Khamis, 12 Februari 2009

EKZEMA

AKU AMBIK CUTI SEHARI HARI NI SBB NAK BAWAK MAISARAH PERGI JUMPA NGAN PAKAR KULIT KAT KEMAMAN. NAMA KLINIK TU POLIKLINIK KEMAMAN. MEMANG FAMOUS DAN RAMAI PATIENT. TANYALAH ORANG KEMAMAN SAPA YANG TAK KENAL NGAN "DOKTOR WEE" AKU GERENTI DIAORANG KENAL PUNYAA... TAPI KALAU TANYA NGAN AKU, AKU MEMANG TAK PERNAH KENAL PUN, SEBAB KLINIK TU AKU TAK PERNAH PERGI. KLINIK DIA DUK TANG MANA PUN AKU TAK TAHU. NASIB BAIK GAK PENGASUH ANAK AKU DAH BIASA NGAN KLINIK TU, BILA CARI2 TAK JUMPA AKU CALL TANYA NGAN DIA.

MAISARAH NI MEMANG DARI KECIK LAGI ADA MASALAH NGAN EKZEMA. WAKTU UMUR DIA 2 BULAN (DLM GAMBAR), KULIT MUKA DIA JADI KEMERAHAN DAN SEAKAN-AKAN TERBAKAR. MACAM-MACAM UBAT GAK AKU TRY, DEKAT SEBULAN BARU LER KULIT TU ELOK BALIK. BILA TIME MANDI PLAK, BOLEH PAKAI MANDIAN SEBAMED JER. LOSYEN PUN SAMA.
KALI NI KAKI NGAN LENGAN DIA PLAK KERING DAN BERKERAPU SEMACAM. AKU PUN PELIK GAK, PADAHAL HARI-HARI PENGASUH DIA SAPU NGAN LOSYEN BABY SEBAMED. CERITA PUNYA CERITA NGAN DOKTOR KAT POLIKLINIK TU, AKHIRNYA DOKTOR TU MINTAK AKU TUKARKAN SUSU FORMULA MAISARAH. DIA KATA MAISARAH ALERGIK NGAN SUSU LEMBU, SO KENA TUKAR NGAN SUSU SOYA. PALING BAIK KALAU BAGI MAISARAH MINUM SUSU ISOMIL. MAHALL TU... LAST-LAST AKU NGAN SUAMI DECIDE CONTINUE JER BAGI MAISARAH SUSU LEMBU (DUTCH LADY), SBB PENYAKIT KULIT DIA NI PUN TAK MERBAHAYA. BILA DIA DAH MAKIN MEMBESAR NANTI, PENYAKIT KULIT TU AKAN HILANG SENDIRI.


BALIK DARI POLIKLINIK KEMAMAN, AKU SINGGAH RUMAH SEPUPU AKU LIZA. SEJAK LAHIRKAN MAISARAH, AKU TAK SEMPAT LAGI NAK GI JALAN-JALAN RUMAH DIA. AKU SEBENARNYA NAK TANYA KHABAR ANAK SULUNG DIA KHALIFF YG KENA PENYAKIT JANTUNG BERLUBANG. SYUKURLAH PENYAKIT ANAK DIA BARU DIPERINGKAT AWAL DAN LUBANG TU CUMA KECIK JER. BULAN MARCH NANTI KENA BAWAK KE IJN UNTUK PEMERIKSAAN SUSULAN. ASALNYA DIA BAWAK ANAK DIA KE HOSPITAL KERAJAAN, TAPI KENA TUNGGU BULAN SEPTEMBER BARU BOLEH BUAT FOLLOW-UP. PUNYALAH LAMA NAK KENA TUNGGU. LAST-LAST SUAMI DIA AJAK PERGI KMC (KUANTAN MEDICAL CENTRE), TAK SAMPAI SEBULAN DAH BOLEH BAWAK ANAK GI IJN.

BUAT IBUBAPA DILUAR SANA YANG MEMPUNYAI KEWANGAN YANG LEBIH, AKU SUGGEST MENABUNGLAH UNTUK ANAK2 KITA. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT. SERTAILAH SKIM INSURANS YANG BERBENTUK SIMPANAN YANG MANA TURUT MENAWARKAN INSURANS KESIHATAN UNTUK KITA DAN ANAK-ANAK KITA SEKALI.

P/S: MENGAMBIL INSURANS PRUDENTIAL-BSN UNTUK AKU DAN MAISARAH. MUNGKIN AKAN MENAMBAH SATU LAGI AKAUN UNTUK DANISH TAK LAMA LAGI KALAU KEWANGAN MENGIZINKAN.

2 comments:

Redhana berkata...

salam..tumpang bertany...poliklinik kemaman 2...memg klinik pakar kulit ke?? kalau btul saya nk refer klinik 2...maslah jerwt ni..bimbang sangt....tq

Redhana berkata...

salam..tumpang bertany...poliklinik kemaman 2...memg klinik pakar kulit ke?? kalau btul saya nk refer klinik 2...maslah jerwt ni..bimbang sangt....tq

Related Posts with Thumbnails