DALAM KELAS MENGAJI HARI NI, USTAZ ARIFF MENERANGKAN TENTANG HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID DAN KELEBIHAN MEMBACA AL -QURAN. MEMPELAJARI ILMU TAJWID AL-QURAN ITU HUKUMNYA ADALAH FARDU KIFAYAH DAN BERAMAL DENGANNYA SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN ADALAH FARDHU AIN. SEKIRANYA KITA INGIN MEMBACA AL-QURAN, ADALAH WAJIB BAGI KITA MEMPELAJARI DAN MENGETAHUI HUKUM TAJWID.
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
* NABI MUHAMMAD S.AW BERSABDA: ORANG YANG PALING BAIK DARI KAMU IALAH ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA.
* SAIDINA ALI MERIWAYATKAN BAHAWA BARANGSIAPA YANG MEMBACA AL-QURAN:
I) DALAM SOLAT MENDAPAT 100 PAHALA
II) DUDUK DALAM SOLAT MENDAPAT 50 PAHALA
III) BERWUDUK DI LUAR SOLAT MENDAPAT 25 PAHALA
IV) TANPA WUDUK DI LUAR SOLAT MENDAPAT 20 PAHALA
* MARILAH KITA SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG MENGUMPUL BONUS INI, KERANA MASA TIDAK PERNAH MENUNGGU KITA. SUNGGUH MUDAH, HANYA GERAKKAN BIBIR ANDA. DARIPADA BERKATA-KATA TENTANG PERKARA YANG SIA2, LEBIH BAIK DAN BERFAEDAH RASANYA KITA BERZIKIR DAN MENGINGATI YANG MAHA ESA....
1 comments:
Nice one !
Catat Ulasan