14HB FEBRUARI 2009
PUKUL 8.30 MALAM, AKU PERASAN KEPALA MAISARAH MACAM HANGAT SEMACAM. AKU SENTUH BELAKANG BADAN DIA PLAK, PANAS JER NI. ENTAH2 BUDAK NI NAK DEMAM.... TAKPE AH... SEBELUM TIDUR NANTI MAMA BAGI SARAH MAKAN UBAT DEMAM. AKU CAMPURKAN UBAT DEMAM DALAM SUSU MAISARAH MCM YG AKU SELALU PRAKTIKKAN SBLM NI. SAYANG SUNGGUH, NGAN SUSU-SUSU SEKALI DIA BOIKOT TAK NAK MINUM. AGAK-AGAK AKU DARI 2.5ML UBAT DEMAM YANG AKU KASI TU, TAK SAMPAI 0.5ML PUN YANG MASUK DALAM PERUT DIA....
15HB FEBRUARI 2009
PUKUL 1.00 PAGI AKU TERJAGA DARI TIDUR BILA MAISARAH TAK BERHENTI MERENGEK. AKU SENTUH BADAN DIA, MAKIN PANAS BUDAK NI.... TEMPERATURE 38.8 DARJAH CELCIUS. NI MEMANG TAK BOLEH DIBIARKAN, KALAU CECAH 39 DARJAH, LAGI NAYA... AKU BAGI MAISARAH MINUM SUSU SEBELUM BAGI DIA MAKAN UBAT DEMAM. KALI NI KENA TRY PAKAI PICAGARI PLAK, KALAU TAK MCM MANA DEMAM ANAK AKU NAK BAIK. ALHAMDULILLAH, ELOK JER DIA TELAN BILA AKU SELANG SELIKAN NGAN AIR KOSONG.
PUKUL 7 PAGI, MAISARAH BANGUN-BANGUN JER TERUS MENANGIS. DANISH TEGUR PUN NANGIS JUGAK. AKU CALL PENGASUH DIA SURUH MANDI SIAP2, TAKUT KARANG SUSAH PLAK KALAU MAISARAH BUAT PERANGAI. RUPA-RUPANYA ANAK-ANAK DIA PUN DEMAM JUGAK. SORANG HANTAR SEKOLAH DAN SORANG LAGI TAK PERGI. CAMNE NAK BUAT NI? ANAK AKU DEMAM, ANAK DIA PUN DEMAM. TAKKAN AKU NAK CUTI LAGI!! KHAMIS ARI TU BARU JER AMBIK CUTI. SEBELUM HANTAR MAISARAH RUMAH PENGASUH, SUHU BADAN DIA 38.3. DAH KURANG CKIT, TAPI STILL DEMAM LAGIK. AKU BAGI MAISARAH MAKAN UBAT DEMAM SIAP2, SUPAYA DEMAM DIA TAK MELARAT.
PUKUL 2 PETANG, PENGASUH MAISARAH CALL PASAL MAISARAH TAK BERHENTI NANGIS. MAKAN TAK NAK, SUSU PUN TAK NAK. SUHU BADAN DIA PUN TAK TURUN-TURUN. AKU DECIDE KERJA HALF DAY JER HARI NI. HATI TAK TENTERAM DUK TERINGAT KAT MAISARAH... SEDIH TENGOK KEADAAN DIA, LANGSUNG TAK BERMAYA... MUKA NGAN BIBIR DAH MERAH MENYALA.. DIA ASYIK DUK TUTUP MULUT DIA DAN BIAR AIR LIUR MELELEH KELUAR. APA KENA NTAH ANAK AKU NI, SBLM NI TAKDE PLAK DIA BUAT PERANGAI CAMNI...BALIK JER RUMAH AKU BASAHKAN RAMBUT DAN BADAN DIA NGAN AIR ASAM JAWA. SEBELUM BAGI DIA TIDUR, AKU LEKAPKAN COOL FEVER KAT KEPALA DIA.... MOGA-MOGA PAHNI BADAN DIA TAKDELAH PANAS LAGI...
