Rabu, 25 Februari 2009

MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA

'TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI BAIK YANG MENERIMA.......' 'MENOLONG ORANG JANGAN HARAP BALASANNYA.....' 'BIAR DENGAN IKHLAS JANGANLAH SEPARUH HATI....' DAN........ BLA..BLA.... Please tolong sambung, sbb aku pun dah lupa lirik lagu ni......

Apa yang aku nak tulis ni, aku sendiri tak pasti ada kaitan ke tak ngan tajuk kat atas. Sebenarnya aku kecik hati dan geram sangat ngan perangai seorang hamba Allah ni (Biras aku merangkap kakak ipar suami aku). Hari Sabtu lepas kami jumpa kat Majlis Cukur Jambul anak saudara suami aku 'Hana Arissa'. Aku pun tak sangka yang dia pun akan datang majlis tu, sbbnya dia sampai dekat orang dah nak habis baca Yaasin...lagi pulak dia ni selalunya jarang datang ke majlis yang family mertua aku anjurkan. Kira-kira cam boikot juga lah.....tak tau pesai apaaaaa....

Nak dijadikan citer, bila jer Kak M ni sampai kami pun salam menyalamlah. Yang aku kecik hati tu, tangan jer yang dia hulur tapi mata ngan kepala pandang kat tempat lain. Kalau ye pun, dah tak sabar nak nengok acara kat dalam, sempurnakanlah dulu salam tu..... Hina sangat ke aku ni?? Memang ler aku tak nafikan dia Doktor berpangkat besar, aku plak kerani cabuk je..... confirm sampai mati pun tak leh lawan......Aku pun tak pernah terfikir nak lawan ngan dia, pangkat ngan harta ni bukannya buleh bawak mati pun..... melainkan amal ibadat kita dan doa anak2 kita. Bukan ke bersalam dengan penuh ikhlas dan senyum tu kan sedekah.

Mungkin sesiapa yg baca citer aku ni, fikir aku ni jenis yg sensitif atau pun cepat terasa. Dulu.....masa baru2 kahwin memang aku sensitif dan cengeng. Kalau gaduh jer ngan suami pasti nangis. Tapi sekarang aku bukan lagi minah airmata... cam pelakon Arwah Noraini Hashim yang suka adegan airmata tuh.... Pengalaman banyak mengajar aku untuk jadik lebih kuat dan tabah. Noraini yg tengah menaip ni cuma mudah mengalirkan airmata bila tengok kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Aku memang kalah kalau bab ni........jiwa aku mmg terlalu sensitif. Airmata pun laju jer keluar........

Berbalik kepada citer tadi, ni bukanlah kali pertama aku kecik hati ngan Kak M. First time masa aku tanya pendapat dia ttg telinga Danish yang asyik bernanah dulu.... Dia selamba dek jer jawab biasalah tu...... Kalau setakat nak bagi jawapan camtuh baik aku tanya ngan kengkawan aku. At least diaorang boleh gak kasi petua camne nak kasi telinga anak aku cepat baik. Yang sedihnya, masa mak mertua aku sakit, dia boleh kata mak mertua aku tu saje2 je buat sakit. Menangis orang tua tu sbb terasa hati. Kalau ler satu hari nanti Doktor M ni bukak klinik sendiri, aku yakin dan pasti klinik dia tak dpt bertahan lama. Sebab apa tau.... dia punya sosial skill takde langsung. Tak tahu nak hormat dan ambik hati orang. Aku bukanlah nak mendoakan keburukan, tapi kalau dia tak nak berubah, masa depan yang akan merubah dia.... Fikir2 kan lah....

2nd time plak masa kami buat family trip ke K.L. On the way tu, kami singgah ler rumah kak M ni, sbb dah janji nak jalan sama2. Sebelum sambung perjalanan kitaorang, tetiba plak aku rasa nak buang air kecil. So, ingat nak tumpang ler tandas kat umah dia. Korang tahu dia sound apa kat aku? Tadi tu, kenapa tak nak kencing!!! Terkejut aku di buatnya..... langsung tak jadik guna tandas diaa...... Kalau korang, tergamak ke cakap kat tetamu camtu? Mungkin dia tak sedar setiap tamu yang datang tu membawa rezeki...........

3rd time waktu kami singgah (tak naik atas rumah pun) kat rumah dia , sbb nak jemput adik ipar aku yg menumpang tinggal kat situ. Mula2 memang aku tak nak turun dari kete, sbb Maisarah tengah tidur. Memandangkan nak jaga hati dan maruah suami aku (takut nanti orang kata bini dia sombong), aku pun keluar ler jugak tunjukkan muka. Yang sadisnya tuan rumah langsung tak nampak batang hidung. Aku jer yg duk terpacak kat depan rumah diaa...........nunggu tuan rumah yg tak kuar2.

