Memaparkan catatan dengan label HADIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HADIAH. Papar semua catatan

Khamis, 17 Jun 2010

Hadiah dari Ilhanryan Lucky Draw

Dua hari lepas, hadiah dari umi ryan selamat sampai ke tangan aku....

Kalau dah terima hadiah tu, memang la gembira dan teruja nak bukak kan....

As usual, aku memang takkan bukak hadiah kat ofis, tapi tunggu sampai balik rumah dulu. Saje jer kasi surprise kat diri sendiri......hehehe....

Yang lebih penting, kegembiraan tu aku nak kongsikan dengan anak-anak. Sama-sama berebut bukak hadiah........ 

 
 'Hadiah yang dibalut kemas...... I like!!' 

'budak kecik yang telah merampas kuasa...... beria mengomel cakap hadiah tu dia punya' 

 
 "sarah tolong bukakan untuk mama bolehkan aunty?"

Hadiahnya leh tengok kat SINI k. Umi Ryan jugak ada kasi aku satu brooch yang chumel, tapi lupa nak snap......hehehe. 

 Thank you Umi Ryan.

Jumaat, 22 Mei 2009

MAY BULAN CENDERAHATI

Sesuka hati aku jer nak letak bulan May sebagai bulan cenderahati. Pasal apa tau??? Dalam bulan ni aje, dah 3 minggu berturut-turut kengkawan kasi cenderahati. Sampai aku ni dah terlebeh sukak hatiiiii. Hahaha...... jangan jeles ya. Kasi can ini pompuan suka-suki sekali sekala sbb sebelum-sebelum ni nan ado pun orang nak kasi kat dia. Kalau ado pun, dapat hadiah setahun sekali jer. Jom cuci mata ngan apa yang aku dah dapat.

Memula sekali dapat cenderahati dari sahabat bloggerku Has. Has belikan ni waktu dia satu family gi Cuti-cuti Malaysia kat Cameron Highlands. Buah strawberry yang tengah meranum. Yang ni tak leh makan ya.... nanti patah gigi-gigi yang cantik tu.... Terima kasih Has..... Cian kat ain kans... kans.... Sampai sekarang lum sampai lagik kat CH. Bila la cik abang nak bawak gi jenjalan kat sana.

Cenderahati kedua juga dari sahabat bloggerku. Siapakah dia??? hahaha...... Datin Aini Aziz. Aini pi makan angin kat Melaka bandaraya yang penuh bersejarah iteww. Yang beruntungnya aku laaaaaa..... kumpul cenderahati lagiiiiii dan lagi......... Terima kasih utk Aini jugakkkkk.

Sebagai penghargaan kepada kedua sahabat baik aku ni, aku kasi dorang rasmikan peti ais kat dapuq aku tu. Dulu...... peti ais aku ni dogol jerk, sekarang wah3, dah semakin berseri-seri dah...... Yang paling aku seronok kan, anak teruna aku tu asyik memuji jer bila tengok cenderahati ni duk kat peti ais tu.... "Lawa lah mama". "Lawa lah, pasal kawan mama yang kasi ni".

Cenderahati yang dua kat atas ni pulak dari wife bos aku. Dia belikan masa gi bercuti kat Melbourne ari tu. Yang ni aku ngan ofismate aku jer dapat. Orang lain tak dapat pasal kami berdua jer pompuan. hihihi..... kesian kat bapaks2 ya. Rantai tangan tu aku tak pakai pun lagik. Tak muat ngan lengan aku ni, pasal lengan aku ni cekeding jer. Nak kena hantar kedai dulu untuk potong ckit. Cam sayang pulak nak potong kans2..... Terima kasih Kak Jue....... jalan2 ingat jugak kami kat office ni........

Related Posts with Thumbnails