Jumaat, 22 Mei 2009

MAY BULAN CENDERAHATI

Sesuka hati aku jer nak letak bulan May sebagai bulan cenderahati. Pasal apa tau??? Dalam bulan ni aje, dah 3 minggu berturut-turut kengkawan kasi cenderahati. Sampai aku ni dah terlebeh sukak hatiiiii. Hahaha...... jangan jeles ya. Kasi can ini pompuan suka-suki sekali sekala sbb sebelum-sebelum ni nan ado pun orang nak kasi kat dia. Kalau ado pun, dapat hadiah setahun sekali jer. Jom cuci mata ngan apa yang aku dah dapat.

Memula sekali dapat cenderahati dari sahabat bloggerku Has. Has belikan ni waktu dia satu family gi Cuti-cuti Malaysia kat Cameron Highlands. Buah strawberry yang tengah meranum. Yang ni tak leh makan ya.... nanti patah gigi-gigi yang cantik tu.... Terima kasih Has..... Cian kat ain kans... kans.... Sampai sekarang lum sampai lagik kat CH. Bila la cik abang nak bawak gi jenjalan kat sana.

Cenderahati kedua juga dari sahabat bloggerku. Siapakah dia??? hahaha...... Datin Aini Aziz. Aini pi makan angin kat Melaka bandaraya yang penuh bersejarah iteww. Yang beruntungnya aku laaaaaa..... kumpul cenderahati lagiiiiii dan lagi......... Terima kasih utk Aini jugakkkkk.

Sebagai penghargaan kepada kedua sahabat baik aku ni, aku kasi dorang rasmikan peti ais kat dapuq aku tu. Dulu...... peti ais aku ni dogol jerk, sekarang wah3, dah semakin berseri-seri dah...... Yang paling aku seronok kan, anak teruna aku tu asyik memuji jer bila tengok cenderahati ni duk kat peti ais tu.... "Lawa lah mama". "Lawa lah, pasal kawan mama yang kasi ni".

Cenderahati yang dua kat atas ni pulak dari wife bos aku. Dia belikan masa gi bercuti kat Melbourne ari tu. Yang ni aku ngan ofismate aku jer dapat. Orang lain tak dapat pasal kami berdua jer pompuan. hihihi..... kesian kat bapaks2 ya. Rantai tangan tu aku tak pakai pun lagik. Tak muat ngan lengan aku ni, pasal lengan aku ni cekeding jer. Nak kena hantar kedai dulu untuk potong ckit. Cam sayang pulak nak potong kans2..... Terima kasih Kak Jue....... jalan2 ingat jugak kami kat office ni........

11 comments:

nita berkata...

allloppp.. bukan main lagiiikk murah rezeki ko.. beruntungnyerrr ada kenkawan yang saling hengat menghengati camni..

Ain berkata...

sis nita: akak sabar dulu ya.... nanti kalau ada rejeki dapat jugak....

Tanpa Nama berkata...

ain, kt rmh has x leh bubuh FM. sbb hero 2 org tu sungguh gigih mengutip semua tu. sayang..takut relai aja FM

Ain berkata...

honeylanz: Danish pulak tak sangka sangat ler sporting....dia tak usik pun. asyik puji jer memanjang...

bila duduk kat dapur dan terpandang peti ais tu kan, mesti teringat kat has ngan aini.... pasal FM tu ada kat situ...kelakar plak rasanya. almaklum la sblm ni peti ais tu kosong jer tak berhias.

Unknown berkata...

cantik2 fridge magnet tu kan.. kami pun tgh 'giler' mengumpulnya sekarang ni...

Ummu Mishkah berkata...

iiumsia above is ummumishkah.. :)\lupa nak sign out..

zieha berkata...

besh nya dapat present sahabat2 dan polower2 setia mama-danish..:)

Ain berkata...

iiumsia: ain takde koleksi fm.... ni jer la yang ada. Pasni kalau ada peluang leh tambah koleksi....

zieha: seronok dah rasa dihargai sangat....

ummi afifah berkata...

bestnye dapat byk cemnderahati...mmg bulan nye lah..

ainie aziz berkata...

bestla danish sporting tak usik. kita sama cam has, kalau letak kat fridge, alamtnye kena baling la jawabnyer!

Ain berkata...

ummi afifah: sonot2....

ainie aziz: itu la.... tak sangka pulak danish sporting cam gitu...untung mama dia kan...

Related Posts with Thumbnails