Bila time bersembang, apa yang kita tanya dia buat-buat tak dengar. Kiranya soalan tak pernah berjawab lah...... Kadang2 tu dia buat2 baca surat khabar. Bukan aku jer yang kena, tapi mak mertua aku pun kena jugak..... Apa2 pun, yang pasti aku dah berbelas kali gi rumah dia, tapi dia sekali pun tak pernah jejak rumah aku....... Aku sendiri tak pasti apa masalah dia ngan aku sebenarnya sbb aku memang tak pernah ada masalah dengan dia......

"SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI KELEMAHANKU SENDIRI"

Isnin, 23 Februari 2009

CERITA DISEBALIK ORANG UTAN

MASA AKU NGAN FAMILY KE MESRA MALL JUMAAT LEPAS, SUAMI ADALAH BELIKAN SEEKOR ORANG UTAN UNTUK MAISARAH. COMELL DAN KIUT MIUT GITUUU...... MULA2 INGAT NAK BELIKAN BABY DOLL, TAPI BILA TERPANDANG JER KAT ORANG UTAN NI, TERUS JE KITAORANG BERKENAN. SEBELUM BELI TU, SUAMI AKU CAM BIASA SIBUK SURUH AKU PILIH YANG ELOK SBB KAT SITU ADA DALAM 5 ATAU 6 EKOR KOLEKSI ORAN UTAN. MCM NI LER LEBIH KURANG PERBUALAN KAMI........

ABAH: "AIN... PILIH LAH NAK AMBIK YANG MANA SATU"
MAMA: "BANG... KALAU YANG NI OK TAK?"
ABAH: "YANG TU PUN OK. COLOUR DIA LAMBAT KOTOR"
MAMA: "TAK YAH LAH BANG..... TENGOK NI, KAKI DIA PANJANG SEBELAH (SAMBIL DUK
TAYANG KAT SUAMI AKU ORANG UTAN COLOUR COKLAT GELAP)"

ABAH: "YAA... LAH AIN. ADA JUGAK EK ORANG BUAT BINATANG NI KAKI SENGET SEBELAH. PILIH YANG LAIN JE LAH"
MAMA: "YANG NI OK KAN BANG!! KITA AMBIK YANG NI JE LAH".

SO INILAH DIA ORANG UTANNYA......... PILIHAN MAMA NGAN ABAH UNTUK MAISARAH
"COMEL KAN!"

DLM PERJALANAN BALIK RUMAH, AKU PUN SANGKUT LER TANGAN ORANG UTAN NI KAT TEMPAT ORANG BIASA GANTUNG BAJU DLM KETE.....MAISARAH PUN APALAGI, SIBUK DUK TARIK KAKI ORANG UTAN YANG BERJUNTAI TU... SAMPAILAH AKHIRNYA ORANG UTAN TU JATUHHH...


MASA AKU NAK GANTUNG BALIK ORANG UTAN NI, TETIBA AKU PERASAN KAKI ORANG UTAN YANG AKU BELI NI PUN PANJANG SEBELAH GAK!!! KE AKU TERSALAH PILIH NI?? CHECK PUNYA CHECK....... RUPA2 NYA TANGAN NGAN KAKI ORANG UTAN TU BERSAMBUNG!!!! KUANG3........
"PERASAN TAK KAKI ORANG UTAN NI?"

BILA KITA TARIK KAKI DIA, TANGAN DIA JADIK PENDEK. KALAU TARIK TANGAN DIA, KAKI DIA PLAK YG PENDEK. KALAU SEBELAH JER YANG KENA TARIK, MEMANG SAH LER JADIK SENGET SEBELAH. KALAU LAH AKU PERASAN KAT KEDAI TADI.... PASTI ORANG UTAN COLOUR COKLAT GELAP TU JADIK PILIHAN... EKEKE..
"MANJA-MANJA NGAN ORANG UTAN"

Jumaat, 20 Februari 2009

HUJUNG MINGGU

SATU PAGI DI HUJUNG MUNGGU....

AKU BANGUN SEAWAL 6 PAGI. CAM BIASA RUTIN AKU BILA BUKAK MATA, KE DAPUR MASAK BUBUR MAISARAH. SEMENTARA BUBUR MASAK, AKU MANDI NGAN SOLAT SUBUH. ARI NI, AKU PLAN NAK BERSIHKAN LAMAN DEPAN RUMAH AKU. TAK SANGGUP DAH AKU NENGOK LAMAN AKU DIHIASAI BEBUNGA LALANG DAN RERUMPUT. MALAM TADI PUN, TIDO AKU TAK LENA DUK FIKIR CAMNE NAK BERSIHKAN LAMAN TU BESOK. AKU NI BUKANNYA PEMALAS SANGAT, TAPI KALAU BERKEPIT NGAN ANAK KECIK CAMNE AKU NAK BUAT KERJA. NAK HARAPKAN SUAMI AKU YANG JAGA, SEKEJAP BOLEH LER, KALAU DAH LAMA2, MULALAH DUK MEMANGGIL NAMA AKU MEMANJANG. SIBUUUK DUK MENANYA "TAK SIAP LAGI KE MAMAAAA...."


