Ahad, 29 Mac 2009

BIRTHDAY CARD UNTUK MAISARAH

HARI KHAMIS LEPAS AKU DAPAT SATU SURPRISE....
TETIBA PLAK ADA ORANG HANTAR KAD KAT ANAK DARA AKU TU....
SIAP TAIP NAMA DIA KAT ENVELOPE TU..... BUKAN NAMA AKU..... DAH LER SURAT TU PAKAI ADDRESS OFIS AKU, SIB BAIK ANAK AKU POPULAR KAT SINI....
KALAU TAK HARUS SURAT TU KENA BUANG....
TAHU TAK PASAI APA ANAK AKU POPULAR KAT OFIS NIH?
PASAI AKU SELALU BUAT OFIS AKU NI NURSERY.... BAWAK DIA PI KERJA BILA IBU DIA TAKLEH NAK JAGA DIA PASAL ADA HAL LAIN......TAK TAU LA SAMPAI BILA BOS AKU LEH TAHAN.
SUNGGUH TAK SESUAI KAN!!!! MANA NAK BUAT KEJE, MANA NAK JAGA ANAK WEHHHH..... SUSAH2 SANGAT KANG AKU BERENTI JER KEJE ......
JENG3, BIRTHDAY CARD UNTUK MAISARAH. SPECIAL DARI UNCLE ZUL. AGEN INSURANS MAMA..... BERTUAH ANAK MAMA KAN, KECIK2 LAGI DAH DAPAT BIRTHDAY CARD.
MAMA YANG DAH TUA NYANYUK NI PUN ABAH TAK PERNAH KASI BIRTHDAY CARD.
TAK ROMANTIK LANGSUNG ABAH SARAH TU KAN ..... THANKS UNCLE ZUL


Khamis, 26 Mac 2009

APA AKTIVITI AKU KAT BLOG......

SELALUNYA BILA AKU BUKAK BLOG, AKU SUKAAAAAA MERAYAP KAT RUMAH KAWAN-KAWAN DULU.
KEPOCHI AKU NI KAN ..... SAJA JE NAK INTAI KORANG TENGAH BUAT PE....
ADA AKTIVITI MENARIK TAK HARI NI ........ MENARIK KE TAK KE AKU ENJOY JE BACA....
ENTAH TERKENA BADI APA TAH ........ TAK SENANG HATI AKU KALAU TAK GI MELAWAT KENGKAWAN NIH.....
KORANG ADA TENYEH MINYAK SENYONYOH KE? TAK BAIK TAU!!!!
BILA DAH ASYIK MERAYAP JE KAN ...... AKU PUN TAK SEDAR MASA BERLALU......
NAK UPDATE AKU PUNYA PUN DAH TAK SEMPAT DAH....HUHUHU....
ENTAH PAPE NTAH AKU MELALUT NI....

Selasa, 24 Mac 2009

EEEE.......GELII.......


ular apa ni ekk?

Malam tadi tetiba je suami aku buat kecoh......
Mula-mula aku nampak dia duk sibuk kejar lipas, pastu tetiba plak dia menjerit kat aku katanya ada ular kat dalam bilik stor ......

Aku memang sah ler tak caya, mana mungkin ada ular dalam rumah aku..... so aku pun buat dek je lah....

Bila suami aku cam beria benar suruh aku tengok, aku pun layann laaa... intai kat belakang pintu bilik.....

Astagfirullahalazimm.......betulllll ada anak ular kat situ.... Geli geleman dan seram sejuk dah badan aku dibuatnya......

Yg kelakarnya, ada ke patut darling aku ni suruh panggil bomba....... hai takkan ular kecik cam gini pun tak leh settle......

Aku suggest kat dia, kalau rasa geli sangat ngan ular tu, mintak tolong je ngan jiran sebelah. Biar dia je yang tolong bunuh ular tu.......tapi akhirnya ular tu mati
jugak ditangan suami aku....

Kesian kat ular tu..... sapa suruh masuk dalam rumah aku.....

Isnin, 16 Mac 2009

MATA OH MATA.......

Alhamdulillah, akhirnya kegusaran aku berakhir juga......

Sib baik mata Danish takde apa2 masalah. Mama dia jer yg risau tak tentu pasal dan suka sangat fikir yg bukan2. Wak penat otak je kan!!! Bukan aku sesuka nak fikir tau, tapi perasan tu datang sendiri...... Kalau boleh biar aku je yg tanggung sakit pening anak2 aku ...........

