Khamis, 30 April 2009

JAJAN KITA

Ok ke kalau aku kategorikan kueh-kueh kat bawah ni sebagai jajan?? Ke ada perkataan lain yang sesuai ya? Jajan2 ni aku beli masa jenjalan kat Pasar Payang tempoh hari (cam tak sesuei jer panggil jajan). Jajan kita, tradisional made okeh. Seingat aku benda ni semua aku pernah jumpa masa aku kekecik dulu. Kiranya berpuluh tahun jugak la aku tak makan semua nih. Peyut aku ni pun dah macam ingat2 lupa dah camne rasa dia ..... yg pasti semuanya manis2 belako.

Kenapa tetiba plak aku buat n3 pasal jajan2 nih?? Ia sebagai peringatan kat aku dan anak2 aku kelak la. Dah tua2 nanti kot nya dah tak kenal dengan benda alah ni semua. Itupun kalau ada anak cucu dorang yang mewarisi ilmu buah kuih2 ni!! Kalau la seksok, anak cucu aku plak tanya kat aku apa nama jajan nih, leh la aku suh dorang check kat sini. hihihi....... Jom aku introducekan jajan2 ni satu persatu.... kalau salah tolong betulkan pasal aku pun tak sure betul ke idak namanya. kihkihkih...... teruk betul kan????

1) Putu Pulut Perasa Strawberry

2) Putu Pulut Perasa Pandan

3) Sarang Burung

4) Kacang Tumbuk

Dalam banyak2 jajan ni, yang last tu jer aku sempat makan. Sungguh la manis sampai sakit2 gigi aku dibuatnya. Dua jajan yang kat atas tu telah diperabihkan oleh Danish. Mama dia tak sempat meraso.... budak budak biasa la, benda manis memang dia sukeeeee. Sekarang ni tinggal stok sarang burung jer belum disentuh. Aku tak sampai ati nak makan sebenarnya, pasal aku kesian kat beburung tu nanti takde tempat nak berteduhh. Sekiannn............

20 comments:

ummumishkah berkata...

bestnyer 'jajan' tu.. makanan masa kanak2 tu.. dah lama gak tak pekena.. nak kena cari gak ni!

shi3la berkata...

ishhh jajannn cam tak bes jerk..kuihh jer la...kuihh tradisi kiterr semua nihh...haku suker kacang tumbukk...bessss sedappp sgtt..

honeylanz berkata...

SGT SUKA SARANG BURUNG...

yginsaf.com berkata...

burung aper karr ittewww..

Zareda Norman berkata...

sarang burung tu memangs edap.. gebus dalam mulut

zieha berkata...

salam..jajan?..hehehe biasanya zieha panggil jajan untuk chiken ke ding,keropok adik dan makanan2 ringan yang lain..yang nie zieha kategorikan sebagai kuih kering:) upsss sarang burung tu sedap ke..tak penah makan seumur hidup ini

Lela berkata...

akak suka lah putu pulut tue, rasanya macam kuih beras tue kan....sedaplah, kat sini macam tak pernah nampak jual

ummi afifah berkata...

antara semua tu kcg tumbuk je sy pernah rasa.. yg lain mcm tak pernah jumpa..

atie berkata...

Cantik dan sedap tu...hihi.Danish ngan sarah makn ke tu??

Mama-Danish & Sarah berkata...

ummumishkah: pasni ain nak cari sagon. makanan faveret masa kecik2 dulu.

shi3la: lagi banyak kacang, lagi best kan?

honeylanz: sarang burung tu dah hilang satu, tak tahu sapa yang makan. Mungkin abah danish agaknya yang makan. hihihi....

Mama-Danish & Sarah berkata...

yginsaf.com: burung ape2 jer. qiqiqi...

zareda norman: tak makan pun lagi sarang burung tu. Masih simpan wak koleksi. Cuma satu dah ilang, dilarikan dek burung gagak gamaknya.

zieha: yes, kuih kering paling cocok kan? sarang burung tu memang sedap, cair dimulut gituuuu.

Mama-Danish & Sarah berkata...

lela: kalau tak silap, putu pulut tu dibuat dari beras pulut.

ummi afifah: semua kuih2 ni banyak dijual kat pasar payang. Harga dalam 2 ringgit je sebungkus. hahaha....siap promote dah ni.

atie: ain terbeli pasal terpikat ngan color dia yang cantik tu. Menarik sungguh kan? Danish dah habiskan dua-dua putu pulut tu. ain tak cuba kasik kat maisarah, pasal benda tu manis sikit.

pB berkata...

lama tul tak makan "Se'ma" tu

Mama-Danish & Sarah berkata...

pB: se'ma tu nama kampung sarang burung kan??? betul2 dah lupa la kak.

Puan Hanis berkata...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

my feveret sarang burung n kacang tumbuk tuuuu.....terliuq dibuatnya nih...

p/s: mama, sudi-sudikan terima award ya :)

Jasfyra berkata...

terliur tgk jajan tu.dah lama xmkn

psst, jom bisnes.leh tgk sini http://platinumz-platinumz.blogspot.com/

Qasehku berkata...

Hye salam Pkenalan..mekasih sudi singgah komen blog sya..
Org JB pggil jajan tue tuk mkanan ringan kanak2 jer..org Ganu pggil mknan2 tue jajan yea..yg pntg ianya sma mknan jga kan..

Mama-Danish & Sarah berkata...

Puan Hanis: kalau dekat, ain dah ajak hanis makan skali. dapat jamu mata pun jadik la ya. tadi dah pi tengok award tu, nanti ain ambik wak balik. thank u.

Jasfyra: Kat kedai biasa payah nak dapat kan? kena pergi pasar besar baru jumpa.

Qasehku: salam kenalan jugak tuk qaseh. kalau panggil kuih kering paling cocok kan?

JahRera berkata...

salam kenalan mama danish,
maaf kalau kita dah lama kenal, tak salah kalau kita ucap yang baik-baik (alasan buruk dari saya!)

pulut yang berwarna-warna itu nampaknya macam hidangan baru, belum pernah rasa lagi.
Cantik sangat, kalau renung lama2 jadi lapar!

Mama-Danish & Sarah berkata...

Jahrera: salam kenal jugak kak. thanks coz buat kunjungan balas. Pulut2 tu semua makanan tradisi kita sejak berzaman dulu dah. ain saja publish kat sini, kot2 dah tua2 nanti ain lupa kewujudan kuih-kuih tu. warna dia memang cantik, pasal tu terbeli. Rasa dia pun best jugak.

Related Posts with Thumbnails