Khamis, 7 Mei 2009

ADOIIIIYA........SAKIT GIGI

Dah dekat 3 minggu dah gigi aku nih asyik terasa sengal jerk. Malam tadik bukan takat sengal jer dah, dia start sakit la plak. Bayangkan kul 9.30 mlm aku dah terbongkang atas katil, kengkonon nak tido lah tu....... pejam punya pejam kul 11.30 mlm pun tak lelap2 jugak. Dari hubby aku tak balik keje, sampai dia balik dan siap mandi, aku masih duk melayan ***nyut*** nyut*** sakit gigi neh. Ngan kepala aku pun dah berjangkit skali dah. Adoiiii mak...... sakit aihhhh. Tak tahan dah aku melayan sakit neh!!! Aku bangun dan carik panadol..... telan uphamol 650 sebijik, baru leh tido sampai ke pagi. 

Dah lama sangat dah aku tak kena sakit gigi ni. Selama aku kahwin, ni first time rasanya aku kena. Last aku buat check-up gigi pun, masa peknen kan maisarah dulu. Masa tu gigi aku sihat2 jer..... Aku sebenarnya paling tak suka jumpa ngan doktor gigi. Dari zaman aku tadika dulu, sampai lah dah beranak dua ni. Bila time baring kat kerusi ngan lampu spotlight kat muka tu, berdebar-debar jer jantung aku nih. Tu belum part kena tampal gigi lagi, seriau darah aku nih. Masa kecik-kecik dulu, aku jadik doktor gigi sendirik. Tak caya??? Aku cabut sendiri gigi aku neh.... pakai tangan lagik. Tak payah nak pi kursus sampai dapat degree...... skolah tadika tak abih lagi, aku dah jadik doktor. Bijak dak aku!!! kerja gilos sebenarnya.... hahhaha...... pasal takut arrrr, aku lebih rela cabut sendiri. Goyang2kan gigi tu, sampai akhirnya gigi tu boleh ditarik dan tercabut dari pangkalnya. qiqiqi.....

Bila dah bergelar mak budak ni, darjah ketakutan aku tu kira menurun la sikit. Kalau dulu aku melarikan diri bila nampak jer van kesihatan datang kat skolah aku, sekarang ni aku cuba plak  beranikan diri terjah klinik gigi. Itupun pasal gigi aku sakit..... kalau tak, haram aku nak pergi ehhh. Sib baik la, ketakutan aku ni tak menurun kat anak2 aku. Aku bangga ngan Danish yang excited tiap kali doktor gigi nak datang kat tadika dia. Beria cakap ngan mama, besok doktor datang nak check gigi.... siap suruh mama dia sediakan berus ngan ubat gigi baru lagik. Pendedahan awal cam gini sekurang-kurangnya buat anak kita lebih bersedia dan berfikiran lebih positif. Bukan macam aku dulu, sebut jer check gigi, aku dah terbayang sakitnya. Sangat-sangat la negative thingking nya.    

10 comments:

Ummu Mishkah berkata...

siannya ain.. i rasa ain blh cuba letak cengkih kat gigi tu.. tapi ni temporary jer... ubat dia nak kena jumpa dentist gak tu.. :)

Tanpa Nama berkata...

sakit gigi mmg sakit hohohoho..has dulu penakut gak. tp ac ok. bwk g jumpa dentist x takut. gigi susu ac dah relai dah. skrg tumbuh gigi kekal dah..tp jarang2 lak..

pB berkata...

Salam


ingat lagu ni jer senang


branok lagi sakit ....
insyaallah , sakit dan takut nak jumpa doktor gigi tu akan hilang ...


kak pB , alhamdulillah , klinik gigi tu ok lagi...

ainie aziz berkata...

alaa...ain, sikit je sakit tu. baik pi jumpe dentist cepat. nnt melarat lagi haruuu!!

♥ Che NamNam ♥ berkata...

alamakkk samer arr ngann haku...doluu maser sek..asal nampak van kesihatan dtg sekolahh..haku dah muler panas ponggong...pastu tak semena nangess...gilo

tp sekarang dahh besor kalut gi serahh diri..huhuu

Tanpa Nama berkata...

Hehe sma laa kita tsgt laa pnakut kalu kna check gigi dr zaman sekolah dulu huhu..harus tketaq2 lutut nk kna pi bla smp turn hehe

zieha berkata...

alahai..mmg tak leh tido kalau sakit gigi nie..my advice..u cabut je gigi tu..mcm i..dah cabut,,baru LEGA..rasa nya..Hilang siksa sakit..Lagipun masa proses mencabut gigi tu..tak rasa benda pun sbb doktor dah bius..jgn takut2 yek,,nak cabut gan doctor gigi..ok je..:)

Ain berkata...

ummumishkah: belum cuba letak cengkih lagi ni, kalau dah tak tahan nanti, kena cuba jugak la...

honeylanz: masa ni memang kita nampak gi anak kita jarang, dia akan rapat sendiri bila anak kita makin membesar. dulu ain ada satu gigi susu yang bertahan sampai umur ain 25 tahun. dasyatkan???

Ain berkata...

pB: tiap kali rasa sakit, ain fikir apa tau, tuhan bagi aku sakit sbb nak hapuskan dosa-dosa kecik aku selama ni... taktik memujuk hati....

ainie aziz: dah pi klinik gigi semalam, tapi klinik tutup sampai hari isnin... nasib badan..

shi3la: kalau lah awal2 kita tahu van kesihatan tu nak datang, harus kita cari idea camne nak absent ari tu kan??

Ain berkata...

Qasehku: pengalaman kena tampal gigi masa sekolah dulu buat ain perit nak jumpa doktor gigi lagi. Seriau satu badan time dia korek2 gigi kita tu...

zieha: memang plan nak gi cabut jer gigi ni.... malas nak simpan lama2, menderita satu badan dibuatnya....

Related Posts with Thumbnails