AKHIRNYA, PUKUL 11.30 PAGI AKU BERJAYA JUGAK BERSIHKAN LAMAN RUMAH AKU. SEDAPP MATA DEN MEMANDANG. BARU PUAS HATI AKU. PAHNI AKU TAKDE LAH TENSION2 LAGI NAK PIKIR PASAL LAMAN. TAKDE LAH NAK SEGAN-SEGAN LAGI KAT JIRAN SEBELAH, PASAL RUMAH DAH NAK NAIK HUTAN ..... LAMAN AKU LAGI BERSIH DARI LAMAN DIA DAH SEKARANG. KUANG3...... APA-APA PUN, TERIMA KASIH KAT SUAMI AKU YANG TOLONG PERHATIKAN ANAK-ANAK YANG ASYIK BERMAIN KAT DALAM RUMAH. JUGA TERIMA KASIH BUAT ANAK-ANAK MAMA YANG TAK BUAT PERANGAI MASA MAMA SIBUK JADIK PART TIME TUKANG KEBUN.....HE...HE...HE.

SATU PETANG DI HUJUNG MUNGGU ............

KAMI SEKELUARGA KE MESRA MALL, KEMASIK. DANISH YANG EXCITED SANGAT NAK KE SINI SEBAB ABAH DIA JANJI NAK BELIKAN KERETA BOMBA KAT KEDAI TOYS R US. TAK HABIS-HABIS NGAN MAINAN. AKU PULAK KALAU KE SINI MESTI TAK LEPASKAN PELUANG BORONG ROTI BOY.... AROMANYA SUNGGUH MENYELERAKAN...... RASANYA TAK USAH CITER, MEMANGG AKU SUKAAAAA. AGAK2 AKU KAT TERENGGANU NI, SINI JE KOT ADA KEDAI ROTI BOY..... THANKS TO PETRONAS YANG BAWAK MASUK KEDAI TU KAT SINI.

BERCERITA PASAL MESRA MALL NI, AKU PALING BENGANG NGAN PASARAYA GIANT YANG TAK BUKAK2. RASANYA BUKAN TAKAT AKU JE KOT YANG BENGANG, ORANG LAIN PUN AKU RASA SAMA GAK, TERMASUKLAH PENGURUSAN GIANT SENDIRI!! DARIPADA CITER2 YANG AKU DENGAR, SEMUANYA PASAL KARENAH BIROKRASI. YB TAK KASI BUKAK GIANT KAT KEMASIK, TAPI SURUH BUKAK KAT KAWASAN DIA DI KEMAMAN. TAK TAU LER CITER NI BETUL KE TAK? KENA TANYA NGAN PENGURUSAN PETRONAS NI!!! APA2 PUN, TAHNIAH BUAT GUARDIAN (ADIK BERADIK GIANT) YANG BERJAYA JUGAK BUKAK KEDAI 3 HARI LEPAS. AKU INGATKAN GIANT DAN GUARDIAN NI DAH PACKING SEMUA BARANG DIA SEBAB NAK PINDAH TEMPAT LAIN...... RUPA-RUPANYA TAK.... APE-APE JE LAH......

Khamis, 19 Februari 2009

EKZEMA 2

AKU NAK CITER PASAL KAKI NGAN LENGAN MAISARAH YANG KERING DAN BERKERAPU HARI TU. ALHAMDULULLAH SEKARANG DAH BAIK DAH.... KULIT DIA DAH LICIN, TULUS MULUS GITU...... TAK SIA-SIA HABIS 40 INGGIT KAT POLIKLINIK KEMAMAN TEMPOH HARI. ACTUALLY LEPAS DUA HARI JE SAPU NGAN KRIM YANG DOKTOR KAT KLINIK TU KASI, AKU DAH NAMPAK PERUBAHAN KAT KULIT MAISARAH. SO, SESIAPA YANG ADA ANAK BERMASALAH NGAN EKZEMA DAN DUK AREA TERENGGANU, LEH LER CUBA GI KLINIK NI.... MANALAH TAHU KOT2 MENJADIK KAN!!

Isnin, 16 Februari 2009

MAISARAH DEMAM

14HB FEBRUARI 2009
PUKUL 8.30 MALAM, AKU PERASAN KEPALA MAISARAH MACAM HANGAT SEMACAM. AKU SENTUH BELAKANG BADAN DIA PLAK, PANAS JER NI. ENTAH2 BUDAK NI NAK DEMAM.... TAKPE AH... SEBELUM TIDUR NANTI MAMA BAGI SARAH MAKAN UBAT DEMAM. AKU CAMPURKAN UBAT DEMAM DALAM SUSU MAISARAH MCM YG AKU SELALU PRAKTIKKAN SBLM NI. SAYANG SUNGGUH, NGAN SUSU-SUSU SEKALI DIA BOIKOT TAK NAK MINUM. AGAK-AGAK AKU DARI 2.5ML UBAT DEMAM YANG AKU KASI TU, TAK SAMPAI 0.5ML PUN YANG MASUK DALAM PERUT DIA....

