Rabu, 5 Januari 2011

Aku Musykil Tentang Alahan


Kalau isteri mengandung, suami yang menanggung alahan aku biasa dengar....

Tapiiii....

Kalau ibu mengandung, anak yang terkena tempias alahan seriuss aku felik. Ada ke kes macam ni atau aku yang memang tak pernah tahu???....

Sejak ahad lepas, sarah asyik muntah jer. Tidak la terlalu kerap tapi hingga semalam sarah masih lagi muntah. Alkisahnya pagi subuh (ahad) aku bagi sarah minum susu, tak sampai setengah jam dia nangis cakap muntah. Tengahari muntah lagi dan berulang pulak petangnya. Malam tu aku bawak dia jumpa doktor, tapi doktor cakap dia sihat jer. 

Hari Isnin, sarah muntah disebelah pagi dan petang. Malam tadi pun sama, dah la waktu kami berempat tengah syiokk mengadap makanan....

Walaupun sejak dua menjak ni dia asyik muntah, dia tetap lasak dan berselera makan. Tidur malam pun lena jer sampai ke pagi...

Hari ni aku nak tengok keadaan dia macam mana. Kalau muntah jugak, malam karang nak gi jumpa doktor lain pulak....

Ada sesiapa pernah kena macam ni tak?? Pelikkk betul la aku.......

Selasa, 4 Januari 2011

Cuaca Panas???? Bukan.... Hati yang Panasssss!!!

Now, aku bersiaran dari rumah. Tengahari tadi aku ambik emergency leave....

Tak boleh nak cocentrate pada kerja sebab hati sangat sangatttt sangattttt dan tersangattt la panasssss.....


hati en. google pun panasss tau


Perasaan marah membuak-buak sampaikan jantung aku laju mengepamm darah. Serius waktu tu badan jadi terketar-ketar dek menahan marah....

Kenapa aku jadi semarah ini??? Aku sangattttt tidak suka ditipu!!! Kali pertama aku masih boleh bersabar, kedua kali bersabar juga, bila masuk kali yang ke-3 memanggg nak meletopppp dah. Disebabkan tak meletopp la aku jadik terketar-ketar.....huhuhu.

Bagi mengelakkan emosi tambah berantakan, silap haribulan aku pulak yang fengsannn, baik la aku tenangkan diri kat rumah. Now, rasa lebih sejuk dan amarah makin berkurangan...

Pada yang berkenaan, pleaseee la, jangan ingat saya BODOH!!! Nak tipu pun agak-agak la. Benda dah terang lagi bersuluh, terus terang kan lagi baik.....

p/s: tak suka betul cari gaduh dengan orang, tapi bila aku diamkan ada pulak yang cakap aku ni penakut. 

p/s: kejap tadi bodek en. is bawak pi tengok wayang, nak releasekan tension hari ni. tak tahu la dia nak bawak ke tak? Citer apa agaknya yang kelakar kat panggung sekarang, mana tahu ada rezeki tengok hari ni..... Hantu kak limah tu ok tak??  

p/s: rindu pada sarah kat taska..... anak2 memang penawar segala duka nestapa.  

Jawapan Kepada SURPRISEEEE Semalam.....

Kalau sekadar mengsurprisekan diri sendiri, aku rasa aku masih lagi boleh tungguuuuuu dan lihat....

Tapi bila kengkawan pun dah terlibat TERSURPRISEEE sama, rasa macam berdosa pulak buat orang tertanya-tanya....

Sebagaimana yang aku dah cakap petang semalam, tuan empunya badan memang tak tahu jawapannya, makanya malam tadi aku tukar jap profession jadik doktor tak bertauliah.....


Dengan itu, bermula la sesi test mengetest dan kaji mengkaji. Hasilnyaaaaaaa.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 ALHAMDULILLAH DOUBLE LINE MUNCULLL.........

Pada yang wish in advance semalam, THANK YOU. Kalau nak lebih sahih dan tepat lagi mama-danishsarah kena la jumpa doktor bertauliah lepas ni. Papepun hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Moga Allah permudahkan segalanya dan takde la sebarang morning sickness yang menyerang. 

Isnin, 3 Januari 2011

Perkara ke-2 Yang Surprise.....Cuba Teka??



Yang satu ni memang surprise habessss....

Jawapannya aku takde, tapi klue dan kemungkinan jer yang aku boleh share....

Sehingga ke saat dan detik ini, belum ada sebarang kepastian sebab yang empunya badan belum membuat sebarang penyiasatan pemeriksaan......

Yang nyata dan pasti December 2010 aku tinggallkan tanpa ditemani 'sahabat baik'......

2011 ada jawapannya!!! Jom kita bermain teka teki dan lihat siapa yang kena????

Ada berani???? hehehe..... 
Related Posts with Thumbnails