AKU BERJAYA MENCIPTA REKODKU SENDIRI HARI NI. AKU DPT MENGHAFAL SURAH YAASIN AYAT 01 - AYAT 10 DENGAN LANCAR. SEMUANYA ATAS SARANAN USTAZ ARIFF YG MENGAJAR MENGAJI KAT OFFICE AKU. DULU, MASA KECIK2 PERNAH GAK GURU MENGAJI AKU (JUGA JIRAN DEPAN RUMAH MAK AKU) SURUH AKU HAFAL QURAN, TAPI AKU TAK AMBIL KISAH SANGAT. BILA DAH TUA DAN HATI PUN DAH BANYAK TITIK2 HITAM NI, BARU TERGERAK NAK MENCUBA. ALHAMDULILLAH, SEKURANG-KURANGNYA AKU MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN OLEH YANG MAHA ESA UNTUK MENAMBAHKAN AMALKU BUAT BEKALAN DI HARI AKHIRAT KELAK. SEMOGA USAHA MURNIKU INI MENDAPAT PERKENANMU YA-ALLAH. KAU BANTULAH HAMBAMU INI, DAH KAU PERMUDAHKANLAH JALAN BAGIKU MENDAPAT KEREDHAANMU.
SUKA RASANYA UNTUK AKU BERKONGSI SEDIKIT RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENGHAFAL AL-QURAN SEBAGAIMANA YANG DIPERTURUNKAN OLEH USTAZ ARIFF AL-YAMANI:
1) SETIAP AYAT DIBACA SECARA BERULANG-ULANG SEBANYAK 20X
2) BACA AYAT YG SEBELUMNYA TERLEBIH DAHULU, SEBELUM MENGHAFAL AYAT YG SETERUSNYA SEBANYAK 20X JUGA.
3) AMALKAN MEMBACA AYAT YANG TELAH DIHAFAL DI DALAM SETIAP SOLAT FARDHU YANG KITA KERJAKAN KERANA HANYA DENGAN BERAMAL SAJA INGATAN ITU AKAN KEKAL.
0 comments:
Catat Ulasan