Ahad, 28 Februari 2010

PENAWAR BATUK PALING MUJARAB

STICKY MODE UNTIL 28 FEBRUARY 2010

SEMPENA PELANCARAN SARAH'S COLLECTION

(NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN) 

 
Aku merasa amat terpanggil untuk berkongsi kemujaraban ubat di atas. Ubat Batuk Sapu pertama seumpamanya di Malaysia. Ini lah dia Minyak Aroma Therapy Plus. Sejenis ubat batuk yang hanya perlu disapu pada bahagian leher tetapi kesannya amat mujarab sekali. 

Pertama kalinya aku  menggunakan Aroma Therapy Plus ni pada pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah sangat mujarab pada aku. Kalau sebelum ni aku batuk sampai sebulan lamanya, tapi dengan produk ni batuk aku boleh baik dalam masa seminggu. Apa yang lebih penting, tidur malam juga amat lena sekali kerana takde lagi gangguan batuk yang berpanjangan.

Minyak AromaTherapy Plus ni sebenarnya direka khas untuk kegunaan bayi seawal usia 2 bulan. Minyaknya yang tidak panas dah sedikit berangin amat memberi keselesaan pada bayi. Kepada kengkawan yang mempunyai anak kecil, penggunaan minyak ini sangat-sangat membantu. Aku yakin setiap dari kita pasti berdepan kesukaran bila nak kasi anak makan ubat kan? Penyelesaiannya mudah sekali dengan menggunakan minyak ini. Aku gerenti anak-anak kalian akan lebih selesa dan dapat tidur dengan lena sekali.

Bagi memudahkan kengkawan mendapatkan produk Aroma Therapy Plus ini, dengan lafaz bismillah aku dengan rasa sukacitanya melancarkan pembukaan 


Dapatkan Minyak Aroma Therapy Plus pada harga promosi sah sehingga 28 Februari 2010 sahaja. Semoga setiap dari kita sama-sama mandapat manfaat dari produk ini. 

Aku juga mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan dan juga testimoni dari kalian semua untuk dikongsikan di sini.

TERIMA KASIH 

Jumaat, 26 Februari 2010

RUMAH TERBAKAR......

Semuanya sudah ditakdirkan...

Betul la kata orang, jangan bermain dengan api..... waktu kecilnya menjadi kawan, bila besar ia menjadi lawan..... 

Siapa sangka, petang semalam rumah mak sedara hubby hangus dijilat api....

 'pandangan dari sisi'

 
'sebahagian dapur'


'dapur kering'

 'beranda yang selamat'

Tiada apa yang dapat diselamatkan melainkan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang....

Kejadian jam 3.30 petang  itu dipercayai berpunca dari anak kecil yang bermain pemetik api....

Keadaan cuaca panas serta berangin memudaratkan lagi keadaan.... 

Syukur juga kejadian semalam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.....

Satu pesan aku, awasilah anak-anak kita walau dimana sekalipun mereka berada...

Semoga kejadian ini memberi pengiktibaran buat semua...... 

p/s: takziah untuk sahabat blogger aini atas kembalinya fil beliau ke rahmatullah rabu lepas. Al-fatihah untuk arwah.

Khamis, 25 Februari 2010

MINTAK MAAF YA

> tak dapat nak buat n3....

> tak dapat jengah kengkawan.....

> tak dapat tinggalkan komen....

> tak dapat nak chatting...... 

SEBAB AKU TENGAH DILANDA KESIBUKAN

> Nak siapkan gaji staff....

> Nak siapkan financial report.....

> Nak siapkan progress project.....

KALAU TAK

> Ada yang tak dapat gaji hari nie......

> Ada report tak dapat submit ke auditor nanti.....

> Ada yang tak dapat buat claim nanti.....