Waktu kat klinik semalam, doktor tu sampai 3 kali check si Danish baru dia puas hati. Camne lah doktor tu tak check gila2, sbb dia fikir tak logik mata anak aku buleh keluar darah. Melainkan kalau mata dia tercucuk benda tajam...... baru leh terima dek akal. Doktor tu agak kemungkinan hidung danish yg berdarah. Darah tu plak terkena mata waktu dia duk tenyeh2 mata dia sbb gatal. Agaknyaaalah kata doktor tu betul jugak, sbbb cikgu kat sekolah dia pun ada cakap yg pagi tu ada darah beku keluar dari hidung Danish. Kecoh budak2 kat tadika tu gara2 si Danish ni.

Apa2 pun aku bersyukur dan berharap sangat mata Danish akan cepat sembuh. Kalau sampai Khamis ni, bengkak tu tak surut2 jugak, jawabnya kenalah aku bawak Danish jumpa ngan doktor tu semula.

Ahad, 15 Mac 2009

KENAPA NGAN MATA DANISH????

APA PERASAAN ANDA KALAU BANGUN JER DARI TIDUR, ANDA TERNAMPAK SETOMPOK DARAH MERAH MELEKAT KAT CADAR TEMPAT TIDUR ANAK ANDA??

DARAH YG MASIH BASAHH

BUKAN TAKAT TERKEJUT JER KAN!!! FIKIRAN BERCELARU..... TAKUT... RISAU.... HAIRAN BIN AJAIB PUN ADA ...... PAGI NI AKU PANIK GILER BILA TGK DARAH KAT TEMPAT TIDUR DANISH. MANA DATANG DARAH NI?? YA ALLAH ........ TOLONG!!!!!!!!

RUPA-RUPANYA DARI MATA DANISH YG BENGKAK PASAL SAKIT MATA ARI TU. YG BUAT AKU CONFIUS NI, CAMNE BULEH KELUAR DARAH. NASIB BAIK GAK DARAH KAT MATA TU DAH KERING..... KALAU DARAH TU MASIH KELUAR, MAU PENGSAN AKU DIBUATNYA...... BUKAN APA, AKU TAKUT APA2 YG TAK BAIK JADIK KAT ANAK AKU....... MAK MANA TAK SAYANG ANAK KAN.!!

SETELAH MANDI DAN DARAH KAT MATA DIBERSIHKAN

PETANG NI AKU NAK BAWAK DANISH GI KLINIK. KALAU IKUTKAN DARI HARI TU LAGI AKU NAK BWK DIA BUAT FOLLOW-UP, TAPI ASYIK TERTANGGUH JE. BUKAN APA, DIA TAK PERNAH NGADU MATA DIA TU SAKIT.... SO AKU PUN POSTPONE LAH DULU NIAT AKU TU. KONON-KONONNYA NAK BAWAK SKALI NGAN ADIK DIA UNTUK INJECTION UMUR SETAHUN. MEMANDANGKAN DAH JADI CAMNI, KENA JUGAK LER PERGI PETANG NI. NANTI AKU SAMBUNG APA KOMEN DOKTOR PASAL MATA DIA K......

KALAU SUDI, DOA-DOAKANLAH MATA DANISH TAKDE PAPE. THANKS....

Khamis, 12 Mac 2009

PAHALA BUAT INSAN BERGELAR ISTERI

AKU NAK SHARE E-MAIL NI DGN SEMUA WANITA YANG BAKAL ATAU DAH BERGELAR ISTERI. KEPADA YG BELUM BERSTATUS ISTERI, CEPAT2 BERUSAHA UNTUK TUKAR STATUS ANDA . CEPAT2 LER KAHWIN. EKEKE...

BACA JGN TAK BACA ....... DAH BACA JGN WAK PEKASAM PLAK K......
DIANTARA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YG WAJIB DITUNAIKAN OLEH ISTERI DAN DIJANJIKAN PAHALA OLEH ALLAH S.W.T....

1) MENYEDIAKAN / MEMBERI SEGELAS AIR BUAT SUAMI :- FADILATNYA MENDAPAT PAHALA PUASA SUNAT 1 TAHUN


2) MENYEDIAKAN / MEMASAK MAKANAN YANG MENGENYANGKAN SUAMI - FADILATNYA MENDAPAT PAHALA HAJI DAN UMRAH

3) PERKHIDMATAN YG DIBERI KEPADA SUAMI :- FADILATNYA MENDAPAT PAHALA YG TIDAK PUTUS-PUTUS.

