Isnin, 6 April 2009

BIRTHDAY PRESENT FOR ME

'Bagi memenuhi janjiku pada Azie, ari ni aku buat free show apa yang aku dapat sempena ngan birthday aku yg dah basi tu (birthday day je basi tau, hadiah tak basi k).... Yang tak nak tengok tu, tutuplah mata anda buat seketika. Ni diaaaa..... dari ibu Sarah tercinta. Pagi semalam dapat nih. Duk kat office pun asyik teringat kat hadiah dlm kete. Mama malu nak bawak kat office bu, nanti Abah J nampak. Kena cover line ckit. Hihihi.....Yang kelakarnya, disebabkan hadiah ni kan, hubby aku kena bebel ngan mak mertua aku. Dia mati2 kata hubby aku nak kasik hadiah kat pompuan lain. Kesiannnn.

Puas duk berteka-teki sorang diri, apalagi sampai rumah je,terus bukak hadiah laaaa.




Taraaaaa...... sepasang kain untuk dibuat baju. Sungguh cantik dan bercorak batik lagi. Ibu, terima kasih daun keladi, tahun depan kasik 4 lagi..... hahaha... Terima kasih sebab bersusah payah hadiahkan kain ni. Terima kasih juga untuk Abah J yg setia menemani ibu keliling kedai cari kain yg sesuai untuk mama. Bu, terima kasih segalanyaaaaa......



**************************************************************************************

Yang ni pulak hubby aku hadiahkan tanpa sebarang surprise mengsurprise. Handbeg ni kami sama2 pilih waktu jenjalan kat Sogo Selasa lepas. Aku yang mintak dia hadiahkan sebabnya aku dah tak kose bawak beg buruk aku. Bukan sbb beg tu dah lama, tapi sbb beg tu kecik sangat. Tak muat aku nak letak barang si Maisarah bila nak keluar kemana-mana. Mana taknya ngan pampers dia, donkey busuk dia, botol susu lagi, puting lagi, sapu tangan lagik. Aku ni jenis tak suka keluar jalan bawak dua tiga beg. Pahni ngan si kecik ni skali aku buleh taruk dalam beg ni. hahaha.... puas hati aku.



7 comments:

Ciklinn berkata...

hepi besday semoga pjg umur murah rezeki..aminn..wah syioknyer dpt hadiah.....

MOKCIK AZWA berkata...

Salam mama...mokcik membuat kunjungan balas hehehe.

uiksss...ada orang celebrate besday ek...not too late to wish mama a very happy besday semoga panjang umur murah rezeki, rumahtangga aman damai berkekalan hingga ke akhirat aminnn...

bestnya dapat hadiah...

Ain berkata...

Ciklinn & Azwa: Mekacih2. Seronok tak terkira nih.

Tanpa Nama berkata...

amboi..syoknya dia dapat hadiah smpi 2 plak tue..tue tandanya hb ain sayang kat ain tau..heheheh...ain bila dah ada anak nie mmg kena bawa beg besar2 kan..x kose azie nk bawa 2 -3 beg sbb nak sumbat byk barang..yg penuh barang budak2 tue je..

Ain berkata...

azie, pasal tu la ain beli beg nih. kalau tak, tunggu beg lunyai baru tukar baru.

Unknown berkata...

wah cantik nya corak baju. wat baju raya ker

Ain berkata...

FRB: LAMBAT LAGI KALAU TUNGGU RAYA, PAKAI GI KEJE DULU LA.

Related Posts with Thumbnails