15HB FEBRUARI 2009

PUKUL 1.00 PAGI AKU TERJAGA DARI TIDUR BILA MAISARAH TAK BERHENTI MERENGEK. AKU SENTUH BADAN DIA, MAKIN PANAS BUDAK NI.... TEMPERATURE 38.8 DARJAH CELCIUS. NI MEMANG TAK BOLEH DIBIARKAN, KALAU CECAH 39 DARJAH, LAGI NAYA... AKU BAGI MAISARAH MINUM SUSU SEBELUM BAGI DIA MAKAN UBAT DEMAM. KALI NI KENA TRY PAKAI PICAGARI PLAK, KALAU TAK MCM MANA DEMAM ANAK AKU NAK BAIK. ALHAMDULILLAH, ELOK JER DIA TELAN BILA AKU SELANG SELIKAN NGAN AIR KOSONG.


PUKUL 7 PAGI, MAISARAH BANGUN-BANGUN JER TERUS MENANGIS. DANISH TEGUR PUN NANGIS JUGAK. AKU CALL PENGASUH DIA SURUH MANDI SIAP2, TAKUT KARANG SUSAH PLAK KALAU MAISARAH BUAT PERANGAI. RUPA-RUPANYA ANAK-ANAK DIA PUN DEMAM JUGAK. SORANG HANTAR SEKOLAH DAN SORANG LAGI TAK PERGI. CAMNE NAK BUAT NI? ANAK AKU DEMAM, ANAK DIA PUN DEMAM. TAKKAN AKU NAK CUTI LAGI!! KHAMIS ARI TU BARU JER AMBIK CUTI. SEBELUM HANTAR MAISARAH RUMAH PENGASUH, SUHU BADAN DIA 38.3. DAH KURANG CKIT, TAPI STILL DEMAM LAGIK. AKU BAGI MAISARAH MAKAN UBAT DEMAM SIAP2, SUPAYA DEMAM DIA TAK MELARAT.


PUKUL 2 PETANG, PENGASUH MAISARAH CALL PASAL MAISARAH TAK BERHENTI NANGIS. MAKAN TAK NAK, SUSU PUN TAK NAK. SUHU BADAN DIA PUN TAK TURUN-TURUN. AKU DECIDE KERJA HALF DAY JER HARI NI. HATI TAK TENTERAM DUK TERINGAT KAT MAISARAH... SEDIH TENGOK KEADAAN DIA, LANGSUNG TAK BERMAYA... MUKA NGAN BIBIR DAH MERAH MENYALA.. DIA ASYIK DUK TUTUP MULUT DIA DAN BIAR AIR LIUR MELELEH KELUAR. APA KENA NTAH ANAK AKU NI, SBLM NI TAKDE PLAK DIA BUAT PERANGAI CAMNI...
BALIK JER RUMAH AKU BASAHKAN RAMBUT DAN BADAN DIA NGAN AIR ASAM JAWA. SEBELUM BAGI DIA TIDUR, AKU LEKAPKAN COOL FEVER KAT KEPALA DIA.... MOGA-MOGA PAHNI BADAN DIA TAKDELAH PANAS LAGI...


PUKUL 9 MALAM AKU NGAN SUAMI BAWAK MAISARAH GI KLINIK. DEMAM DIA DAH KEBAH, CUMA AKU RISAU PASAL AIR LIUR DIA ASYIK MELELEH JER. RUPA-RUPANYA DALAM TEKAK DIA PENUH NGAN ULSER. YA ALLAH KESIANNYA ANAK AKU... PATUTLAH AIR LIUR MELELEH, DIA TAK BERANI NAK TELAN SBB TEKAK DIA SAKIT. DOKTOR BEKALKAN MAISARAH NGAN ANTIBIOTIK DAN UBAT SAPU UNTUK LEGAKAN ULSER DALAM TEKAK DIA.

SEPANJANG MALAM TU MAISARAH NAMPAK LEBIH SELESA TIDUR DALAM BUAI JER. SEJAM SEKALI AKU BANGUN UNTUK MONITOR KEADAAN DIA. ALHAMDULILLAH BADAN DIA DAH TAK PANAS LAGI. PUKUL 4.30 PAGI AKU CUBA BAGI DIA MINUM SUSU, SYUKUR.... NAMPAKNYA DIA DAH BOLEH MINUM SUSU...


