Selasa, 14 April 2009
ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
Siapa kata perempuan yang dah kahwin tak boleh jadik cam anak dara. Boleh pasti boleh. Tapi mestilah kena dengan caranya. Tak payah pakai botox-botox segala. Jom amalkan petua yang aku nak share kali ni.
Petua ni datangnya dari Dr. Fatimah Az-Zahra. Tujuannya agar kaum ibu menjaga diri supaya sentiasa jadi macam
'ABQARO' menurut ayat di dalam surah Al-Waqiah.
'ABQARO' ni bermaksud "PERAWAN YANG SENTIASA MENJADI PERAWAN". Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu bagi menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
CARANYA: Lepas solat Isya', ambil segelas air dan baca Al-fatihah sekali. Selepas itu, baca Ayatul Qursi sekali dan seterusnya surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Dibawah ni adalah makna ayat dari Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 yang aku dapatkan dari tafsir Al-Quran:
(56:35) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa"
(56:36) "Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)"
(56:37) "Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya"
(56:38) "(Semuanya itu diuntukkan) bagi puak kanan".
Semoga kita akan terus disayangi dan menyayangi. Insyaallah juga rumahtangga kita akan aman bahagia hendaknya. Aminnn.
Labels:
indahnya Al-Quran,
Petua
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 comments:
tq syer benda ni.... aku nak amalkan supaya sentiasa dara... miahhahah
weh cara pakai tudung tu ka.. okess nanti aku buat tutorial.....
InsyaAllah.. boleh cuba ni..
dah penah dapat e-mel ni.malas ngan rajin jer,bila nak buat..lepas solat isya' lupa pulak bawak air masuk bilik..hehe
bagus utk buat amalan ni ;)
oh gitu....aha mmg penah dpt email ni
CIKLINN: TUNJUK STEP BY STEP TAU. KARANG AKU PAKAI TAK JADIK.
KAK ZAR: SEMOGA BERJAYA.
IRFA: AIN DAH SIAP BAWAK AIR DALAM BILIK, TAPI TAK SEMPAT MINUM. DANISH YANG HABISKAN. HUHUHU....
HONEYLANZ: CUBA LA DENGAN SEYAKINNYA. INSYAALLAH BERJAYA.
KAK LUNA: DAH CUBA KE?
nak cuba,mana tau kan...jom kita pakat cuba dan amalkan selalu.
tips bagus nih..
http://blog.faizalrahim.com
thanks 4 sharing kak.. this is really useful for us.. InSha Allah, i'll be a wife one day.. :D
salam kenal.....TQ sudi singgah blog sy..
blog yg chantekk..anak2 yang chomel..dan info yang sungguh berguna..kiter tukor link ocay
bagus2 ain...TQ 4 d info k.harap nor dapat amalkan nih...
KAK LELA: JOM KAK. TAK SEMPAT BUAT KAT RUMAH, KITA BUAT KAT OFFICE.
PEIJAN: KALAU ADA ISTERI, BOLEH SHARE NGAN ISTERI AWAK.
MA: BOLEH PRACTICE DARI SEKARANG.
DHI3LA: SALAM KENAL JUGAK. JOMMM KITA TUKAR LINK.
KAK TIE: AIN BUAT KAT OFFICE, NAK BUAT KAT RUMAH TAK DAN.
Catat Ulasan