Khamis, 28 Mei 2009

BATUK-BATUK

Kesiannya kat aku sekarang ni..... dah 4 hari asyik batuk2 jer. Sekali batuk rasa cam nak putus jer urat perut aku nih... Sabor je lah. Sekali sekala sakit takpe lah ya..... orang lain ada lagik teruk dari aku kans..... batuk sampai terkencing pun adooo agaknya.... Biasalah tu....... (ayat memujuk hati sendirik). Sekarang ni pun aku tengah control mulut aku dari banyak bercakap. Huhuhu...... tak best arrrrrr, suara aku dah jadik ala-ala ratu rock Ella gitewww. Serak2 manja plus serak2 mengada.....Hahaha......Jangan muntah hijau okessss. 

Risau aku ngan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Macam-macam penyakit datang. Kat kawasan aku tinggal ni pun, ramai sungguh yang kena demam panas, selesema ngan batuk. Ngan doktor-doktor sekali tak terkecuali.....doktor siap cakap lagik, punyalah ramai patient sampai stok ubat habissssss. Nampak gaya rezeki doktor berlipat ganda la..... kalau ramai patient, banyak duit masuk tuuuuuu.......

Harap-harap musim berpenyakit ni cepat-cepat la berlalu. Semoga suami dan anak-anak aku mempunyai imun yang kuat untuk melawan sebarang ancaman virus yang datang. Mama harap batuk mama tak berjangkit kat korang semua. Makan apa-apa pun mama dah takut nak share ngan korang lagi..... selalunya Maisarah suka sangat makan makanan dari mulut mama. Nampak gaya mama kena makan nyorok-nyorok dulu la sampai batuk mama betul-betul hilang.......

Sekarang ni pun, aku asyik duk kunyah strepsils untuk hilangkan sakit tekak aku.... walaupun tak berapa nak sedappp...... telan aje ler.......Nape la doktor tu tak kasi ubat yang sedap sikit. Beli yang kat kedai tu, pada aku rasanya lagik sedapp. Balik kerja nanti aku ingat nak buat air asam jawa la...... buat penawar sore serak-serak basah aku ni. Tak sesuai la ngan aku pasal aku bukan minah rock. 

Ahad, 24 Mei 2009

SANDAL BARU SAYA

Sekarang Maisarah dah pandai jalan dah. Walaupun kengkadang aku tengok dia jalan macam kingkong, tapi dia tetap maintain tak jatuh..... kengkadang macam nak berlarik pun adoooo. Sebagai ganjaran Maisarah dah pandai atur langkah, semalam hubby aku hadiahkan dia sepasang sandal zirafah bubblegummers......Taraaaaaaa.......

Minah ni kans, bila dah dapat sandal, kemain lagik dia kehulu kehilir ngan sandal tu....bukan dia pakai kat kaki tapi pakai kat tangan......kalau cam gini gaya dia kan, sampai ke tua la sandal ni leh tahan. Jimat ler duit mama ngan abah dia kan...kan.....

video

Jumaat, 22 Mei 2009

MAY BULAN CENDERAHATI

Sesuka hati aku jer nak letak bulan May sebagai bulan cenderahati. Pasal apa tau??? Dalam bulan ni aje, dah 3 minggu berturut-turut kengkawan kasi cenderahati. Sampai aku ni dah terlebeh sukak hatiiiii. Hahaha...... jangan jeles ya. Kasi can ini pompuan suka-suki sekali sekala sbb sebelum-sebelum ni nan ado pun orang nak kasi kat dia. Kalau ado pun, dapat hadiah setahun sekali jer. Jom cuci mata ngan apa yang aku dah dapat.

Memula sekali dapat cenderahati dari sahabat bloggerku Has. Has belikan ni waktu dia satu family gi Cuti-cuti Malaysia kat Cameron Highlands. Buah strawberry yang tengah meranum. Yang ni tak leh makan ya.... nanti patah gigi-gigi yang cantik tu.... Terima kasih Has..... Cian kat ain kans... kans.... Sampai sekarang lum sampai lagik kat CH. Bila la cik abang nak bawak gi jenjalan kat sana.

