Selasa, 30 November 2010

Mari Bantu Baby Afiq


Baby kecil ini adalah anak bongsu kepada blogger DJ EPOI. Baby Afiq sekarang menderita penyakit jantung dan akan menjalani pembedahan jantung di India Disember nanti.

Moga kengkawan yang prihatin di luar sana dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan untuk Baby Afiq. Biarpun hanya RM1, tapi ia cukup besar nilainya buat Baby Afiq. 

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui: 

MAYBANK:: 162143008275
CIMB:: 01180032819528

BACA KISAH BABY AFIQ DI SINI : HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN.

p/s: just an express update, tuan rumah masih kebizian..... 

p/s: bantuan paling mudah adalah dengan sebarkan kisah baby ini. 

Thank you.  

Isnin, 29 November 2010

Kenapa aku menyepi lately...


Hakikatnya sekarang aku tersangattt busyyyyyy berperang dengan UBS tapi ada hati jugak nak hapdet!!! Sejak kejadian data korup rabu lepas, esoknya tiba2 pulak bos aku request nak management account ASAP untuk submit company loan.

Nak tak nak, dengan rela hati aku bekerja on weekend!!! Bukan kerja kat ofis, tapi hangkut sume file dan sambung masukkan data kat rumah. Alhamdulillah, banyak jugak la progress yang aku dapat.

By this week, rasanya aku akan slowdownkan sikit aktiviti berblog ni. Kita jumpa lagi next week yea....

Agak2, boleh tak nak mintak hadiah INI dari bos. Upah kerja on weekend ari tu....HAHAHA!!!!

Jumaat, 26 November 2010

9 Petua Capai Doa Mustajab


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa  kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” 

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak  ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al- Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya  adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan  dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.’” 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Animasi Saladin di TV1


Sabtu lepas ada keluar cerita animasi ni kat tv. Bukan anak aku jer terpacak tengok tv penuh minat, dengan mama dia sekali terpegun. Yer la, sebelum ni banyak citer kartun omputih jer kat tv, takpun jepun mari. Bila ada kartun mengisahkan pahlawan islam zaman dulu-dulu mesti la aku kagumm dan teruja nak tengok. 

Kalau korang rasa nak tengok jugak, cuba bukak TV1 pada 27 November 2010 (7.30pm) atau 28 November 2010 (9.30am). Aku dapat info ni dari laman web Astro. Kalau tak keluar kat TV1 pada tarikh2 tu, dengan aku sekali la frust tak dapat tengok...huhu 

Boleh tengok promo kat SINI. 



Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.

Anugerah
 
1. Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF)
    Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi
 
2. Tokyo International Anime Fair 2007
    Anugerah Tokyo Big Sight

Related Posts with Thumbnails