Selasa, 5 Mei 2009

TAG MASIHKAH KAU INGAT

Tengok tag ni kan, aku dah tau dah, ada misi disebaliknya. Hahaha..... nak korek rahsia la tu. Tag kali ni dari Aini dan KV. Sebelum jawab tag korang berdua, ni ha aku perkenalkan my laling hubby yang tak encem pada mata yang memandang, tapi encem di ati aku. Kihkihkih...... jangan muntah dulu....... aku pura2 jerk puji dia, nanti kalau aku kata dia tak hensem, dia ngajuk plak ngan aku. Tak kose aku nak pujuk dia aiihhh.

1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya ....
Pertama kali bertemu dengan cik abe kat office dia. Masa tu aku saja gatal2 pi interview kengkonon nak carik kerja yang dekat dengan rumah mak aku. Kiranya dia ni bakal boss aku la. Aku dapat offer kerja ngan dia, tapi aku reject, pasal tak berapa konfident ngan company dia. Tapi ngan dia aku confident..... pasal tu sign kontrak kahwin. kihkihkih.......

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
MAT SKIMA. Semua pada dia skima. Aku tak reti nak explain camne. Dia jugak jenis tak banyak cakap. Masa interview aku hari tu pun, partner dia yang lebih banyak tanya. Dia diam dan dengar jer.

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Dating kat dalam telefon jer. Kami jarang keluar bersama. Kalau adapun, cuma keluar makan-makan gitew.

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Aku pun dah lupa apa dia cakap waktu ajak aku kahwin. Yang pasti, takde ayat jiwang2.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Pada aku hubungan yang sangat express. Rasanya tak sempat terbit perasaan cinta dan sayang pun. Sebulan kenal, pastu terus bertunang. Lepas sebulan bertunang, kami pun kahwin. Nak tahu kenapa express????
First time aku kenal ngan hubby aku, aku tengah frust giler ngan ex-boyfren aku. Hubungan yang on dan offf bertahun lamanya, sampai adik aku dah beranak pinak, kami cam gitu jugak. Disebabkan sakit hati ngan ex-boyfren aku ni la, aku pi kawan ngan hubby aku.... padan muka dia.... sapa suruh dia main2 ngan aku!! Bila dia tahu aku berkawan ngan lelaki lain, baru terhegeh-hegeh nak ambik hati aku balik. Baik tak payah dan boleh blahhhh.... cukuplah selama ni aku makan hati dan berendam air mata dek perangai dia. Memandangkan hubby aku ni pun lebih caring dan prihatin dari ex- aku tu, kami pun makin rapat. Bila dua2 dah suka sama suka, apalagi kawen......

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
Bulan August nanti masuk enam tahun kami kahwin. Harap-harap berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Dia hadiahkah aku jam tangan yang sangat cantik waktu birthday aku yang ke-24 (birthday pertama aku sambut selepas bergelar isteri dia). Sebelum ni aku cuma pakai jam rege 10 hinggit yang jual kat pasar malam jer. Yang sadisnya, jam yang hubby aku hadiahkan tu hilang waktu aku gi sembahyang kat masjid di Kuantan. Tak sedar camne jam tu boleh terlucut dari tangan aku. Mungkin pin dia rosak.

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Teringin untuk memiliki rumah sendiri. Impian yang entah bila kan tercapai. Harap2 sebelum Danish masuk sekolah rendah kami dah boleh beli rumah. Kalau ada rumah sendiri, baru excited sikit nak menghias rumah.

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
Mungkin hubby aku abah paling garang di dunia. Kalau dengan Danish, dia tersangat lah tegas sampai aku pun naik tension. Tak tahu lah macam mana perasaan anak bujang aku tuuuu..... walaupun hubby aku garang, aku tahu dia buat semua tu sebab nak disiplinkan anak-anak aku. Maisarah plak anak manja dia. Kalau abah dia balik kerja, jatuh tergolek kejar abah dia.....

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Boleh dikatakan rapat jugak. Tapi takde lah sampai jadik menantu kesayangan. hihihi........

p/s: kepada sesiapa yang takde kerja dan takde idea nak buat N3, silalah jawab tag ini.

11 comments:

NONIE AZIZ berkata...

Nak buat jugakla macam best je...

Tanpa Nama berkata...

has dah buat dah tag nih..huh..mmg express sungguh..has ambik ms 4 thn br kawin..huhuhu sbb study..kn tggu abis dulu

Zareda Norman berkata...

Bes kan tag ni.. nostagia lama terukir kembali..

dah buat tapi taks empat nak publish

Ain berkata...

nonie aziz: dipersilakan mengambil tag ini. nanti kita pi teropong kat blog awak. nak baca kisah cintan cintun awak plak. mesti best!!!

honeylanz: masa study dulu duk bercinta sakan ngan ex-boyfren tu. cinta tak kesampaian.....

zareda norman: kak zar, cepatlah publish. nak tahu jugak kisah cinta akak.

Ciklinn berkata...

hihihihih samalah kita kenal husben tak lama.. terus kawinn sbb frust dgn boipren..... apapun kami bahagia sampai skrg..

hehhehe kontrak keje tak konpiden yerk....lawak tullah.... alih2 kontrak kawin yg di sign yer...

Ummu Mishkah berkata...

moga rumah tangga sentiasa berseri2!

Ain berkata...

ciklinn: linn, waktu ko baru2 kahwin ngan hubby ko, agak2 masa tu ko sayang lagi tak ngan boyfren lama ko tu? hahhaha..... sila jawab soklan cepumas aku nih!!! dan dipersilakan jugak buat tag ni. tak aci ko baca citer aku jer.

ummumishkah: terima kasih kak.... bersyukur sangat sebenarnya sebab dapat suami yang penyayang, ringan tulang, tak kedekut dan sangat memahami....

v berkata...

Oooo ... kawin ngan bakal boss tak jadi, errr ...

Ain berkata...

lili 11: kak, sungguh tak sangka akhirnya dia jadik bakal suami plak. hihihi...bos hingga ke ujung nyawa gitewww...

ainie aziz berkata...

klako jugak baca kisah contun ain ni ek..memang express. tak payah nak tunggu lama2 kan.

merana la ex-bf ain tu kan. hehe...

Ain berkata...

ainie aziz: ex-bf ain tu betul2 frust lepas ain buat keputusan nak kahwin ngan orang lain. siang malam dia nangis sampai bengkak mata. mak dia plak siap call lagik nak terus masuk meminang. oleh kerana hati ni memang dah merajuk gile2... ain terus tutup pintu hati ni untuk dia.

Related Posts with Thumbnails