Cenderahati kedua juga dari sahabat bloggerku. Siapakah dia??? hahaha...... Datin Aini Aziz. Aini pi makan angin kat Melaka bandaraya yang penuh bersejarah iteww. Yang beruntungnya aku laaaaaa..... kumpul cenderahati lagiiiiii dan lagi......... Terima kasih utk Aini jugakkkkk.

Sebagai penghargaan kepada kedua sahabat baik aku ni, aku kasi dorang rasmikan peti ais kat dapuq aku tu. Dulu...... peti ais aku ni dogol jerk, sekarang wah3, dah semakin berseri-seri dah...... Yang paling aku seronok kan, anak teruna aku tu asyik memuji jer bila tengok cenderahati ni duk kat peti ais tu.... "Lawa lah mama". "Lawa lah, pasal kawan mama yang kasi ni".

Cenderahati yang dua kat atas ni pulak dari wife bos aku. Dia belikan masa gi bercuti kat Melbourne ari tu. Yang ni aku ngan ofismate aku jer dapat. Orang lain tak dapat pasal kami berdua jer pompuan. hihihi..... kesian kat bapaks2 ya. Rantai tangan tu aku tak pakai pun lagik. Tak muat ngan lengan aku ni, pasal lengan aku ni cekeding jer. Nak kena hantar kedai dulu untuk potong ckit. Cam sayang pulak nak potong kans2..... Terima kasih Kak Jue....... jalan2 ingat jugak kami kat office ni........

JOM GOSOK GIGI

Ada tak sesiapa yang belum pandai lagi gosok gigi. Meh sini dekat ckit meh.....Sarah leh tolong ajarkan. Sarah dah pandai dah..... tengok tu, gosok gigi ngan mata2 skali terkenyit-kenyit. Ntah pape Sarah ni..... mama tak ajar cam gitu okey.

video

Kalau kengkawan nak tahu, Sarah ni sesangat ler suka gosok gigi. Hisap berus gigi lagik Sarah sukaaaa. Tapi kan, kalau kengkawan gosok gigi sebelum mandi, Sarah lain sikit. Sarah gosok lepas mandi, sonot sikit..... pasal badan dah bau wangi. Boleh gosok lama2.

Khamis, 21 Mei 2009

THANKS UMMU MISHKAH

AKU DAPAT BUNGA NI DARI BLOG UMMU MISHKAH... KHAS UNTUK SEMUA PEMBACA KATANYA..... THANKS YA UMMU.  AIN MEMANG SUKA BUNGA ROS....... SUKA NGAN BAU DIA YANG SESANGAT LA WANGI TU...... LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DAPAT CIUM BUNGA ROS YANG MASIH KAT POKOK TU..... RASA SEGAR JER TAU....... NI BUAT TAK SABAR NAK GI CAMERON NI..... HUHUHU.......

TENGOK BUNGA ROS NI KAN, TETIBA TERINGAT PLAK KAT MAK AIN. MASA KECIK-KECIK DULU, DIA MARAH SANGAT KALAU AIN CIUM BUNGA ROS DIA YANG TENGAH MEKAR..... DIA TAKUT NANTI BUNGA TU LAYU.... DAH TAK BERSERI LAGI LAMAN DIA. PERNAH JUGAK CURI-CURI PETIK BUNGA ROS MAK, LEPAS TU BUAT BUNGA RAMPAI DAN LETAK DALAM QURAN. BILA GI NGAJI KANS, BUKAK QURAN BAU PUN WANGI SEMACAM JERK...... SEMANGAT APE NAK NGAJI BANYAK2......