4) MENGHAMILKAN BENIH SUAMI - FADILATNYA MENDAPAT PAHALA SYAHID

5) MANDI JUNUB BERSAMA SUAMI :- FADILATNYA MENDAPAT PAHALA SEPERTI SEDEKAH 1000 EKOR KAMBING KPD FAKIR MISKIN.

6) ISTERI MEMANDANG SUAMI DENGAN HARMONI DAN MENYUKAKAN :- FADILATNYA SEOLAH-OLAH KITA BERZIKIR KEPADA ALLAH.

7) SEKIRANYA SEORANG ISTERI MENINGGAL DUNIA DENGAN KEREDHAAN SUAMINYA :- FADILATNYA DIA AKAN TERUS MASUK SYURGA.

Rabu, 11 Mac 2009

MAISARAH-SETAHUN SUDAH....

ALHAMDULILLAH..... HARI NI MAISARAH GENAP SETAHUN UMURNYA. SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG.... SYUKUR YA TUHAN KERANA KAU MENGURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK KE ATAS ANAK-ANAKKU.

KAMI TAK BUAT APA2 MAJLIS PUN UNTUK MAISARAH SBB ABAHNYA KERJA. TAK SERONOT NAK CELEBRATE KALAU ABAH TAKDE. APA2 PUN MAMA SEMPAT LER MENEMPAH SEBIJI KEK UNTUK SARAH. ABAH PLAK BELIKAN POOH YG BESAR SEBAGAI BIRTHDAY PRESENT. MEH KITA TENGOK GAMBAR ........

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY DEAR SARAH

BIRTHDAY CAKE HADIAH DARI ATEH

BESAR POOH DARI SARAH

SEMPENA NGAN BIRTHDAY SARAH JUGAK, MAMA BELIKAN IBU SEPASANG KAIN SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH MAMA SBB BERSUSAH PAYAH JAGA SARAH SELAMA MAMA BEKERJA. KALAU IKUTKAN NAK KASI MASA BIRTHDAY IBU TEMPOH HARI, TAPI MAMA TAK SEMPAT NAK BELI. SEMOGA JASA BAIK DAN PENGORBANAN IBU YG IKHLAS ITU DIJANJIKAN PAHALA YG BERLIPAT GANDA OLEH ALLAH S.W.T. AMINN.......

AIR MATA IKAN DUYUNG (SBLM DIBALUT)

DAH SIAP!! KHAS UNTUK IBU

TERIMA KASIH JUGA BUAT IBU YG HADIAHKAN SARAH SEPASANG BAJU BERWARNA MERAH. COMELL SANGATT.

BAJU BARU HADIAH DARI IBU

MAMA DOAKAN SARAH CEPAT2 BOLEH BERJALAN DAN CERIA2 SELALU HENDAKNYA. JANGAN NAKAL2 KAT RUMAT IBU TAU!!!! KESIAN IBU ....... BERPELUH -PELUH SETIAP KALI MAMA GI AMBIK SARAH.

Ahad, 8 Mac 2009

RESTORAN NASI AYAM

MAKAN FREE....... NI YG PALING AKU SUKAAAA.....

KALAU PASAL MAKAN MMG AKU TAK TOLAK..... SBBNYA .......AKU NI KAN MAKAN BYK MANA PUN, BADAN AKU CEKEDING JUGAK..... CAM LALANG DITIUP ANGIN....HUHUHU

KALI NI AKU NGAN KAWAN2 SATU OFFICE MAKAN FREE KAT RESTORAN BOS AKU. HARI NI DIA BUAT OPENING CEREMONY .... MENU UTAMA IALAH NASI AYAM KICAP BERCILI.


APA YG AKU SUKA PASAL RESTORAN NI IALAH DEKORASI DALAMANNYA. TEMA WARNA HIJAU RESTORAN NI BUAT AKU RASA TENANG BANGAT...


ALHAMDULILLAH .......PERUT PUN DAH KENYANG

APALAGI..... JOM KITA BALIKKKK ...... TIME KASIH TUAN RESTORAN


Khamis, 5 Mac 2009

BABY MAID

Ni aku nak perkenalkan pembantu rumah aku......

Tak payah keluar duit banyak2 bayar kat Agency....... Free of charge lagi....


Memang rajin giler..... buat kerja tak payah nak disuruh.......

video
Berkilat kan!!!...........


Puas hati sungguh aku ngan hasil kerja budak kecik ni.


Korang agak mana dia belajar semua ni??


Bukan dari aku tau!!!!

Tapi dari Abah diaaa....... Abah dia paling suka lap lantai pakai kain basah..... dan dia paling pantang kalau nampak benda2 melekat kat atas lantai tu...... terutama sekali susu......