16HB FEBRUARI 2009
AKU AMBIK CUTI LAGI SEHARI UNTUK JAGA MAISARAH. TAMBAHAN PULAK ANAK PENGASUH MAISARAH PUN BELUM SIHAT LAGI. SEBENARNYA AKU RASA BERSALAH SANGAT KAT IBU (PENGASUH) MAISARAH SBB ARI TU AKU BETUL-BETUL TAK BERTIMBANGRASA... TETAP GAK HANTAR MAISARAH WALAUPUN AKU TAHU ANAK DIA PUN DEMAM JUGAK.
MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK YA MI, INGATKAN AYIE DEMAM BIASA-BIASA JER. TAHU2 BOLEH TAHAN JUGAK ANAK MI DEMAM SAMPAI TERBARING JER KAT KERUSI.

MAISARAH NAMPAKNYA DAH SEMAKIN SIHAT. BADAN DIA PUN DAH TAK PANAS LAGI. CUMA TIME AKU NAK MANDIKAN DIA, DIA MENANGIS. MUNGKIN KESEJUKAN SBB AKU GUNA AIR PAIP BIASA. DIA PUN NAMPAKNYA DAH BOLEH MINUM SUSU MCM BIASA. AKU TRY BAGI DIA MAKAN TAPI DIA TOLAK. TAKPELAH, KARANG MAMA CUBA LAGI...


BAGI MENGURANGKAN ULSER DALAM TEKAK MAISARAH, AKU CUBA BAGI MAISARAH MAKAN AISKRIM. SBLM TU, AKU CALL DOKTOR YANG RAWAT MAISARAH MALAM TADI, TANYA PENDAPAT DIA MCM MANA. RISAU JUGAK NAK BAGI AISKRIM KAT BABY. SILAP HARIBULAN, PERUT DIA PLAK YANG KEMBUNG. PETUA MAKAN AISKRIM NI AKU DAPAT DARI DOKTOR YANG RAWAT AKU WAKTU AKU KENA ULSER YANG TERUK DULU.


PETANG TADI, MAISARAH DAH BOLEH MAKAN SIKIT. DIA KEMAM LAMA2, BARU TELAN. SEKSANYAAAA... AKU TENGOK. BILA AKU BAGI DIA AIR KOSONG, DIA START MENANGIS. AGAKNYA TEKAK DIA PEDIH BILA TELAN BUBUR BERCAMPUR NGAN AIR. SUAP PUNYA SUAP DAPAT GAK KAT 8 SUDU. SYUKURLAH, SEKURANG-KURANGNYA TAKDELAH PERUT DIA KOSONG.

Khamis, 12 Februari 2009

EKZEMA

AKU AMBIK CUTI SEHARI HARI NI SBB NAK BAWAK MAISARAH PERGI JUMPA NGAN PAKAR KULIT KAT KEMAMAN. NAMA KLINIK TU POLIKLINIK KEMAMAN. MEMANG FAMOUS DAN RAMAI PATIENT. TANYALAH ORANG KEMAMAN SAPA YANG TAK KENAL NGAN "DOKTOR WEE" AKU GERENTI DIAORANG KENAL PUNYAA... TAPI KALAU TANYA NGAN AKU, AKU MEMANG TAK PERNAH KENAL PUN, SEBAB KLINIK TU AKU TAK PERNAH PERGI. KLINIK DIA DUK TANG MANA PUN AKU TAK TAHU. NASIB BAIK GAK PENGASUH ANAK AKU DAH BIASA NGAN KLINIK TU, BILA CARI2 TAK JUMPA AKU CALL TANYA NGAN DIA.

MAISARAH NI MEMANG DARI KECIK LAGI ADA MASALAH NGAN EKZEMA. WAKTU UMUR DIA 2 BULAN (DLM GAMBAR), KULIT MUKA DIA JADI KEMERAHAN DAN SEAKAN-AKAN TERBAKAR. MACAM-MACAM UBAT GAK AKU TRY, DEKAT SEBULAN BARU LER KULIT TU ELOK BALIK. BILA TIME MANDI PLAK, BOLEH PAKAI MANDIAN SEBAMED JER. LOSYEN PUN SAMA.
KALI NI KAKI NGAN LENGAN DIA PLAK KERING DAN BERKERAPU SEMACAM. AKU PUN PELIK GAK, PADAHAL HARI-HARI PENGASUH DIA SAPU NGAN LOSYEN BABY SEBAMED. CERITA PUNYA CERITA NGAN DOKTOR KAT POLIKLINIK TU, AKHIRNYA DOKTOR TU MINTAK AKU TUKARKAN SUSU FORMULA MAISARAH. DIA KATA MAISARAH ALERGIK NGAN SUSU LEMBU, SO KENA TUKAR NGAN SUSU SOYA. PALING BAIK KALAU BAGI MAISARAH MINUM SUSU ISOMIL. MAHALL TU... LAST-LAST AKU NGAN SUAMI DECIDE CONTINUE JER BAGI MAISARAH SUSU LEMBU (DUTCH LADY), SBB PENYAKIT KULIT DIA NI PUN TAK MERBAHAYA. BILA DIA DAH MAKIN MEMBESAR NANTI, PENYAKIT KULIT TU AKAN HILANG SENDIRI.