AIN NAK HADIAHKAN BUNGA ROS YANG CANTIK NI BUAT ERYYN, KV, HAS, AINIE, LUNA, KAK ZAREDA, ITAFED, MAMA QASEH, NONIE, KAK TIE, KAK LELA, SIS NITA DAN UNTUK SEMUA PENGUNJUNG JUGA.  AMBIK YA BUNGA NI, LETAK KAT LAMAN MASING-MASING. SAPA TAK NAK RUGI TAU!!! 

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA UMMU MISHKAH NURSERY (AKAK JANGAN MARAH) KERANA TELAH MENAJA BUNGA INI...... SEMOGA PERSAHABATAN KITA SEMUA KEKAL BERPANJANGAN HENDAKNYA. 

MARI BELAJAR ABC

Memandangkan ibu Sarah bersemangat nak ajar Sarah ABC, aku belikan Sarah buku ni. Asalnya nak carikan blok ABC yang pakai cantum-cantum tu, tapi tak jumpa la pulak. Buku pun buku lah, janji Sarah sukeeee. Harap-harap lepas ni Sarah takde lah nak rampas buku abang Danish lagi. Cian kat abang, nak buat homework pun tak senang. 

Tengok tu..... berianya Sarah belek buku sampai bibir pun termuncung-muncung. Bila ibu sebut 'A', sarah cakap 'Air'. Mana idaknya, pergi mana-mana dia mintak air. Selagi orang tak kasi, selagi tu mulut dia tak berhenti sebut 'nyak air'. Untungnya ada buku ni, bila dia nangis, umpan jer ngan buku ni dia terus diam. Takde la dia meraung lama-lama. 

Bila baca buku ni, Sarah paling suka part yang ada gambar binatang. Sarah ni sebenarnya suka tengok kambing. Buat bunyi kambing pun dia pandai..... tiap kali mama nak pergi atau balik kerja, mata Sarah mesti melilau carik kambing lepak kat depan pagar rumah. Pastu siap wak bunyi 'berk....berk' lagik. Kengkonon panggil kambing ler tu......


Rabu, 20 Mei 2009

ERTI KAWAN

Aku sangat tertarik ngan email ni. Apa erti kawan pada anda? Apa kata aku gunakan e-mail ni untuk lihat carta aku kat nombor berapa. hahaha...... cam carta lagu erk!!! Kerja kengkawan senang jerk, letakkan jer komen kat n3 aku ni....... aku nak tengok berapa ramai kengkawan yang sayang kat aku. Kalau aku dapat kurang dari 10 respons aku stop blogging. qiqiqi..... aci ke????   

kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......


kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....


kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....


kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....


kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!


kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........


kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....


kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......


kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!


dia tetap kawan....
tau tak sebab ape???

sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 

walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
KAWAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
KAWAN tetap paling berharga.

Tinggalkan komen jika kamu anggap aku KAWAN selamanya,

Publishkan di blog kamu juga dan lihat berapa banyak KAWAN yg sayang kamu.

Selasa, 19 Mei 2009

AWARD DARI KENGKAWAN

AWARD KALI NI DARI PN. HANIS. LAMA SANGAT DAH AKU TERIMA, TAPI TERLUPA NAK BUAT N3. SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI:

1) LETAKKAN LOGO AWARD DI BLOG ANDA

   - SAYA DAH LETAK DAH NI...... TERIMA KASIH YA HANIS.

2) ANUGERAHKAN AWARD INI KEPADA 10 BLOG YANG ANDA ANGGAP PALING BERINSPIRASI DAN SANGAT MESRA

- PENERIMA SETERUSNYA ADALAH KV, AINIE AZIZ, HONEYLANZ, KAKLUNA,  KAK ZAREDA, NONIE AZIZ, CIKLINN, KAK ATIE, UMMUMISHKAH DAN JUGA SEMUA PENGUNJUNG YANG BELUM DAPAT AWARD NI. SILA AMBIK YA.... JANGAN SEGAN-SEGAN TAU...... 

