SETIAP IBU PASTI HANYA INGINKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK MEREKA. BEGITU JUGA AKU YANG TAK PERNAH JEMU BERUSAHA UNTUK MELIHAT ANAKKU MEMBESAR SEBAGAI SEORANG ANAK YANG SIHAT, CERGAS DAN CERDAS MINDANYA. TERBARU AKU BELIKAN DANISH BEBERAPA SUPPLEMENT TAMBAHAN YANG AKU HARAP DAPAT MEMBANTU MERANGSANG MINDANYA. BERHABIS SEDIKIT PUN TAK KISAHLAH, JANJI ANAKKU MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
PERTAMA AKU BELIKAN DANISH SCOTT EMULSION PERASA BERI YG JENIS PASTLE. DULU AKU BAGI DIA MAKAN SCOTT PERASA OREN JENIS YANG CECAIR. CEREWET SANGAT TIME NAK KASI DIA MAKAN, SO BILA DAH TUKAR BENTUK PASTLE NI, LAJU SEMACAM LAH PLAK. HARGANYA DALAM RM9 SEBOTOL. TUJUANNYA AGAR ANTIBODI DANISH LEBIH KUAT DAN DIA BERTAMBAH SELERA MAKAN.
KEDUA AKU BELIKAN KISMIS IRAN JENAMA PAK TANI (JENAMA NI JE YANG ADA). HARGANYA RM10 SEBOTOL. HARAP-HARAP BILA DAH MAKAN KISMIS DOA NI NANTI, PENYAKIT LUPA DIA MAKIN BERKURANG. KISMIS NI AKU BAGI DIA MAKAN 7 BIJI SEKALI MAKAN, DUA KALI SEHARI.
DAN YANG TERAKHIR AKU BELIKAN SATU PEK EXAMO YANG BERHARGA RM78 SEKOTAK. DALAM SATU PEK NI, ADA SATU BOTOL EXAMO 500 (450 BIJI) DAN SATU BOTOL EXAMO 500 PLUS (16 BIJI). MINGGU YANG PERTAMA NI, DANISH AKAN MAKAN 2 BIJI 3 KALI SEHARI. PIL NI KAWAN KAT OFFICE AKU YANG SUGGEST UNTUK KECERDASAN MINDA SBB ANAK DIA PUN AMALKAN MAKAN SETIAP HARI.
KESIMPULANNYA, SETIAP HARI DANISH AKAN MAKAN 3 BIJI SCOTT EMULSION, 14 BIJI KISMIS DOA DAN 6 BIJI PIL EXAMO. KESIANNYA BEBUDAK SEKARANG NI KAN, KECIK2 LAGI DAH KENA MAKAN MACAM-MACAM UBAT. MASA AKU KECIK2 DULU, AKU CUMA FAMILIAR NGAN PIL KK JER. ITUPUN DAPAT PERCUMA KAT KLINIK KESIHATAN. MAK NGAN AYAH AKU MEMANG TAK MAMPU NAK BELI SUPPLEMENT2 CAMNI SEBAB KAMI ORANG SUSAH. DAPAT BERSEKOLAH PUN KIRA DAH BERSYUKUR SANGAT. SEMOGA ANAK-ANAK AKU KELAK MEMBESAR SEBAGAI SEORANG ANAK YANG MENGENANG JASA HENDAKNYA. AMIN.....
P/S: UNTUK MENAMBAHKAN DAYA INGATAN DAN MENGURANGKAN PENYAKIT LUPA, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-A'LA AYAT 6 & 7 (BACA 7 KALI SELEPAS SOLAT)
2 comments:
baru perasan scott emulsion ada jenis ni...nanti nak carilah pasal kat rumah ada yang cecair..Salam kenal...
SALAM PERKENALAN.... CUBALAH KASI KAT ANAK2 AKAK, GERENTI DIAORANG SUKA..
Catat Ulasan