Aku nak ucapkan TAHNIAH buat semua kaum ibu atau bakal ibu yang berada di Negeri Serambi Mekah kerana kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan cuti bersalin 5 HARI LEBIH AWAL . Berita ni aku terbaca dalam Harian Metro Khamis lepas. Bertuahlah ibu-ibu yang keje kat Negeri Kelantan Kan!!! Selain dapat cuti bersalin 60 hari tu, dapat lagi extra cuti belum bersalin 5 hari. Jadik ler 65 HARI......
Aku salute giler dengan keprihatinan kerajaan negeri yang tak pernah lupakan pengorbanan dan jerit perih kaum hawa dalam membantu membangunkan ekonomi keluarga khasnya dan negeri amnya. Pada pendapat aku, sepatutnya benda ni dah lama dah dipraktikkan. Aku pun kesian tengok kaum aku yang tengah sarat mengandung ni..... terutama sekali mereka yang bergelar CIKGI. Bayangkan, dah ler terpaksa panjat tangga sampai ke tingkat 3, pastu nak kena berdiri lama-lama plak ngajor bebudak... tambah lagi ngan bebudak sekarang ni yang perangainya ntah ape-ape. Maunya tak stress cikgi-cikgi anak kita. At least, bila kerajaan negeri dah umumkan cuti bersalin awal ni, dapatlah jugak mereka2 yg tengah sarat ni berehat dan buat persiapan apa yang patut.
Masa aku mengandungkan anak-anak aku dulu, bila dah dekat ngan due ni, aku selalunya ambik Annual leave seminggu lebih awal. Jadiknya, takde lah risau kot terbersalin kat office..... Kalau tak, ada plak karang yang jadik "bidan" terjun. Kalau bidan pompuan takpe ah jugak, kalau kena 'bidan' laki2, tak ke haru-biru jadinyaaaaa........Nauzubillah....
P/S: Aku nak tungguu...... bila Kerajaan Persekutuan nak ikut mcm apa yang Kerajaan Kelantan buat...
0 comments:
Catat Ulasan