3) PASTIKAN ANDA NYATAKAN PENGHARGAAN ANDA MELALUI 'BACKLINK' BLOG YANG ANDA ANGGAP PALING BERINSPIRASI DAN SANGAT MESRA. 

- AMPUNNN, AKU TAK RETI NAK BUAT YG NI. SESAPE LEH TULUN AJAR??

4) INFORMASIKAN PENERIMA AWARD MENGENAI AWARD YANG MEREKA TERIMA DENGAN MENYATAKAN KOMEN DI BLOG MEREKA.

- KEJAP AGI AKU GI LETAK KOMEN

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AWARD SETERUSNYA DARI ADIK AKAK YANG DAH JADIK PAKAR CHEF KAT DAPUQ SEKARANG NI. HAHAHA...... ADA KER CHEF DUK KAT LAM BILIK??? THANKS YA ERYNN. CANTEKKKK!!!!!

Ahad, 17 Mei 2009

TERIMA KASIH CIKGU........

Tarikh 16 Mei datang lagi. Hari yang sangat bermakna buat aku walaupun aku bukanlah seorang guru. Kepada semua insan bergelar pendidik di luar sana, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga jasa dan pengorbanan kalian mendidik anak bangsa mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari yang maha Esa.

Buat guru2 yang pernah mendidik aku dari zaman tadika hingga ke menara gading, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU . TERIMA KASIH CIKGU kerana sabar dengan kerenah anak murid mu ini...

SELAMAT HARI GURU juga buat semua warga pendidik dan pengasuh di TADIKA/TASKA CEMERLANG AL-ABRAR yang telah bersusah payah mendidik dan menjaga puteraku Danish Ikwan.  Danish, please..... jangan nakal2 dan dengarlah cakap teacher...... 

Yang ni pulak, kad ngan hadiah yang aku belikan untuk Danish kasi kat teacher dia hari ni. Malam tadik aku suruh dia siapkan kad tu..... abaikan aja tulisan ngan color yang tak berapa nak lawa tu ya.... apa nak buat, budak baru nak belajar la katakan.......

AKHIRNYA IA MILIKKU

Pagi semalam, suami aku bikin suprise.... dia kasi aku hadiah untuk Hari Ibu. Tak sempat lagik aku nak mintak, dia macam tau-tau dahhh. Hadiahnya sungguh la aku tak duga..... selama 6 tahun kami kahwin, kiranya memang aku tak pernah berangan nak dapat adiah cam gini. Sungguh la aku terharu.... Untuk cik abang sayang "THANK U SOOOOO MUCH". 


Khamis, 14 Mei 2009

MENGENDAP SIAPA TU??

Maisarah ni kan, pantang nampak orang masuk bilik, dia sibuk nak masuk sekali. Aku memang dah sedia maklum agenda dia bila dapat masuk. Pertama mesti nak panjat katil, walaupun lepas tak lepas, dia tetap gigih usaha. Kalau nasib dia baik, abang Danish tolong push dia naik.

Kedua, bila dah berjaya naik atas katil, dia buat scene berguling-guling plak macam dlm pilem hindustan tuuu.... ada hati nak jadik cam Rani Mukherjee gamoknya. Terlebih berguling karang jatuh katil baru dia tauuu.....

Ketiga, kalau dia tak dapat naik atas katil, dia buat agenda kemas mengemas.... tak dapat punggah pampers, dapat punggah seluar baju kat lemari abang dia dah kira syurgoooo. Part ni, mulalah mak rimau start engine nih ...... mana idaknya, penat kemas ni tak ilang lagik, dia dah tambah homework mama dia dah.... Gerammm aku ngan budak kecik neh!!! 

Last2 kan, pasal nak elakkan gadoh ngan budak kecik yang tak tau pape ni, tiap kali aku atau abah dia nak masuk bilik, kami kunci atau tutup pintu.... huhuhu...... cian kat dia kannnn... sapa suruh tak duduk diam..... ada jerk kerja nak dibuatnya....... 

