Letusan Gunung Merapi tengah malam tadi adalah yang paling dahsyat setakat ini, dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.
Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman (dipindahkan ke Stadium Maguharjo) yang sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.
Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.
Sementara itu, lebih 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta, Magelang dan Solo kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dibawa pulang.
Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, semua pelajar sedang dipindahkan ke Solo, yang terletak 65 kilometer dari Merapi dan 85 kilometer dari Yogyakarta, sebelum diterbangkan ke Malaysia.
4 comments:
nasib baik m'sia tidak terletak dlm lingkaran api pasifik kan...alhamdulillah..utk seme mangsa..takziah diucapkan...
camner agaknyer kalo ganu ada gunung berapi...balik perak ar..hee
huuu..nasib baik mesia takde gunung berapi..menakutkan bab2 gunung berapi meletus n kuarkan lahar tuh..tp, bukan bermakna kite tak perlu beringat kan..tkde gunung berapi, Allah turunkan bencana dlm bentuk lain plak cth bajir n kemarau as peringatan pd kite..
ish..menakutkan...cuak lak nak g indon ujung bulan ni
Catat Ulasan