Selasa, 11 Januari 2011

Kami Pencinta Kucing...

Mama cakap, hari ini mama malasssss....

Malassss untuk bern3 panjang-panjang....

Mama pesan, biar anak-anak mama yang temankan...

Jom layan telatah kami bersama binatang kesayangan.....

Anak kucing titipan dari kejiranan....

Untuk dijaga dan diberi makan......

Sementara menanti mereka pulang....







p/s: kenangan pada november yang lepas. lupa pulak nama anak kucing ni, kalau tanya danish mesti dia tahu.....

Isnin, 10 Januari 2011

Apa Kata Doktor Tentang Mama Dan Sarah

Khamis lepas, balik jer dari kerja en. is terus bawak aku dan sarah ke klinik. Tujuan asal adalah untuk membuat follow up check-up ke atas sarah. Minggu lepas kan sarah asyik muntah jer. Selain daripada tu, sarah jugak bermasalah dengan kudis pada bahagian tepi hidung. Gara-gara menggaru sesedap rasa (asalnya mata sarah digeget semut) pada bahagian bawah mata, tergaru pulak hingga ke tepi hidung, kuman2 mula la bermaharajalela. Since sarah ni kulitnya memang sensitif (ekzema), kejap jer kudis kat hidung tu merebak. Jatuh saham sarah kejap....hehehe


Gambar sarah tengah lena malam tadi. Krim putih tu doktor mintak aku sapukan pada hidung sarah supaya kudis cepat kering. Petang semalam pulak, tak sempat lagi kudis kat hidung ni baik, sarah dapat tanda baru kat betis dan siku. Excited sangat berlari ke hulu ke hilir bila dapat lepas keluar, tup tup terjatuh atas simen kasar. Menangis esak-esak la sebab dia jakun tak pernah dapat sakit macam tu. huhuhu....

Pagi tadi sebelum ke taska permata. Meraung tak nak mandi sebab dia trauma pedih kena sapu ubat luka petang semalam. Jenuh aku pujuk dan berdukung bagai. Dia punya gaya sakit tu kan, mengalahkan orang patah kaki. Kalau boleh kaki dia tak nak kasi gerak langsung. Nak pijak lantai pun takott. Aiyarkkkkk!!!

Sambung sikit apa kata doktor tentang muntah-muntah sarah aritu....

Actually, tak mungkin dan tak pernah berlaku lagi ibu yang mengandung anak pulak terkena alahan. Senyum kambing puan doktor bila aku tanya tau....hahaha. Sarah mungkin kecacingan, so doktor suggest aku kasi dia ubat cacing. Masalahnya aku lupa bila kali terakhir aku bagi dia makan ubat cacing. Tak ingat dah aku catat kat mana... Alhamdulillah sejak jumpa doktor hari tu, sarah dah tak muntah dah. Tak sempat nak kasi dia makan ubat tahan muntah pun.  

Last but not least adalah keputusan ini......


Kandungan aku dah pun masuk 7 minggu + 1 hari pada 6 january lepas. Punya la berdebar waktu doktor nak scan sampai lupa nak tanya expected delivery date bila. hehehe..... 

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga k. Macihhhhh........

AJL 25... Tahniah Ana Raffali


Makcik Kayooooo.....hehehe. Sana sini hari ni mesti semua orang asyik bercakap pasal AJL semalam kan?? Apa macam??? Puas hati tak??? Siapa sangka, siapa menduga, RM35k jadi milik Ana Raffali seorang. Dah memang rezeki Cik Ana, kita semua terpaksa la terima.  

Kalau la aku yang jadi juri malam tadi, Juara AJL semestinya jadi milik Faizal Tahir. Dahsyat betul persembahan dia yang sanggup terjun dalam air tuh. Kalau Vokal terbaik pulak, aku paling suka vocal Black. Tergamam jap bila part dia tarik suara tu. Kagummm weh!!! 

Papepun, keputusan juri kan muktamad. Suka tak suka, keputusan tu takkan berubah dah. Yang pasti mereka-mereka ini telah dinobatkan sebagai pemenang:

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Kedua : Meet Uncle Hussain & Black - Drama King

Tempat Pertama (Juara) : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Keseluruhannya, semua persembahan adalah TERBAEK!!! Tak sia-sia aku berjaga sampai pukul doblas malam semata-mata nak tengok AJL 25 ni. Bagi artis yang tak menang tu, TAHNIAH jugak dari aku. Anda bukannya tak hebat, mungkin belum rezeki anda lagi kali ini. Cuba lagi next year!!  
 

Jumaat, 7 Januari 2011

Mom.... I Love You.


YOUR MOTHER

 Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
 Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



Nota Jemariku: Sudah berapa lamakah kita tidak mendengar suara ibu kita, bertanyakan khabar mereka? Sudah berapa lamakah kita tidak menatap wajah mereka yang sentiasa menantikan kehadiran kita? Sibuk sangatkah kita?

Bagi arwah ibu yang telah pergi meninggalkan kita, sudah berapa lamakah kita lupa mendoakan mereka? Lupa menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan bacaan yasin buat mereka?? Ingatlah, anak-anak yang soleh adalah anak-anak yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka. Tiada bekal yang lebih berharga buat mereka melainkan doa penuh tulus dari kita anak-anaknya..

Sekadar muhasabah diri di pagi Jumaat yang penuh barakah....
Related Posts with Thumbnails