NAK TAK NAK AKU KENA OFF BLOGGING HARI NIE.... AKU JANJI AKAN BLOGRUNNING BILA SEMUA DAH SETTLE NANTI. HARAPNYA TAKDE LA YANG TERTANYA-TANYA KENAPA AKU TAK MUNCUL-MUNCUL KAT TERATAK KORANG YA.....HEHEHE


Rabu, 24 Februari 2010

DAN AKHIRNYA............ PENYELESAIAN DARI MAXIS

Setelah hampir seminggu aku sabar menunggu. Hari ni segalanya terjawab sudah. Kehilangan kredit hari tu adalah kerana penggunaan GPRS yang tak aku sedari......huhuhu... macam mana leh jadik gitu???

Sapa leh explain kat aku GPRS ni guna untuk apa? Tak kisah la korang nak gelakkan aku pun sebab aku ngaku memang aku jakun sangat pasal teknlogi canggih zaman sekarang nie... Kalau aku sendiri tak tau penggunaannya untuk apa, tak ke pelik aku tetiba leh guna....

 

 pic. google 

JAWAPAN DARI CUSTOMER SERVIS MAXIS.....

Mungkin aku ada gunakan wifi. Bila line internet putus-putus setting automatik dalam handphone aku akan terus cover line dengan deduct direct kredit aku... faham ke ni? Maknanya maxis akan deduct kredit aku tanpa perlu mintak permission dulu.... huhuhu.... 

SILAPNYA APA??

Setting telefon aku ni la.... dah already auto kat dalam tue agaknya. Jawabnya lepas ni kena anto kedai kasi tukar setting lor.... kalau tak mau lepas ni kes berulang lagi.... huwaaaaaa!!! 

YANG BESTNYA!!!

Disebabkan maxis tak dapat nak detect aku guna gprs untuk browse apa, dia pulangkan balik separuh dari kredit aku yang hilang tue... Alhamdulillah, aku tetap bersyukur sebab kredit aku dah tinggal 22 sen sekarang nie.. Nak top-up aku dah takut dah... kang dia telan kredit aku lagi....huhuhu....

PENGAJARANNYA......

Sila alert dengan semua setting dalam handphone korang.... Kang jadik cam aku niayaaaa. Nasib baik kredit aku masa tu ada 30 henggit jer, kalau 300 henggit mau meroyan kan.... 
p/s: thank u maxis....

Selasa, 23 Februari 2010

DULU DAN KINI

 DOLU-DOLU..........

Sarah dan buaian memang tak dapat dipisahkan. Silap mama jugak la, dari dalam pantang lagi mama dah biasakan sarah tidor buai. Alasannya sarah akan tido lebih lama, so senang la sikit mama nak buat kerja. Bukan sarah jer mama train tido dalam buai ni, abang danish pun sama. Bezanya mereka berdua, sarah lebih fanatik dan abang danish pulak kalau takde buai pun takpe.

Sewaktu usia sarah dua bulan, sarah pernah nangis sampai biru dan sesak nafas gara2 ngantuk nak tido buai. Masa tu jam 2 petang dan kami kat klinik untuk rutin check-up sarah. Nasib baik la nurse bertindak cepat dan tepuk belakang sarah sampai sarah boleh bernafas semula. Kalau tak mungkin mama dah kehilangan sarah.... Dasyhat giler kan penangan buai ni....huhuhu...

Kemana-mana jer kami pergi buai sarah tetap kami usung sama. Suka tak suka terpaksa ler, kalau tak sakan sarah mengamuk taim mata ngantuk nak tidur. Pernah mama usung buai sarah masuk hotel sambil orang senyum-senyum pandang mama. Segan usah kata la, tapi demi anak mama tebalkan ajer muka dan senyum balik kat depa.... hahaha..... padan muka mama kan, sapa suruh ajor dari kecik...

Dalam pada duk usung buai tu sana sini, pernah jugak kami lupa tau..... Jawabnya beli buai baru lor!! Tak pasal-pasal melayang 150 henggit kat pasaraya. Yang untungnya, dalam keta jer sarah tak mintak buai. Agaknya sebab sarah dah rasa terumbang-ambing tu yang dia boleh lena......hehehe.....




DAN KINI.....

