Selasa, 24 Mac 2009

EEEE.......GELII.......


ular apa ni ekk?

Malam tadi tetiba je suami aku buat kecoh......
Mula-mula aku nampak dia duk sibuk kejar lipas, pastu tetiba plak dia menjerit kat aku katanya ada ular kat dalam bilik stor ......

Aku memang sah ler tak caya, mana mungkin ada ular dalam rumah aku..... so aku pun buat dek je lah....

Bila suami aku cam beria benar suruh aku tengok, aku pun layann laaa... intai kat belakang pintu bilik.....

Astagfirullahalazimm.......betulllll ada anak ular kat situ.... Geli geleman dan seram sejuk dah badan aku dibuatnya......

Yg kelakarnya, ada ke patut darling aku ni suruh panggil bomba....... hai takkan ular kecik cam gini pun tak leh settle......

Aku suggest kat dia, kalau rasa geli sangat ngan ular tu, mintak tolong je ngan jiran sebelah. Biar dia je yang tolong bunuh ular tu.......tapi akhirnya ular tu mati
jugak ditangan suami aku....

Kesian kat ular tu..... sapa suruh masuk dalam rumah aku.....

10 comments:

dr_wahida berkata...

chech jugakle takut2 ade telur ke or sarang die kat mane2..bahaya utk anak2 kecik.

FRB berkata...

ada org tua2 kata kalo ular dah masuk rumah maknanya kita nak pindah.. eh betul ke?

Mama-Danish & Sarah berkata...

HI DOC...
Dah buat sport check dah pagi tadi, Alhamdulillah takde. Saya pun dah mcm dpt penyakit was2 dah ni.... rasa mcm binatang tu ada je kat kaki saya. Mata pun asyik melilau jer merata-rata...

HI FRB,
Yg saya tahu orang tua2 marah sgt kalau kita bunuh ular kat dalam rumah. Nanti suku sakat dia plak yg datang bertandang... Nauzubillah. Mlm tadi pun, hubby saya bunuh ular tu kat dlm bilik. Takkan nak halau ular tu keluar dulu baru nak bunuh. Silap haribulan ular tu lari entah kemana. Lagi haru biru......

mknace berkata...

leh tahan gak ular ni
ngeri gak nengok
teringat ular tedung selar masuk rumah dedulu

HappyIrfa berkata...

salam mama..
naik bulu roma,emm org tua kata x elok bunuh ular dlm umah.tp nak wat camner kan?dah terjadi.semoga x de yg buruk2 berlaku yer

Mama-Danish & Sarah berkata...

Mknace,
Kalau ular tedung lagik bahawa kan. Sekali patuk buleh bawak maut.... lemah semangat saya...Mintak dijauhkan Allah benda2 tak baik ni ....

Irfa,
Harap2 benda yg baik2 jer berlaku kan. Apa kata untuk menyenangkan hati saya yg duk risau memanjang ni, saya anggap je Mr.U tu datang bawak rezeki. Mr.U tu kan dah jadik tetamu tak diundang saya ..... tp saya nak pesan kat Mr.U, pahni tolonglah jgn singgah lagi kat umah aku. Aku takutttt dan risau keselamatan anak aku......

KV berkata...

kv tak geli ngan ular tapi ngeri. Takut wei!!

Mama-Danish & Sarah berkata...

KV, TKS COZ SUDI BERKUNJUNG UMAH SAYA. FIRST TIME SAYA DENGAR POMPUAN TAK GELI NGAN ULAR.... SAYA NI DUK KAT DAPUR, ASYIK PANDANG KAKI JER... TAKUT ADA ULAR KAT KAKI...HIHIHI

*Azie* berkata...

mamadanishsarah orgtua2 kata ular masuk umah xelok...ini azie bg petua..kdg2 yg masuk tue jin..walahualam la betul ker x?tapi org kata mmg xelok ular masuk umah...g la beli pisang sedekah kat budak niat mudahan xde apa2 yg belaku..ini hanya kepercayaan walahualam ...

Mama-Danish & Sarah berkata...

Azie, mak mertua saya pun ada ckp pasal ular berupa jin. Kalau ular masuk rumah kena cuba halau dulu, ular yg berupa jin akan hilang sendiri. Selalunya ular berupa jin ni warna hitam legam. Tapi kan, kalau la ular tu hilang sendiri, saya lagi susah hati. Risau kut2 ular tu muncul balik. Nanti saya nak beli pisang dan bagi budak2 kat taska Danish. Tks Azie.

Related Posts with Thumbnails