"tok-tok-tok" bukak la pintuuuu. Ni lah gerak gayak budak kecik nyuruh  orang  kat dalam tu bukakkan pintu..... takde nak dilayannya aiihhhh..... 

Budak ni kan, dia memang tak kenal erti putus asa..... Dah ketuk2 tak nampak jalan, dia try intai-intai la pulak..... apa lah orang tu buat kat dalam agaknyaaaa......

Tengok tu, bukan main beria lagi dia......terbongkok-bongkok kat depan pintu bilik. Boleh nampak ke Sarah????

huhuhu.......dia dah start buat muka sedih dah..... mintak simpati orang kat luar tulun dia la tuuuu..... nangis la nape tak nangis?? Mesti orang tu buka pintu punyaaaa......

Akhirnya, dapat jugak budak kecik ni masuk dalam.... tak larat nak main lagik dah..... penat duk mengendap tadik.. masa untuk tidoooooo......

Selasa, 12 Mei 2009

BIRTHDAY PARTY KAT TADIKA

Petang semalam aku sempat sms teacher Danish, mintak dia ambilkan gambar Danish waktu potong kek. Sempat la kami membluetooh sementara nunggu hubby aku datang ambik. Kata teacher Danish, gambar gelap sikit la kak sebab masa potong kek tadi takde letrik. Nape la teacher tak nyalakan aje lilin kat birthday kek Danish tu.... harus terang lagik bersuluh giteww.... ni dia hasilnya bergambaq dalam gelap....... 

Birthday kek yang tak lawa

Potong jangan tak potong

Kengkawan yang sabar menanti

KAD UNTUK MAMA

Petang semalam aku dapat kad dari Danish. Khas untuk mama sempena ngan Hari Ibu. Sungguh aku terharu walaupun idea tu datang dari teacher dia. Kurang-kurangnya color ngan tulisan tu dia buat sendiri. Mama suka sangat aiiihhh. Thank you Danish...... tahun lepas pun Danish ada kasi kad tuk mama jugak kan?? Ada lagi mama simpan...... tak sempat nak belek2 fail semalam, pasal Maisarah tu membuas di tahap gaban. Takmo tidur sampai mama nak makan pun tak boleh. Pantang nampak mama masuk dapur, dia sibuk nak follow... hiksss

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG

Wah3.... Sungguh la meriahnya sambutan hari jadi kawan kita iteww. Tapi idaknya semeriah sambutan hari jadi anak terunaku nan seorang ini.... Sorry ya sayang, tahun ni mama tak berkesempatan nak buat sambutan yang lebey2 untuk Danish. Birthday pack pun idak juga sempat menyediakannya...... lain tahun kita bikin besar2 okeh.....

Tengahari tadi aku keluar hantar birthday kek untuk anak teruna aku ni kat taska dia. Ropenya dia dah siap azan dah pepagi tadik kat teacher dia yang hari ni birthday dia.... Kak, Danish cakap ngan Za..... "Teacher, hari ni birthday kitaaaa". Berianya la anak aku nih kabo ke tchr dia, mama satu preparation pun dok buat. Kek pun main beli yang dah siap jerk.... takpe la.... nanti Danish sebut jer ngan mama nak hadiah apa. InsyaAllah mama belikan....

Untuk anak mama Danish, mama ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-5. Semoga menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan sihat sentiasa hendaknya. 

Wajah ceria birthday boy pepagi hari tadi

Ahad, 10 Mei 2009

IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU

Buat semua ibu-ibu dan bakal ibu diluar sana, selamat menyambut hari ibu. Semoga kita semua dikurniakan Allah kesihatan yang baik sentiasa. Kepada yang masih mempunyai IBU......hargailah ibu anda selagi hayatnya masih ada, kerana yang pergi tak mungkin akan kembali lagi. Suka rasanya untuk aku berkongsi email yang setahun lepas aku terima..... walaupun email ni dah agak lama, tapi isi kandungannya begitu menyentuh naluri aku sebagai seorang anak.....Jom kita hayati bersama-sama....(p/s: sila baca dengan nada dan suara yang bersesuaian, insyaAllah sangat menginsafkan dan mampu menitiskan air mata...)

