Isnin, 2 Februari 2009

PEMBELAJARAN DANISH

WALAUPUN DANISH BARU BERUMUR 5 TAHUN, AKU RISAU MEMIKIRKAN TAHAP PERKEMBANGAN PEMBELAJARANNYA. AKU DAPATI DIA AMAT LEMAH DALAM MENGENALI SESUATU HURUF. WALAUPUN TELAH MENULIS DAN MENYEBUT SESUATU HURUF BERULANG KALI, BILA DITANYA DIA PASTI LUPA. MEMBANTU DIA MENYIAPKAN HOMEWORK YANG DIBERIKAN OLEH GURU TADIKANYA MERUPAKAN SAAT YANG PALING MENCABAR BUAT AKU. YA-ALLAH, KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN KESABARAN AGAR AKU DAPAT MENDIDIK ANAKKU INI. AKU AKUI, TAHAP KESABARANKU AMAT TIPIS SEKALI. BAGAIMANALAH AGAKNYA, TEACHER ZA BERHADAPAN DENGAN DANISH SETIAP HARI.


ATAS CADANGAN TEACHER ZA, AKU BELIKAN DANISH 2 BUAH BUKU AKTIVITI BARU. BUKU NI AKU GUNAKAN SEBAGAI LATIHAN TAMBAHAN DI RUMAH. MUNGKIN IA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELAJARAN DANISH.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails