Rabu, 25 Februari 2009

MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA

'TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI BAIK YANG MENERIMA.......' 'MENOLONG ORANG JANGAN HARAP BALASANNYA.....' 'BIAR DENGAN IKHLAS JANGANLAH SEPARUH HATI....' DAN........ BLA..BLA.... Please tolong sambung, sbb aku pun dah lupa lirik lagu ni......

Apa yang aku nak tulis ni, aku sendiri tak pasti ada kaitan ke tak ngan tajuk kat atas. Sebenarnya aku kecik hati dan geram sangat ngan perangai seorang hamba Allah ni (Biras aku merangkap kakak ipar suami aku). Hari Sabtu lepas kami jumpa kat Majlis Cukur Jambul anak saudara suami aku 'Hana Arissa'. Aku pun tak sangka yang dia pun akan datang majlis tu, sbbnya dia sampai dekat orang dah nak habis baca Yaasin...lagi pulak dia ni selalunya jarang datang ke majlis yang family mertua aku anjurkan. Kira-kira cam boikot juga lah.....tak tau pesai apaaaaa....

Nak dijadikan citer, bila jer Kak M ni sampai kami pun salam menyalamlah. Yang aku kecik hati tu, tangan jer yang dia hulur tapi mata ngan kepala pandang kat tempat lain. Kalau ye pun, dah tak sabar nak nengok acara kat dalam, sempurnakanlah dulu salam tu..... Hina sangat ke aku ni?? Memang ler aku tak nafikan dia Doktor berpangkat besar, aku plak kerani cabuk je..... confirm sampai mati pun tak leh lawan......Aku pun tak pernah terfikir nak lawan ngan dia, pangkat ngan harta ni bukannya buleh bawak mati pun..... melainkan amal ibadat kita dan doa anak2 kita. Bukan ke bersalam dengan penuh ikhlas dan senyum tu kan sedekah.

Mungkin sesiapa yg baca citer aku ni, fikir aku ni jenis yg sensitif atau pun cepat terasa. Dulu.....masa baru2 kahwin memang aku sensitif dan cengeng. Kalau gaduh jer ngan suami pasti nangis. Tapi sekarang aku bukan lagi minah airmata... cam pelakon Arwah Noraini Hashim yang suka adegan airmata tuh.... Pengalaman banyak mengajar aku untuk jadik lebih kuat dan tabah. Noraini yg tengah menaip ni cuma mudah mengalirkan airmata bila tengok kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Aku memang kalah kalau bab ni........jiwa aku mmg terlalu sensitif. Airmata pun laju jer keluar........

Berbalik kepada citer tadi, ni bukanlah kali pertama aku kecik hati ngan Kak M. First time masa aku tanya pendapat dia ttg telinga Danish yang asyik bernanah dulu.... Dia selamba dek jer jawab biasalah tu...... Kalau setakat nak bagi jawapan camtuh baik aku tanya ngan kengkawan aku. At least diaorang boleh gak kasi petua camne nak kasi telinga anak aku cepat baik. Yang sedihnya, masa mak mertua aku sakit, dia boleh kata mak mertua aku tu saje2 je buat sakit. Menangis orang tua tu sbb terasa hati. Kalau ler satu hari nanti Doktor M ni bukak klinik sendiri, aku yakin dan pasti klinik dia tak dpt bertahan lama. Sebab apa tau.... dia punya sosial skill takde langsung. Tak tahu nak hormat dan ambik hati orang. Aku bukanlah nak mendoakan keburukan, tapi kalau dia tak nak berubah, masa depan yang akan merubah dia.... Fikir2 kan lah....

2nd time plak masa kami buat family trip ke K.L. On the way tu, kami singgah ler rumah kak M ni, sbb dah janji nak jalan sama2. Sebelum sambung perjalanan kitaorang, tetiba plak aku rasa nak buang air kecil. So, ingat nak tumpang ler tandas kat umah dia. Korang tahu dia sound apa kat aku? Tadi tu, kenapa tak nak kencing!!! Terkejut aku di buatnya..... langsung tak jadik guna tandas diaa...... Kalau korang, tergamak ke cakap kat tetamu camtu? Mungkin dia tak sedar setiap tamu yang datang tu membawa rezeki...........

3rd time waktu kami singgah (tak naik atas rumah pun) kat rumah dia , sbb nak jemput adik ipar aku yg menumpang tinggal kat situ. Mula2 memang aku tak nak turun dari kete, sbb Maisarah tengah tidur. Memandangkan nak jaga hati dan maruah suami aku (takut nanti orang kata bini dia sombong), aku pun keluar ler jugak tunjukkan muka. Yang sadisnya tuan rumah langsung tak nampak batang hidung. Aku jer yg duk terpacak kat depan rumah diaa...........nunggu tuan rumah yg tak kuar2.

Bila time bersembang, apa yang kita tanya dia buat-buat tak dengar. Kiranya soalan tak pernah berjawab lah...... Kadang2 tu dia buat2 baca surat khabar. Bukan aku jer yang kena, tapi mak mertua aku pun kena jugak..... Apa2 pun, yang pasti aku dah berbelas kali gi rumah dia, tapi dia sekali pun tak pernah jejak rumah aku....... Aku sendiri tak pasti apa masalah dia ngan aku sebenarnya sbb aku memang tak pernah ada masalah dengan dia......

"SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI KELEMAHANKU SENDIRI"

1 comments:

TechnoMan berkata...

assalamualaikum...mama danish tau tak tajuk lagu yang diceritakan dalam blog ini...tau nama penyanyi pun dah tak pa

Related Posts with Thumbnails