Sejak mama letakkan sarah di taska, buai pada sarah dah takde maknanya lagi. Hari pertama kat situ sarah dah boleh tido atas tilam. Kadang-kadang belah petang sarah boleh lena atas riba cikgu sampai mama datang.... Ntah apa la magic cikgu sarah guna sampai sarah jadi gitu... Tapi mama tetap suka dan seronok sebab buai yang mama selalu bawak bila nak kemana-mana tu dah boleh tinggal.... hahaha....

Habit baru sarah bila nak tido sekarang ni, mesti nak landing atas riba mama dulu....Bila dah lena baru la mama boleh letak dia atas sofa, katil atau masukkan dalam buai...Senang la sikit kan. 

Agaknya apa la pengalaman kengkawan mama ngan anak-anak yang nak berbuai nie.. Jom la share kat sini. 

 'dapat menempek sikit pun jadi la'

 'kat sofa pun boleh lena'
  
'kat sofa lagi - mama sibuk layan tenet'

p/s: sorry ya entry tetiba jer jadik panjang.....hehehe

Isnin, 22 Februari 2010

GIVEAWAY

Kepada semua peminat english style deco-deco, jemput la join giveaway anjuran nanie. Syarat-syaratnya boleh tengok kat sini

Hadiah menarik menanti anda. Antaranya:

 
Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8") 


 
3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute . 

 Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China.
Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. Cepatt join sebelum giveaway ni berakhir 24 februari nanti. 

Ahad, 21 Februari 2010

TEMU TIKA - SEMINGGU LAMANYA

Alhamdulillah, hari ni Sarah sudah beransur sihat...

'Temu tika' seminggu lamanya Sarah demam....

Memang pecah rekod kali nie, sebabnya sebelum nie paling lama pun dua hari Sarah dah sihat....

Mungkin badan Sarah tengah duk bina antibodi pasal dia kan dikelilingi ramai kawan...setiap hari pasti ada yang demam, batuk dan selesema...

Untuk prevention hari esok dan seterusnya, mama dah start kasi Sarah vitamin c ngan scott emulsion.....

Hopefully badan Sarah kuat melawan semua virus yang ada...

 'sarah yang semakin sihat'

'selera makan bertambah-tambah'

Jumaat, 19 Februari 2010

JAWAPAN KEHILANGAN KREDIT SEMALAM


Panggilan pertama ke Hotlink Centre 

*

*

*

*

*
Jawapannya: Puan perlu call lagik sejam sebab sistem masih belum diupdate.....


Panggilan kedua ke Hotlink Centre

*

*

*

*

*

*

* 
Jawapannya: ???????? Yillek.....


KESUDAHANNYA

Aku kena tunggu dalam tempoh seminggu bekerja bagi membolehkan report kes dihantar kepada pihak atasan. Korang tau tak? Mengikut rekod Maxis, dalam tempoh kredit aku hilang, takde satu pun panggilan atau message keluar dari nombor aku yang melibatkan penggunaan berhenggit-henggit..... semuanya sen-sen jer!! 30 henggit itu memang tidak dapat dikesan....

Kita tunggu ajer ler penjelasan dari dorang lepas nie...  

Rabu, 17 Februari 2010

CAMNE BOLEH HILANG??

Huwaaaaaa...... aku nak nangis nie!!!

Memang la aku tak hilang duit sejuta...... tapi aku tak kira!!!

Nak nangis jugakkkk...........

Macam mana la kredit handphone aku  tetiba leh hilang???

 

Semalam elok jer balance dia 30 henggit lebey, kejap tadi aku check tetiba tinggal 3 henggit jer.......

Kalau aku bergayut tu tak heran la balance tue menyusut tetiba, masalahnya aku guna 1 @ 2 minit jer tu pun satu dua panggilan jer..... 

Tak suka!!! Tak suka!! Tak suka!!! 

Hari tu hubby yang kena, tapi dia punya line celcom....

Kali ni aku pulak ngan line maxis....