BALIK DARI POLIKLINIK KEMAMAN, AKU SINGGAH RUMAH SEPUPU AKU LIZA. SEJAK LAHIRKAN MAISARAH, AKU TAK SEMPAT LAGI NAK GI JALAN-JALAN RUMAH DIA. AKU SEBENARNYA NAK TANYA KHABAR ANAK SULUNG DIA KHALIFF YG KENA PENYAKIT JANTUNG BERLUBANG. SYUKURLAH PENYAKIT ANAK DIA BARU DIPERINGKAT AWAL DAN LUBANG TU CUMA KECIK JER. BULAN MARCH NANTI KENA BAWAK KE IJN UNTUK PEMERIKSAAN SUSULAN. ASALNYA DIA BAWAK ANAK DIA KE HOSPITAL KERAJAAN, TAPI KENA TUNGGU BULAN SEPTEMBER BARU BOLEH BUAT FOLLOW-UP. PUNYALAH LAMA NAK KENA TUNGGU. LAST-LAST SUAMI DIA AJAK PERGI KMC (KUANTAN MEDICAL CENTRE), TAK SAMPAI SEBULAN DAH BOLEH BAWAK ANAK GI IJN.

BUAT IBUBAPA DILUAR SANA YANG MEMPUNYAI KEWANGAN YANG LEBIH, AKU SUGGEST MENABUNGLAH UNTUK ANAK2 KITA. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT. SERTAILAH SKIM INSURANS YANG BERBENTUK SIMPANAN YANG MANA TURUT MENAWARKAN INSURANS KESIHATAN UNTUK KITA DAN ANAK-ANAK KITA SEKALI.

P/S: MENGAMBIL INSURANS PRUDENTIAL-BSN UNTUK AKU DAN MAISARAH. MUNGKIN AKAN MENAMBAH SATU LAGI AKAUN UNTUK DANISH TAK LAMA LAGI KALAU KEWANGAN MENGIZINKAN.

Isnin, 9 Februari 2009

SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK DANISH

SETIAP IBU PASTI HANYA INGINKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK MEREKA. BEGITU JUGA AKU YANG TAK PERNAH JEMU BERUSAHA UNTUK MELIHAT ANAKKU MEMBESAR SEBAGAI SEORANG ANAK YANG SIHAT, CERGAS DAN CERDAS MINDANYA. TERBARU AKU BELIKAN DANISH BEBERAPA SUPPLEMENT TAMBAHAN YANG AKU HARAP DAPAT MEMBANTU MERANGSANG MINDANYA. BERHABIS SEDIKIT PUN TAK KISAHLAH, JANJI ANAKKU MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

PERTAMA AKU BELIKAN DANISH SCOTT EMULSION PERASA BERI YG JENIS PASTLE. DULU AKU BAGI DIA MAKAN SCOTT PERASA OREN JENIS YANG CECAIR. CEREWET SANGAT TIME NAK KASI DIA MAKAN, SO BILA DAH TUKAR BENTUK PASTLE NI, LAJU SEMACAM LAH PLAK. HARGANYA DALAM RM9 SEBOTOL. TUJUANNYA AGAR ANTIBODI DANISH LEBIH KUAT DAN DIA BERTAMBAH SELERA MAKAN.

KEDUA AKU BELIKAN KISMIS IRAN JENAMA PAK TANI (JENAMA NI JE YANG ADA). HARGANYA RM10 SEBOTOL. HARAP-HARAP BILA DAH MAKAN KISMIS DOA NI NANTI, PENYAKIT LUPA DIA MAKIN BERKURANG. KISMIS NI AKU BAGI DIA MAKAN 7 BIJI SEKALI MAKAN, DUA KALI SEHARI.

DAN YANG TERAKHIR AKU BELIKAN SATU PEK EXAMO YANG BERHARGA RM78 SEKOTAK. DALAM SATU PEK NI, ADA SATU BOTOL EXAMO 500 (450 BIJI) DAN SATU BOTOL EXAMO 500 PLUS (16 BIJI). MINGGU YANG PERTAMA NI, DANISH AKAN MAKAN 2 BIJI 3 KALI SEHARI. PIL NI KAWAN KAT OFFICE AKU YANG SUGGEST UNTUK KECERDASAN MINDA SBB ANAK DIA PUN AMALKAN MAKAN SETIAP HARI.

KESIMPULANNYA, SETIAP HARI DANISH AKAN MAKAN 3 BIJI SCOTT EMULSION, 14 BIJI KISMIS DOA DAN 6 BIJI PIL EXAMO. KESIANNYA BEBUDAK SEKARANG NI KAN, KECIK2 LAGI DAH KENA MAKAN MACAM-MACAM UBAT. MASA AKU KECIK2 DULU, AKU CUMA FAMILIAR NGAN PIL KK JER. ITUPUN DAPAT PERCUMA KAT KLINIK KESIHATAN. MAK NGAN AYAH AKU MEMANG TAK MAMPU NAK BELI SUPPLEMENT2 CAMNI SEBAB KAMI ORANG SUSAH. DAPAT BERSEKOLAH PUN KIRA DAH BERSYUKUR SANGAT. SEMOGA ANAK-ANAK AKU KELAK MEMBESAR SEBAGAI SEORANG ANAK YANG MENGENANG JASA HENDAKNYA. AMIN.....

