Ahad, 21 Jun 2009

NIVEA LIP CARE

Lallalalalaaaaa......aku betul-betul happy sekarang. Bibir aku dah jadik menawan semula....(sila jangan muntah). Semuanya ngan bantuan si baju biru kat sebelah tu. Baru 2-3 hari pakai, terus bibir aku back to normal. Thanks ya Has for the info. Mula-mula risau jugak nak cuba, sbb bibir aku ni alergik sikit. Nak baik punya pasal, aku bulatkan tekad beli gak nivea ni. Tak cuba tak tahu kan??? Hubby siap sound lagi "kang beli sesaje la tu....bukannya pakai pun". Aku tak salahkan dia sbb sebelum ni memang aku selalu beli lipstik, pastu aku kasi kat adik aku. Aku tak boleh nak pakai...... bibir aku start alergik. 

So, kepada KV, Mama Idzareef, Ibu Arifa dan juga kengkawan lain yang ada masalah bibir kering dan bermasalah tu, sila la jangan segan-segan atau malu-malu kucing nak cuba nivea ni. Reganya dalam RM11.90 jer. Boleh beli kat guardian, Watson atau mana-mana farmasi yaaaaaaaa. Ni bukan promote tauuuuuu......tak dapat komisen punnnn. 

Alang-alang dah sembang pasal bibir ni kan, ada tak sesapa yang berani bagik cadangan kat aku lipstik yang sesuai untuk kulit alergik ni... pokai gak aku, kalau asyik beli lipstik pastu kasi kat orang jer. Aku punya satu batang lipstik pun takde. Chopstikkkk lagik la takde. Hehehe......

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

hmm..sharing is caring..tp pasal lipstik x berani nk suggest..tp skrg has pakai estee lauder pure color gloss stick. mungkin ain kena pakai lipstick yg ada extra pelembap..sbb x nak bg bibir kering..

Leney berkata...

Assalamualaikum,
Jumpa blog ni dari blog Kak Zareda. Saya pun ada masalah bibir. Cepat kering dan merekah. Tapi lepas pergi klinik dan doctor ni bagi ubat jenama HOE, dah ok dah. Lipstick pulak, Loreal suits me the best.

Ain berkata...

honeylanz: slalunya memang beli yg ada pelembap, tp tetap tak sesuai ngan bibir ain. sensitp ngan bahan kimia dlm lipstik tu...

Leney: Waalaikumussalam.... thanks singgah teratak saya ya...ada jugak ya ubat untuk rawat bibir...ain pernah cuba Loreal, tapi tak sesuai. Dulu pernah cuba lipstik CNI, ok jugak la. tapi skrg tak tahu la CNI ada jual produk lipstik ke tak??

Softtouch [Hanim] berkata...

akhirnya bibir mu kembali menawan.he he he. Kalu ni sesuai bolehla teruskan dgn memakai lip care ni

Mamamanja berkata...

leh cuba nanti

*pls vote for harith for contest aksi menarik. cara2 nak vote ada diblog MM. tq

Ain berkata...

Softtouch [Hanim]: Hajat di hati cam tu la. tapi nak carik jugak lipstik satu....

Mamamanja: cuba la, jangan segan-segan....

DaKoSue berkata...

wah betul ker boleh megatasi bibir kering nak try la beli tuk husband

Ain berkata...

Suria: ain pakai satu hari jer dah nampak perubahan pada bibir. skrg ni ain pakai setiap hari walaupun bibir dah ok... prevention agar bibir tak menggelupas atau kering balik.

Shyda luv Radzak berkata...

ermm..nivea mmg bagus pon..takpon awak try versalin..kat watson ader jual versalin tuh..bagus untuk bibir kering..try ok

Ain berkata...

shidaradzak: dulu memang pakai versalin, tapi bkn lipbalm. sesuai jugak dengan ain..

Related Posts with Thumbnails