Kalau la aku tahu tetiba dia nak hilang..... aku bior jer handphone aku tue tak bertop-up.... huhuhu...

Takpun aku pulun jer gayut ngan boypren hubby aku pepuas malam tadi.....

Harap-harap sok lusa ada magic kat handphone aku.... 

Wahahaiiii keliwonnnn, ko pulangkan la balik kreditt aku......

Korang pernah tak alami situasi macam nie? 

Isnin, 15 Februari 2010

KE MANAKAH SAYA.....

Cuti CNY dimanfaatkan sepenuhnya di rumah. Tak dapat nak ke mana-mana memandangkan hubby terpaksa kerja. Sarah pulak dah dua hari demam on and off memanjang. 

Hari ni kepala aku terasa semakin berat dan berdenyut-denyut. Dua malam tido aku lintang pukang. Tido tak sampai setengah jam pastu bangun dan bangun lagi. Bila demam cenggini sarah nak tido atas riba aku jer. hukhukhuk....terpaksa la aku tido dengan bersila... Nasib baik jugak taim dia dah lena tue aku letak dia tak ngamuk... dapat jugak ler aku letak kepala sekejap sebelum dia terjaga balik.... . 

Hopefully dapat bawak sarah ke klinik petang nanti. Malam tadi satu klinik jer bukak kat area paka nie. Nak tak nak hubby belikan cool fever ngan ubat demam jer. Kalau nak jumpa doktor jawabnya mau pukul 12 kami masih terpacak kat situ... huhuhu....Patient ramai giler sampai ada yang merajuk terus balik sebelum sempat jumpa doktor.   

'terjaga seketika'

 'lena kembali di pangkuan mama'

Sabtu, 13 Februari 2010

MIETOS LUCKY DRAW

 Nak join lucky draw pulakk!!! Buhsan la cuti2 nie. Nak share citer pun cam malas jer sebab kengkawan ramai yang takde kan... Tak syokk la sembang sensorang..... huhuhu.....

Dari duk temenung jer, elok join lucky draw nie. Mana tau untung sabut timbul nanti.... hehehe....   


Syarat-syaratnya yang aku copy paste dari blog penganjur:

1) xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, sila nyatakan referrer anda....
 - I follow U ok.... My referrer adalah Malaysia Giveaway Blogspot.  
2) Postkan banner atas ni pada entry & sidebar blog dan link kat blog aku!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....
 - Done

 3) Tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)
 - Wahhhh... kira n3 last minit gak nie....hehehe

4) 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
@japan
@barbados
@korea
@egypt
@france
@USA

 - I suka souvenier dari korea.... lain-lain negara pun ok jugaaaa...... 

Jumaat, 12 Februari 2010

[Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift]

 

Giveaway yang sangat menarik dan julung kalinya dari Yanadzul  Blogspot com. Giveaway ini jugak mendapat tajaan hadiah khas dari  Aivee Emart.

 

 Giveaway ini bermula mulai 1 Februari 2010- jam 12.01 am dan akan berakhir pada 15 Februari 2010 jam- 11.59 pm. 

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: 

1. Add Yanadzul dan Aivee Emart di blogroll/bloglist anda. 
2. Wajib menjadi follower Aivee Emart
3. Copy banner Contest @ Giveaway di atas pada sidebar blog anda. 
4. Membuat simple review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift (jangan lupa link balik ke entri ini). 
5. Entri boleh dalam English atau Malay. 
6. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart (no link back will be disqualified). 
7. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri contest ini. 
8. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.(ini bermakna sesiapa saja boleh jadi pemenang..walaupun tak pandai mengarang..:P) 
9. Terbuka kepada sesiapa yang punyai blog @ website 
10. Pemenang akan dipilih secara random melalui random.org 

Hadiah menarik yang menanti pemenang:

 

 Elephant musical pull softtoy dr Carter's x 1 pemenang 
Harga RM39.00

 DAN JUGAAAA

 
 3 x pemenang hadiah misteri sebagaimana di bawah

  

 1 keychain exclusive Aivee & 1 Oriental Pouch x 3 pemenang

SELAMAT MENCUBA 

Khamis, 11 Februari 2010

GIVEAWAY BABY CUTES COLLECTION


Nak join giveaway anjuran Puan Tinie sempena pembukaan kedai baby online beliau. 