P/S: UNTUK MENAMBAHKAN DAYA INGATAN DAN MENGURANGKAN PENYAKIT LUPA, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-A'LA AYAT 6 & 7 (BACA 7 KALI SELEPAS SOLAT)

Sabtu, 7 Februari 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ADAHA

HARI INI ADIK IPARKU ADAHA BAKAL BERTUNANG DENGAN ORANG KUALA BERANG. MENURUT SUAMIKU, ROMBONGAN DIJANGKA BERTOLAK PUKUL 8.00 PAGI. PELIK JUGAK AKU, MAJLIS START PUKUL BERAPA SEBENARNYA? KENAPA AWAL SANGAT NAK BERTOLAK? KALAU DIHITUNG, JARAK PERJALANAN LEBIH KURANG 2 JAM SETENGAH AJE. WALAUBAGAIMANAPUN, AKU BANGUN SEAWAL 6.00 PAGI UNTUK MENYEDIAKAN BUBUR MAISARAH SERTA SARAPAN PAGI. BIMBANG TAKUT TERLAMBAT DAN MEMBUATKAN ORANG LAIN TERTUNGGU-TUNGGU KAMI PLAK.

MEMANDANGKAN KAMI TINGGAL DI PAKA DAN ROMBONGAN KELUARGA SUAMIKU SEMUANYA MENUNGGU DI KERTEH, KAMI MENUKAR PERANCANGAN DENGAN HANYA BERTEMU DI KETENGAH JAYA. SETELAH HAMPIR 15 MINIT MENUNGGU DI PERSIMPANGAN KERTEH 5, AKHIRNYA JAM 9.30 PAGI KELUARGA SUAMIKU SAMPAI DAN KAMI MENERUSKAN PERJALANAN KE KUALA BERANG. PERJALANAN SEDIKIT TERGANGGU DENGAN KEADAAN JALANRAYA YANG MASIH DALAM PROSES NAIK TARAF.

KAMI SAMPAI DI BANDAR KUALA BERANG JAM 12.00 TENGAHARI. LAMBAT LAGI NI, SEBAB MAJLIS PERTUNANGAN TU JAM 2.00 PETANG. SEMENTARA MENUNGGU KE PUKUL 2.00 PTG, SUAMIKU MENGAJAK AKU KE EMPANGAN HIDRO SULTAN MAHMUD, KENYIR. INI KIRA DAH JADIK PROGRAM MAKAN ANGIN LAH PLAK. SEMPAT LER KAMI BERSANTAI-SANTAI DAN BAGI SI KECIK MAISARAH MAKAN......TAK SANGKA BEST JUGAK DUK KAT ATAS BUKIT NI, WALAUPUN MATAHARI PANAS TERIK, TAPI UDARA TETAP SEGAR DAN NYAMAN.





KAMI HANYA KELUAR DARI EMPANGAN KENYIR 15 MINIT SEBELUM PUKUL 2.00 PETANG BAGI MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN PULA. ADOIII..... LAPARNYA PERUT KAMI BUKAN KEPALANG. MANA TAKNYA, PUKUL 3.30 PETANG BARU LEH MAKAN TENGAHARI. SUAMIKU MAKAN PUNYA LER BERSELERA, SAMPAI 3 KALI TAMBAH. MUNGKIN TERKENA PENENGAN GULAI DAGING LEMBU NGAN SAMBAL BELACAN YANG AKU TAK NAFIKAN MEMANG SEDAP GILER.....AKU BOLEH DIKATAKAN BERNASIB BAIK JUGA SBB MAISARAH TAK BUAT PERANGAI MASA KAMI SIBOK DUK MENJAMU SELERA. DAPAT LER AKU MAKAN DENGAN KENYANG.

SELESAI MAJLIS PERTUNANGAN, KAMI BERTOLAK KE KUALA TERENGGANU. MALAS LAGI NAK BALIK, SO KAMI BAWAK DANISH NGAN MAISARAH JALAN2 KAT TAMAN AWAM PANTAI BATU BUROK. KAMI BERTOLAK PULANG KE PAKA JAM 6.45 PETANG.