PUKUL 9 MALAM AKU NGAN SUAMI BAWAK MAISARAH GI KLINIK. DEMAM DIA DAH KEBAH, CUMA AKU RISAU PASAL AIR LIUR DIA ASYIK MELELEH JER. RUPA-RUPANYA DALAM TEKAK DIA PENUH NGAN ULSER. YA ALLAH KESIANNYA ANAK AKU... PATUTLAH AIR LIUR MELELEH, DIA TAK BERANI NAK TELAN SBB TEKAK DIA SAKIT. DOKTOR BEKALKAN MAISARAH NGAN ANTIBIOTIK DAN UBAT SAPU UNTUK LEGAKAN ULSER DALAM TEKAK DIA.
SEPANJANG MALAM TU MAISARAH NAMPAK LEBIH SELESA TIDUR DALAM BUAI JER. SEJAM SEKALI AKU BANGUN UNTUK MONITOR KEADAAN DIA. ALHAMDULILLAH BADAN DIA DAH TAK PANAS LAGI. PUKUL 4.30 PAGI AKU CUBA BAGI DIA MINUM SUSU, SYUKUR.... NAMPAKNYA DIA DAH BOLEH MINUM SUSU...
16HB FEBRUARI 2009
AKU AMBIK CUTI LAGI SEHARI UNTUK JAGA MAISARAH. TAMBAHAN PULAK ANAK PENGASUH MAISARAH PUN BELUM SIHAT LAGI. SEBENARNYA AKU RASA BERSALAH SANGAT KAT IBU (PENGASUH) MAISARAH SBB ARI TU AKU BETUL-BETUL TAK BERTIMBANGRASA... TETAP GAK HANTAR MAISARAH WALAUPUN AKU TAHU ANAK DIA PUN DEMAM JUGAK. MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK YA MI, INGATKAN AYIE DEMAM BIASA-BIASA JER. TAHU2 BOLEH TAHAN JUGAK ANAK MI DEMAM SAMPAI TERBARING JER KAT KERUSI.
MAISARAH NAMPAKNYA DAH SEMAKIN SIHAT. BADAN DIA PUN DAH TAK PANAS LAGI. CUMA TIME AKU NAK MANDIKAN DIA, DIA MENANGIS. MUNGKIN KESEJUKAN SBB AKU GUNA AIR PAIP BIASA. DIA PUN NAMPAKNYA DAH BOLEH MINUM SUSU MCM BIASA. AKU TRY BAGI DIA MAKAN TAPI DIA TOLAK. TAKPELAH, KARANG MAMA CUBA LAGI...
BAGI MENGURANGKAN ULSER DALAM TEKAK MAISARAH, AKU CUBA BAGI MAISARAH MAKAN AISKRIM. SBLM TU, AKU CALL DOKTOR YANG RAWAT MAISARAH MALAM TADI, TANYA PENDAPAT DIA MCM MANA. RISAU JUGAK NAK BAGI AISKRIM KAT BABY. SILAP HARIBULAN, PERUT DIA PLAK YANG KEMBUNG. PETUA MAKAN AISKRIM NI AKU DAPAT DARI DOKTOR YANG RAWAT AKU WAKTU AKU KENA ULSER YANG TERUK DULU.
PETANG TADI, MAISARAH DAH BOLEH MAKAN SIKIT. DIA KEMAM LAMA2, BARU TELAN. SEKSANYAAAA... AKU TENGOK. BILA AKU BAGI DIA AIR KOSONG, DIA START MENANGIS. AGAKNYA TEKAK DIA PEDIH BILA TELAN BUBUR BERCAMPUR NGAN AIR. SUAP PUNYA SUAP DAPAT GAK KAT 8 SUDU. SYUKURLAH, SEKURANG-KURANGNYA TAKDELAH PERUT DIA KOSONG.
0 comments:
Catat Ulasan