Rabu, 29 April 2009

ENTRY TIME BUSY

Aku amat-amatlah sibuk seminggu dua ni. Bukan sebab aku banyak kerja tapi sebab aku sibuk cari kerja atau dengan kata lain saje2 menyibukkan diri. Hambek ko!!!! pening ler kepala korang semua nak pahammm. Aku bukan apa tauuuu, aku takmo nanti orang kata aku ni makan gaji buta......walaupun sebenarnya kerja aku tak pernah pun tak siap!!! Kalau mulut tempayan senang la nak tutup, mulut manusia ni tuhan je la yang tahu..... kepada sesiapa yang terumpat atau memang sengaja mengumpat dan mengata aku, baik lah korang cepat2 insaf.

Banyak citer sebenarnya yang aku nak share kat sini, tapi keadaan dan masa tak berapa mengizinkan. Kena tunggu betul2 free baru boleh buat n3. Lately aku sempat singgah kat blog sorang dua jer, yang lain tak sempat. Nak tinggal komen pun tak sempat jugak. Korang jangan kecik hati, nanti aku free aku singgah lagi. Kepada yang sudi singgah kat blog aku nih, walaupun tanpa n3 baru, terima kasih banyak2.

Nak jimat masa punya citer, aku jawab tag jer lah kali nih. Tag dari eryn ngan ma. hahhaha..... punya lah lama aku simpan tag ni, sampai 2 kali kena tag, baru leh jawab. sorry yerk......

Anda perlu printscreen wallpaper/background desktop anda yang tengah guna sekarang. Jangan tipu2 tau....

Ini bukan tipu okeh. Betul punya. Kalau orang lain printscreen, aku punya kasik kelainan ckit. Siap ambik gambar tuuuu. Pasal aku buta it, tak reti nak printscreen. kahkahkah!!!! gelaklah kalau korang nak gelak, aiman tak kisahhhh. Janji hutang tag aku langsai. Erynn ngan Ma, korang leh terima kan???? kalau korang berdua tak leh terima, ajar aku nak printscreen kat komen n3 nanti k. Ni wallpaper pc aku kat opis, kalau kat rumah takde la gambar gini. Hubby aku letak gambar faveret dua jerk. Gambar faveret aku dia reject.

Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda itu...
Kenapa aku suka wallpaper ni..... pasal aku suka tengok anak dara aku yang happy bila dapat jumpa dan bergurau ngan pooh dia. Bila anak aku happy, aku pun happy sekali la.... bila aku penat buat kerja, aku pandang kat dekstop tu. Satu terapi minda yang sangat berkesan pada aku. Penat dan sakit kepala automatik hilang. Ada majik orang cakap. Kalau rindu dan tetiba teringat kat dia, aku singgah jer kat dekstop tu, pandang-pandang dan renung-renung gambar dia. Pasal tu jugak aku belum tukar lagi wallpaper ni walaupun dah dekat 2 bulan pakai.

Tag 10 people... 10 penama yang dipamerkan di sini... sila jawab, okeh...
Taknak tag sapa2 kali ni, sebab aku ngajuk pasal korang malas buat homework. Kepada yang rajin dan takde kerja, dengan sukacitanya dipersilakan. Tiada sebarang paksaan okey. Dahhhhhhh.....

9 comments:

ainie aziz berkata...

haaa...update jugak at last! haha...tak pe..take ur time k!

Lela berkata...

akak ni sejak azali malas nak jawab tag orang kui..kui

Tanpa Nama berkata...

x pe. acceptable. pas ni if nk printscreen.

tekan Ctrl + PrintScreen Key. pastu Paste kt Paint ke.save. siap dah

Ain berkata...

ainie aziz: sedey tau, sebab tak dapat jamu tetamu ngan apa2. ujung bulan la katakan. hihihi....

Ain berkata...

Kak lela: kalau tak buat rasa macam bersalah je kak. Sebab tu usahakan jugak buat nih. Baru rasa puas ati.

Ain berkata...

honeylanz: punya la lemah it ain ni kan ma? sib baik ma ajar. try godek2 gak ari tu, tapi tak jumpa. Thank u sbb share. kihkihkih....

atie berkata...

Uik...dalam malas2 tu pun jawab tag....bagus2.

Zareda Norman berkata...

tak pe.. kasik setel kerja tu dulu hokay

Ain berkata...

kak tie: bukan malas nak jawab tag kak, tapi busy memanjang. gerammmm jer sbb tak leh buat n3 baru.

Kak Zar: kerja tak pernah habis kak. tapi takpe gunakan waktu rehat sebaik yang mungkin. kul 1 wajib bukak blog. kihkihkih.....

Related Posts with Thumbnails