Isnin, 16 Mac 2009

MATA OH MATA.......

Alhamdulillah, akhirnya kegusaran aku berakhir juga......

Sib baik mata Danish takde apa2 masalah. Mama dia jer yg risau tak tentu pasal dan suka sangat fikir yg bukan2. Wak penat otak je kan!!! Bukan aku sesuka nak fikir tau, tapi perasan tu datang sendiri...... Kalau boleh biar aku je yg tanggung sakit pening anak2 aku ...........

Waktu kat klinik semalam, doktor tu sampai 3 kali check si Danish baru dia puas hati. Camne lah doktor tu tak check gila2, sbb dia fikir tak logik mata anak aku buleh keluar darah. Melainkan kalau mata dia tercucuk benda tajam...... baru leh terima dek akal. Doktor tu agak kemungkinan hidung danish yg berdarah. Darah tu plak terkena mata waktu dia duk tenyeh2 mata dia sbb gatal. Agaknyaaalah kata doktor tu betul jugak, sbbb cikgu kat sekolah dia pun ada cakap yg pagi tu ada darah beku keluar dari hidung Danish. Kecoh budak2 kat tadika tu gara2 si Danish ni.

Apa2 pun aku bersyukur dan berharap sangat mata Danish akan cepat sembuh. Kalau sampai Khamis ni, bengkak tu tak surut2 jugak, jawabnya kenalah aku bawak Danish jumpa ngan doktor tu semula.

2 comments:

Ciklinn berkata...

alahaiiii mmg cam tulah kita sbg mak bapak ni...kalu anak sakit risau tak keruan kan.....

alhamdulillah mata dia takder apa2..agak nya betul kot.... hidung dia berdarah peh tu digosok2 kat mato....

Ain berkata...

ciklinn,
yg peliknya, kalau suami yg sakit kita takde lah risau cam gitu kan.

Related Posts with Thumbnails