Kalau isteri mengandung, suami yang menanggung alahan aku biasa dengar....
Tapiiii....
Kalau ibu mengandung, anak yang terkena tempias alahan seriuss aku felik. Ada ke kes macam ni atau aku yang memang tak pernah tahu???....
Sejak ahad lepas, sarah asyik muntah jer. Tidak la terlalu kerap tapi hingga semalam sarah masih lagi muntah. Alkisahnya pagi subuh (ahad) aku bagi sarah minum susu, tak sampai setengah jam dia nangis cakap muntah. Tengahari muntah lagi dan berulang pulak petangnya. Malam tu aku bawak dia jumpa doktor, tapi doktor cakap dia sihat jer.
Hari Isnin, sarah muntah disebelah pagi dan petang. Malam tadi pun sama, dah la waktu kami berempat tengah syiokk mengadap makanan....
Walaupun sejak dua menjak ni dia asyik muntah, dia tetap lasak dan berselera makan. Tidur malam pun lena jer sampai ke pagi...
Hari ni aku nak tengok keadaan dia macam mana. Kalau muntah jugak, malam karang nak gi jumpa doktor lain pulak....
Ada sesiapa pernah kena macam ni tak?? Pelikkk betul la aku.......