Khamis, 5 Februari 2009

SELAMAT HARI LAHIR

BUAT ANAK SAUDARAKU AFDLIN...
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG PERTAMA

birthday bear

Rabu, 4 Februari 2009

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

DALAM KELAS MENGAJI HARI NI, USTAZ ARIFF MENERANGKAN TENTANG HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID DAN KELEBIHAN MEMBACA AL -QURAN. MEMPELAJARI ILMU TAJWID AL-QURAN ITU HUKUMNYA ADALAH FARDU KIFAYAH DAN BERAMAL DENGANNYA SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN ADALAH FARDHU AIN. SEKIRANYA KITA INGIN MEMBACA AL-QURAN, ADALAH WAJIB BAGI KITA MEMPELAJARI DAN MENGETAHUI HUKUM TAJWID.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
* NABI MUHAMMAD S.AW BERSABDA: ORANG YANG PALING BAIK DARI KAMU IALAH ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA.

* SAIDINA ALI MERIWAYATKAN BAHAWA BARANGSIAPA YANG MEMBACA AL-QURAN:
I) DALAM SOLAT MENDAPAT 100 PAHALA
II) DUDUK DALAM SOLAT MENDAPAT 50 PAHALA
III) BERWUDUK DI LUAR SOLAT MENDAPAT 25 PAHALA
IV) TANPA WUDUK DI LUAR SOLAT MENDAPAT 20 PAHALA

* MARILAH KITA SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG MENGUMPUL BONUS INI, KERANA MASA TIDAK PERNAH MENUNGGU KITA. SUNGGUH MUDAH, HANYA GERAKKAN BIBIR ANDA. DARIPADA BERKATA-KATA TENTANG PERKARA YANG SIA2, LEBIH BAIK DAN BERFAEDAH RASANYA KITA BERZIKIR DAN MENGINGATI YANG MAHA ESA....

Isnin, 2 Februari 2009

PEMBELAJARAN DANISH

WALAUPUN DANISH BARU BERUMUR 5 TAHUN, AKU RISAU MEMIKIRKAN TAHAP PERKEMBANGAN PEMBELAJARANNYA. AKU DAPATI DIA AMAT LEMAH DALAM MENGENALI SESUATU HURUF. WALAUPUN TELAH MENULIS DAN MENYEBUT SESUATU HURUF BERULANG KALI, BILA DITANYA DIA PASTI LUPA. MEMBANTU DIA MENYIAPKAN HOMEWORK YANG DIBERIKAN OLEH GURU TADIKANYA MERUPAKAN SAAT YANG PALING MENCABAR BUAT AKU. YA-ALLAH, KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN KESABARAN AGAR AKU DAPAT MENDIDIK ANAKKU INI. AKU AKUI, TAHAP KESABARANKU AMAT TIPIS SEKALI. BAGAIMANALAH AGAKNYA, TEACHER ZA BERHADAPAN DENGAN DANISH SETIAP HARI.

video
ATAS CADANGAN TEACHER ZA, AKU BELIKAN DANISH 2 BUAH BUKU AKTIVITI BARU. BUKU NI AKU GUNAKAN SEBAGAI LATIHAN TAMBAHAN DI RUMAH. MUNGKIN IA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELAJARAN DANISH.

Ahad, 1 Februari 2009

HAFAL SURAH YAASIN

AKU BERJAYA MENCIPTA REKODKU SENDIRI HARI NI. AKU DPT MENGHAFAL SURAH YAASIN AYAT 01 - AYAT 10 DENGAN LANCAR. SEMUANYA ATAS SARANAN USTAZ ARIFF YG MENGAJAR MENGAJI KAT OFFICE AKU. DULU, MASA KECIK2 PERNAH GAK GURU MENGAJI AKU (JUGA JIRAN DEPAN RUMAH MAK AKU) SURUH AKU HAFAL QURAN, TAPI AKU TAK AMBIL KISAH SANGAT. BILA DAH TUA DAN HATI PUN DAH BANYAK TITIK2 HITAM NI, BARU TERGERAK NAK MENCUBA. ALHAMDULILLAH, SEKURANG-KURANGNYA AKU MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN OLEH YANG MAHA ESA UNTUK MENAMBAHKAN AMALKU BUAT BEKALAN DI HARI AKHIRAT KELAK. SEMOGA USAHA MURNIKU INI MENDAPAT PERKENANMU YA-ALLAH. KAU BANTULAH HAMBAMU INI, DAH KAU PERMUDAHKANLAH JALAN BAGIKU MENDAPAT KEREDHAANMU.

SUKA RASANYA UNTUK AKU BERKONGSI SEDIKIT RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENGHAFAL AL-QURAN SEBAGAIMANA YANG DIPERTURUNKAN OLEH USTAZ ARIFF AL-YAMANI:

1) SETIAP AYAT DIBACA SECARA BERULANG-ULANG SEBANYAK 20X
2) BACA AYAT YG SEBELUMNYA TERLEBIH DAHULU, SEBELUM MENGHAFAL AYAT YG SETERUSNYA SEBANYAK 20X JUGA.
3) AMALKAN MEMBACA AYAT YANG TELAH DIHAFAL DI DALAM SETIAP SOLAT FARDHU YANG KITA KERJAKAN KERANA HANYA DENGAN BERAMAL SAJA INGATAN ITU AKAN KEKAL.
Related Posts with Thumbnails