Tak heran ler pasal apa abah dia buleh naik hangin....... dah penat lap, mesti lah nak tengok lantai tu bersih kan!!!


So..... sendiri mau ingat ler..........

Rabu, 4 Mac 2009

SAKIT MATA


BORING BETUL !!!! DAH 2 HARI AKU BERCUTI..... DUK RUMAH JAGA DANISH..
KALI NI, PASAL DIA KENA JANGKITAN SAKIT MATA KAT TADIKA..... TERKILAN SUNGGUH AKU NGAN MAK BAPAK BUDAK YANG BIAR JER ANAK DIA SEBARKAN PENYAKIT NI KAT SEKOLAH.... TAU-TAU JE LAH, KALAU DAH KENA SAKIT MATA NI, BUKANNYA CEPAT SEMBUH. SILAP2 HARIBULAN, SATU FAMILY PLAK YANG KENA.


MANA AKU NAK KUARANTIN SI DANISH NI. DAH LAH DIA TAK LEH BERENGGANG NGAN ADIK DIA...... NAK LETAK RUMAH MAK AKU.... OHH TAK MUNGKIN!!!! KAT SITU ADA 3 LAGI ANAK SAUDARA AKU YG BERISIKO TERKENA JANGKITAN. ITU BLM KIRA 7 PENGHUNI YG LAIN LAGIIIII...... PENING PALE AKU.....

NAK TAK NAK, KAMI BERKELAH DALAM RUMAH JE LAH......
YANG AKU PELIKNYA, MATA DANISH NI TAKDE LAH BERTAHI. KALAU BENGKAK TU ADALAH. ITUPUN, SEBELAH JER..... AKU CUMA RISAU PENYAKIT LAIN JER SBB 4 HARI SBLM TU KAWAN KAT TADIKA DIA ADA SIMBAH PASIR DALAM MATA DIA..... KALAU DALAM MASA 3-4 HARI NI TAK BAIK2 JUGAK, AKU INGAT NAK BWK DIA GI KLINIK LAGI SKALI. BUAT FOLLW-UP CHECK-UP. HARAP2 TAKDE PAPE.....

"MATA BELAH KANAN YANG MEMBENGKAK"

"NAK TAYANG GAK MAINAN FAVORITE DIA"

P/S: YA ALLAH, KAU SEMBUHKANLAH SAKIT MATA ANAKKU INI.

Ahad, 1 Mac 2009

CUTI BERSALIN

Aku nak ucapkan TAHNIAH buat semua kaum ibu atau bakal ibu yang berada di Negeri Serambi Mekah kerana kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan cuti bersalin 5 HARI LEBIH AWAL . Berita ni aku terbaca dalam Harian Metro Khamis lepas. Bertuahlah ibu-ibu yang keje kat Negeri Kelantan Kan!!! Selain dapat cuti bersalin 60 hari tu, dapat lagi extra cuti belum bersalin 5 hari. Jadik ler 65 HARI......

Aku salute giler dengan keprihatinan kerajaan negeri yang tak pernah lupakan pengorbanan dan jerit perih kaum hawa dalam membantu membangunkan ekonomi keluarga khasnya dan negeri amnya. Pada pendapat aku, sepatutnya benda ni dah lama dah dipraktikkan. Aku pun kesian tengok kaum aku yang tengah sarat mengandung ni..... terutama sekali mereka yang bergelar CIKGI. Bayangkan, dah ler terpaksa panjat tangga sampai ke tingkat 3, pastu nak kena berdiri lama-lama plak ngajor bebudak... tambah lagi ngan bebudak sekarang ni yang perangainya ntah ape-ape. Maunya tak stress cikgi-cikgi anak kita. At least, bila kerajaan negeri dah umumkan cuti bersalin awal ni, dapatlah jugak mereka2 yg tengah sarat ni berehat dan buat persiapan apa yang patut.

Masa aku mengandungkan anak-anak aku dulu, bila dah dekat ngan due ni, aku selalunya ambik Annual leave seminggu lebih awal. Jadiknya, takde lah risau kot terbersalin kat office..... Kalau tak, ada plak karang yang jadik "bidan" terjun. Kalau bidan pompuan takpe ah jugak, kalau kena 'bidan' laki2, tak ke haru-biru jadinyaaaaa........Nauzubillah....

P/S: Aku nak tungguu...... bila Kerajaan Persekutuan nak ikut mcm apa yang Kerajaan Kelantan buat...
Related Posts with Thumbnails