Memaparkan catatan dengan label DUNIA OH DUNIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUNIA OH DUNIA. Papar semua catatan

Sabtu, 6 November 2010

Video Letusan Gunung Merapi Paling Dahsyat (4 Nov 2010)

Letusan Gunung Merapi tengah malam tadi adalah yang paling dahsyat setakat ini, dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu. 



Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman (dipindahkan ke Stadium Maguharjo) yang sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, lebih 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta, Magelang dan Solo kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dibawa pulang.

Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, semua pelajar sedang dipindahkan ke Solo, yang terletak 65 kilometer dari Merapi dan 85 kilometer dari Yogyakarta, sebelum diterbangkan ke Malaysia.

p/s: Sumber dari SINI.  

Ahad, 12 April 2009

NAK CANTIK PUNYA CITER

JOM BERISTIGHFAR DULU SEBELUM TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI. AKU PUN TAK TAHAN NI. NGERI, SERIAU NAK MUNTAH PUN ADOOO. NI MEMANG KERJA GILA. SANGGUP TAHAN SAKIT SEMATA-MATA NAK LAWAAA. LAWA KE? PADA AKU HAMPEHHH. WAK SAKIT BADAN JERK.

SESI ROBEK-MEROBEK

KEKADANG AKU PUN TAK FAHAM NGAN PERANGAI SESETENGAH MANUSIA NI. APA LA DIA DAPAT DENGAN BUAT BADAN DIA CAM GINI. MUNGKIN BANGGA KOT. KALAU TAKAT NAK BANGGA PASAL TATU PENUH KAT BADAN, BAIK LA PI TERJUN BANGUNAN. MAKSUD AKU PAKAI PAYUNG TERJUN LA, BUKAN TERJUN PASAL NAK BUNUH DIRI. JANGAN..... BERDOSA BESAR TU......

BADAN YANG DAH SIAP DI SIAT-SIAT
Related Posts with Thumbnails