Selasa, 21 April 2009

KEBAYA BATIK UNTUK MAISARAH

Baru je seminggu lepas aku duk berangan nak buatkan baju kurung atau kebaya untuk anak dara aku nih. Duk fikir-fikir sapa lah yang sanggup jahitkan baju budak kecik. Maklum la, tukang jahit zaman sekarang nih, semuanya demand-demand belako. Takmo jahit baju budak. Payoh le, lambat le, tak untung le, dan macam-macam le lagi. Mana nak untung nya, upah jahit baju budak berapa hinggit sangat compare ngan baju orang dewasa kan? Letak rege tinggi-tinggi karang, orang complen upah mahal la pulak. Payah nak buatnye kemain lagi. Bukan senang nak potong kain kecik-kecik tau.... walaupun aku ni tak reti menjahit, tapi aku tahu le juga jerit perih si tukang jahit nih. Susah-susah sangat beli je yang dah siap. Idak pening pale......

Ahad lepas, kebetulan aku ngan hubby gi Kuala Terengganu melawat sepupu dia yang meninggal. Balik tu kami pun singgah le kat Pasar Payang. Cadangnya nak beli buah mempelam yang tengah hangat kat pasaran sekarang nih. Musim buah mempelam meranum agaknya. Alang-alang dah sampai kat Pasar payang ni, kami pun cuci mata ngan batik2 dan kain sutera yang dijual kat situ. Adoii mak, cantik-cantiknya. Tengok memang berkenan, tapi part membeli mintak maaf banyak-banyak ler. Tak berminat nak membeli. Bukan apa, akak tak kose nak menjaga batik sutera ni. Cerewet benor. Nak pakai pulak, kena beria gosoknya, kalau tak kedut tak hilang. Malasss la akak. Yang akak beli sebelum ni pun, tergantung jer kat dalam lemari tu. Sampai dah makan diri dah batik sutera tu......

Jalan punya jalan, aku ternampak la baju batik untuk budak bergantungan kat satu kedai ni. Ada la dekat 10 helai dengan pelbagai saiz. Wahhh.....peluang keemasan nih. Aku nak carikan untuk Maisarah sepasang. Pilih punya pilih akhirnya bukan sepasang yang aku beli, tapi 2 pasang dah. Cukup-cukuplah mama oiii, lain kali boleh datang lagi. Inilah dia dua pasang baju kebaya batik yang aku beli untuk si dara pingitan Maisarah.

6 comments:

ainie aziz berkata...

amboiii....sekali rembat 2 pasang terus. danish punya takde ke? heheh!

teringin nak pegi shopping kat tganu. last pegi sana masa kecik2 kot.

Tanpa Nama berkata...

dua2 cantik..rs mcm nk balik kg lak. last balik 15mac hr tu. tp x sempat ke pasar payang.

Ain berkata...

ainie aziz: baju budak lelaki takde, semua untuk girl. kalau nak kena tempah. sib baik danish tak dengki.

Ain berkata...

honeylanz: ma orang ganu jugak ke? kat area mana? dulu ain tak suka sangat gi pasar payang, skrg entah macam mana leh jadik best la plak. rasa cam nak gi lagi.

Ciklinn berkata...

cantikknyer... nak2 kaler hijauuu kegemaran ciklinn..kalu besor mau pinjam nie.. eeheheh

Ain berkata...

ciklinn: rindu ah sama ciklinn. Mmmuahhhh..... kalau ada saiz besor, aku sambar dulu linn.

Related Posts with Thumbnails