. 

Tarikh Lahir Ajaib dan Istimewa


DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.

"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.

Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. - Agensi

credits to kosmo online. 

p/s: tiba-tiba teringat perbualan aku dengan en. is 2 hari lepas. 

"Kalau boleh, abang nak anak kita lepas ni sama tarikh lahir dengan abang"

"Nampak gaya, bulan 12 ni kena planning betul-betul la....." (sambil duk hitung dengan jari anak seterusnya patut lahir bulan 9)

hahaha..... gelak kami tak henggat dunia. Kemain lagi merancang laki bini kanssss..

Apakah aku sudah bersedia sepenuhnya????? Tunggu jer la nanti beritanya macam mana. Papepun aku dah rasa cukup bertuah sebab kedua-dua anak aku lahir pada 11hb sama tarikh dengan abah dorang. Bezanya hanya bulan dan tahun ajer. 

Ahad, 17 Oktober 2010

Ringkasan Belanjawan 2011. Menarik!!!!



Berikut ialah ringkasan bajet bagi tahun 2011 yang telah dibentangkan oleh kerajaan:

  • Tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", empat strateg
  1.  Mendaya kembali pelaburan swasta
  2. Membangunkan modal insan
  3. Mensejahterakan hidup rakyat
  4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
  • Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas
  • Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasaran.
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membangunkan "Warisan Merdeka" dengan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 billion dan dijangka siap pada tahun 2015 
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia
  • GLIC dibenar meningkatkan pelaburan luar negara, sebagai contoh KWSP akan meningkatkan from 7% kepada 20% nilai aset
  • Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad pada tahun depan
  • Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
  1. Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
  2. Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq
  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz RM1 billion dan patuh syariah bagi memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara
  • Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini
  • Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik
  • Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)
  • Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian
  • Meningkatkan produktiviti dengan mengalakkan penanaman semula pokok kelapa sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi
  • Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini
  • Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta membei latihan khusus bagi melahirkan pakar dalam bidang ini 
  • Memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam atau tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman akibat bankrap
  • Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar
  • Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru
  • Meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA
  • Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  1. Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
  2. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA
  • Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi menjadi platform utama dalam penetapan upah yang diwakili oleh majikan, kesatuan kerja, Kerajaan, NGO, individu dan akademia
  • Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011
  • Kenaikan levi secara peringkat mengikut sektor bagi pekerja asing bagi mengurangkan bilangannya di masa akan datang
  • Menyeru pihak swasta bagi mengambil pekerja separuh masa wanita terutamanya bagi mereka yang dah kahwin
  • Menjenama semula 40 TASKA 1Malaysia bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan
  • Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
  • Mengalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan sebagai contoh penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan berkemahiran tinggi
  • Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU
  • Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50% kepada 100% ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU
  • Kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran
  • Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta
  • Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang 
  • RM568 juta disediakan bagi pembinaan 300 unit kediaman (Projek Bantuan Perumahan Bandar), 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 (Projek Bantuan Sewa Rumah)
  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan
  • Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)
  • Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan
  • Peruntukan subsidi sebanyak RM974 juta (padi, baja dan benih padi)
  • Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800
  • Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011
  • Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta
  • RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan 
  • 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah
  •  Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
  • Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010
  • Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000 

p/s: banyak kandungan dalam budget ni yang aku sukaaaaaa. nanti kita share sama-sama k. 

p/s: rasa tak seronok berblog lately, takde kepuasan sebab tak sempat nak reply komen dan berblog walking. tuan blog masih lagi busyyyyyyyy... 


Related Posts with Thumbnails