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan, sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua....
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter....
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr......

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. .....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar....
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam......
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
.
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya.....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi....
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu....
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..........sampai masuk unibesiti.....sampai kiter boleh rase naikkapal terbang.......boleh rasa duduk kat negara orang......sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



Khamis, 7 Mei 2009

ADOIIIIYA........SAKIT GIGI

Dah dekat 3 minggu dah gigi aku nih asyik terasa sengal jerk. Malam tadik bukan takat sengal jer dah, dia start sakit la plak. Bayangkan kul 9.30 mlm aku dah terbongkang atas katil, kengkonon nak tido lah tu....... pejam punya pejam kul 11.30 mlm pun tak lelap2 jugak. Dari hubby aku tak balik keje, sampai dia balik dan siap mandi, aku masih duk melayan ***nyut*** nyut*** sakit gigi neh. Ngan kepala aku pun dah berjangkit skali dah. Adoiiii mak...... sakit aihhhh. Tak tahan dah aku melayan sakit neh!!! Aku bangun dan carik panadol..... telan uphamol 650 sebijik, baru leh tido sampai ke pagi. 

Dah lama sangat dah aku tak kena sakit gigi ni. Selama aku kahwin, ni first time rasanya aku kena. Last aku buat check-up gigi pun, masa peknen kan maisarah dulu. Masa tu gigi aku sihat2 jer..... Aku sebenarnya paling tak suka jumpa ngan doktor gigi. Dari zaman aku tadika dulu, sampai lah dah beranak dua ni. Bila time baring kat kerusi ngan lampu spotlight kat muka tu, berdebar-debar jer jantung aku nih. Tu belum part kena tampal gigi lagi, seriau darah aku nih. Masa kecik-kecik dulu, aku jadik doktor gigi sendirik. Tak caya??? Aku cabut sendiri gigi aku neh.... pakai tangan lagik. Tak payah nak pi kursus sampai dapat degree...... skolah tadika tak abih lagi, aku dah jadik doktor. Bijak dak aku!!! kerja gilos sebenarnya.... hahhaha...... pasal takut arrrr, aku lebih rela cabut sendiri. Goyang2kan gigi tu, sampai akhirnya gigi tu boleh ditarik dan tercabut dari pangkalnya. qiqiqi.....

Bila dah bergelar mak budak ni, darjah ketakutan aku tu kira menurun la sikit. Kalau dulu aku melarikan diri bila nampak jer van kesihatan datang kat skolah aku, sekarang ni aku cuba plak  beranikan diri terjah klinik gigi. Itupun pasal gigi aku sakit..... kalau tak, haram aku nak pergi ehhh. Sib baik la, ketakutan aku ni tak menurun kat anak2 aku. Aku bangga ngan Danish yang excited tiap kali doktor gigi nak datang kat tadika dia. Beria cakap ngan mama, besok doktor datang nak check gigi.... siap suruh mama dia sediakan berus ngan ubat gigi baru lagik. Pendedahan awal cam gini sekurang-kurangnya buat anak kita lebih bersedia dan berfikiran lebih positif. Bukan macam aku dulu, sebut jer check gigi, aku dah terbayang sakitnya. Sangat-sangat la negative thingking nya.    

