Rabu, 4 Ogos 2010

Jom Tonton Epilog Syurga Cinta

Yupppp!!!! Now setiap petang aku menjadi penunggu setia TV. Jam 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis, tiada siaran lain yang akan keluar melainkan Slot Akasia Epilog Syurga Cinta....


Kalau boleh takmo terlepas barang seminit pon. Pleaseeee ya anak-anak..... Kalau nak susu atau pape order ngan mama awal2 okeh!! hahahaha........

Semestinya yang aku nanti-nantikan adalah aksi chumel kiut miut Adik Mia Sara. Tengok aksi Mia Sara masa promo pun aku dah senyum sensorang.....Sangat-sangatttt sweeet terutamanya masa dia kembangkan pipi sebelum tiup lilin tue....hehehe

 'pelakon utama yang kiut dan chumell'

Jommmm ramai-ramai kita tengok citer ni......BESTTTT!!! Nak tengok promo KLIK SINI.

Selasa, 3 Ogos 2010

Kretip La Sangattt!!

Jemput ler tengok hasil keras tangan tukang gunting tak bertauliah semalam.....

Sib baek la sikit jer yang gonjeng kan, kalau banyak memang aku botakkan kepala budak ni...

Now aku biar jer camtu, malas nak bawak gi kedai gunting.

Ada dia kesah?? huhuhu...... Bangga ada ler dengan fesyen baru yang ntah pape tue!! 
 

Isnin, 2 Ogos 2010

Macam-macam Hal Danish Ni...

Petang semalam, dalam keletihan berpuasa aku mendapat aduan yang kurang menyenangkan hati dari teacher danish mengenai perlakuan anak bujang sorang ni. Dengan isyarat mata, teacher nor mintak aku pandang ke arah kepala danish. Aku sedikit terkejut dan tertanya-tanya bila terpandang rambut dia sudah sedikit gonjeng.

Teacher nor cakap danish bawak gunting ke sekolah dan potong rambut dia sendiri. Aku rasa bagai tak percaya sebab pagi tu aku yang kemas beg sekolah dia. Takde satu benda pun selain buku sekolah dan baju basahan. Hati bersoal jawab bila masa pulak dia ambik gunting tu? Lagipun kat rumah aku memang simpan semua benda tajam kat tempat tinggi yang anak2 tak boleh capai.....

Sampai jer rumah, aku terus check beg sekolah dia. Fokus aku pada gunting yang teacher nor maksudkan. Memang sahhhh gunting tu bukan kami yang punya. Aku call balik teacher nor untuk betulkan keadaan. Memandangkan waktu kejadian gunting tu danish yang pegang dan dia mengaku gunting tu dia yang punya, makanya danish adalah pesalahnya. 

Bila aku tanya danish dengan nada separuh marah siapa yang gunting rambut dia, dia cakap kawan dia aiman. Malas nak terus membebel aku mandi dan coolkan diri dulu. Lepas mandi aku guna cara lain pulak. Slow talk ngan danish dan pura-pura puji rambut baru dia sangattt cantik. Aku tanya lagi siapa yang gunting?? Mama nak suruh guntingkan rambut mama ngan adik sekali..... Jawapannya still sama "aiman kawan danish". "rambut mimi pun dia gunting jugak mama" huhuhu..... abih ler rambut anak dara orang!!! 

Now, tak tau la siapa yang lakukan kerja tukang gunting ni. Teacher nor sendiri pun tak tahu sebab dia tak nampak. Yang dia nampak gunting kat tangan danish jer. Bagi mengelakkan perkara macam ni berterusan, aku mintak pertolongan teacher nor untuk pantau kelakuan danish. Nak denda pun aku tak kisah, janji dia behave kat sekolah. 

  'budak yang tetap kena denda ngan mama' 

p/s: sebagai seorang ibu, aku malu bila anak berperangai yang bukan-bukan. Mungkin pada sesetengah orang itu perkara biasa, tapi pada aku sesuatu perlu dilakukan.....

* pic. di atas adalah koleksi lama. Tiada kaitan dengan n3 ini. 

Ahad, 1 Ogos 2010

Panjang Akal.....

Lately aku macam dah hilang rentak nak menulis.....

Lemau, malas dan macam-macam perasaan wujud. Sindrom apakah ini???? huhuhu......

Don't worry sebab aku tetappp rajin blogwalking dan membaca coretan korang semua.... 

Buat sementara waktu (sementara nak tunggu mood bermalas-malasan ni hilang), layankan jer la telatah anak dara kesayangan en. iskandar nie.....

Budak yang makin panjang akal dan suka kidnap barang-barang abang dia....

'tangan kecil yang suka berebutkan bekas pensel abang....dia punya ada tapi nak yang abang jugak'
 
'bersedia mengeluarkan isi di dalamnya'
 
'yesss berjaya...... tengok gaya macam nak join abang buat homework jer kan. Sila jangan tertipu!!!'
 
'tu dia homeworknya. Abih lubang kat meja study abang danish dia sumbat pencil color' 
 
'kutip balik lepas dapat arahan dari mama suh kemas pencil color abang'
 
'simpan di tempat asalnya.....very gud girl'

p/s: latih anak-anak untuk kemas sendiri alatan atau mainan dorang selepas bermain. Aktiviti mengemas akan lebih berkesan jika dilakukan bersama-sama ibubapa. Anak-anak pasti suka bila dilakukan secara santai dan bukan paksaan. Lakukan aktiviti ini secara berterusan, aku yakin masalah rumah berselerak dengan mainan anak-anak lebih mudah diatasi. 
Related Posts with Thumbnails