Selasa, 5 Mei 2009

TAG MASIHKAH KAU INGAT

Tengok tag ni kan, aku dah tau dah, ada misi disebaliknya. Hahaha..... nak korek rahsia la tu. Tag kali ni dari Aini dan KV. Sebelum jawab tag korang berdua, ni ha aku perkenalkan my laling hubby yang tak encem pada mata yang memandang, tapi encem di ati aku. Kihkihkih...... jangan muntah dulu....... aku pura2 jerk puji dia, nanti kalau aku kata dia tak hensem, dia ngajuk plak ngan aku. Tak kose aku nak pujuk dia aiihhh.

1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya ....
Pertama kali bertemu dengan cik abe kat office dia. Masa tu aku saja gatal2 pi interview kengkonon nak carik kerja yang dekat dengan rumah mak aku. Kiranya dia ni bakal boss aku la. Aku dapat offer kerja ngan dia, tapi aku reject, pasal tak berapa konfident ngan company dia. Tapi ngan dia aku confident..... pasal tu sign kontrak kahwin. kihkihkih.......

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
MAT SKIMA. Semua pada dia skima. Aku tak reti nak explain camne. Dia jugak jenis tak banyak cakap. Masa interview aku hari tu pun, partner dia yang lebih banyak tanya. Dia diam dan dengar jer.

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Dating kat dalam telefon jer. Kami jarang keluar bersama. Kalau adapun, cuma keluar makan-makan gitew.

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Aku pun dah lupa apa dia cakap waktu ajak aku kahwin. Yang pasti, takde ayat jiwang2.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Pada aku hubungan yang sangat express. Rasanya tak sempat terbit perasaan cinta dan sayang pun. Sebulan kenal, pastu terus bertunang. Lepas sebulan bertunang, kami pun kahwin. Nak tahu kenapa express????
First time aku kenal ngan hubby aku, aku tengah frust giler ngan ex-boyfren aku. Hubungan yang on dan offf bertahun lamanya, sampai adik aku dah beranak pinak, kami cam gitu jugak. Disebabkan sakit hati ngan ex-boyfren aku ni la, aku pi kawan ngan hubby aku.... padan muka dia.... sapa suruh dia main2 ngan aku!! Bila dia tahu aku berkawan ngan lelaki lain, baru terhegeh-hegeh nak ambik hati aku balik. Baik tak payah dan boleh blahhhh.... cukuplah selama ni aku makan hati dan berendam air mata dek perangai dia. Memandangkan hubby aku ni pun lebih caring dan prihatin dari ex- aku tu, kami pun makin rapat. Bila dua2 dah suka sama suka, apalagi kawen......

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
Bulan August nanti masuk enam tahun kami kahwin. Harap-harap berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Dia hadiahkah aku jam tangan yang sangat cantik waktu birthday aku yang ke-24 (birthday pertama aku sambut selepas bergelar isteri dia). Sebelum ni aku cuma pakai jam rege 10 hinggit yang jual kat pasar malam jer. Yang sadisnya, jam yang hubby aku hadiahkan tu hilang waktu aku gi sembahyang kat masjid di Kuantan. Tak sedar camne jam tu boleh terlucut dari tangan aku. Mungkin pin dia rosak.

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Teringin untuk memiliki rumah sendiri. Impian yang entah bila kan tercapai. Harap2 sebelum Danish masuk sekolah rendah kami dah boleh beli rumah. Kalau ada rumah sendiri, baru excited sikit nak menghias rumah.

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
Mungkin hubby aku abah paling garang di dunia. Kalau dengan Danish, dia tersangat lah tegas sampai aku pun naik tension. Tak tahu lah macam mana perasaan anak bujang aku tuuuu..... walaupun hubby aku garang, aku tahu dia buat semua tu sebab nak disiplinkan anak-anak aku. Maisarah plak anak manja dia. Kalau abah dia balik kerja, jatuh tergolek kejar abah dia.....

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Boleh dikatakan rapat jugak. Tapi takde lah sampai jadik menantu kesayangan. hihihi........

p/s: kepada sesiapa yang takde kerja dan takde idea nak buat N3, silalah jawab tag ini.
Related Posts with Thumbnails