Alang-alang dah order sleepwear untuk Sarah kat situ, rugi la kalau lepaskan peluang join giveaway ni....

Syarat-syarat penyertaan dan jugak hadiah menarik leh tengok kat sini

Sesiapa yang tengah duk mencari sleepwear untuk kids korang boleh order ngan Tinie. Harga paling murah dan spesel pernah aku jumpa. 

Tak caya? Tengok ni.......

*

*

*

*

*



 


 

Sleepwear untuk sarah baru RM24 sepasang. Aku belikan untuk sarah dua pasang sebab banyak baju tidor dia dah tak boleh pakai. Senteng lor pasal minah tu kan tinggi menggalah cam mama dia.... 

 
 'brown'

 
 'white'

 
'purple' 

 bodysuit yang comell dan kuit miut ni harganya serendah RM25

Teruja tengok baju lawa-lawa ni sume..... huhuhu... Sayang baby aku dah besor, kalau tak mau ketiga-tiga bodysuit ni aku ambik....  

Korang tunggu apa lagi..... cepattt terjah blog Tinie.  

HANYA KERANA SEPASANG SELIPAR JOPUN - KECOH SATU SEKOLAH

Haiyaaaaa..... budak-budak ni macam-macam hal la kan... Baru jer kat bawah tue aku citer pasal danish dah sebulan gi sekolah pakai selipar jopun kan. Alih-alih balik kerja petang semalam kecoh hubby duk citer teacher danish kena marah ngan sorang parent kes selipar nie. Memang aku tak sangka sungguh, isu selipar jopun leh jadik konstroversi sampai macam tu sekali....

 'jopun baru'

 'jopun buruk'

Sekali pandang memang tak nampak sangat bezanya antara kedua-dua selipar jopun kat atas tu. Tapi bagi seorang ibu yang sangat-sangat prihatin, beza giler aku cakap tau!! Jopun no. 1 jauh lebih baru menurut mak budak tue dari jopun no. 2. Saiz jopun no.1 jugak lebih besor dari jopun no. 2 yer.... Macam mana la aku buleh tak perasan sume neh!!

Korang tau tak, anak bujang bertuah aku tu dah tersalah bawak balik selipar jopun anak orang punyaaaa... huwaaaaaaa.... Kesian cikgu dia kena sound pepagi buta. Dah ler semalam danish gi sekolah ngan selipar baru. Tak bawak lagik dah selipar jopun tu... Mak budak tu nak tuntut balik selipar jopun anak dia sbb selipar jopun anak aku buruk benor dah ropenya.... hukhukhuk....

Adoiiiii kak, saya mintak maaf banyak-banyak la atas kesilapan dan ketaksengajaan anak bujang bertuah saya tue. Mungkin dia dah terkonpius pasal color dan rupa selipar tu sama. Budak tak cukup umur la katakan. Mana la dia tau nak bezakan yang lusuh ngan yang tak. Lagipun IQ anak saya takde la sepintar anak akak... 

Papepun, pagi tadi aku dah pulangkan balik selipar jopun anak akak tue. Mesti sakan dia marah anak dia kan. Kesian anak dia yang tak bersalah. Ikutkan hati aku, nak jer belikan selipar ben 10 mcm danish untuk anak akak tu malam tadi. Karang kang dia ingat aku perli dia pulak, jadi plan tinggal plan jer ler. Lepas ni kalau akak takut selipar anak akak tu terambik dek orang lagi, akak tulis jer terus nama anak akak kat selipar tue. Taruk alamat sekali pun takpe, senang orang yang terambik tu nak pulangkan semula.

 Pada aku perkara macam ni biasa la berlaku bila anak kita duk kat taska/tadika kan. Namapun tempat ramai orang. Macam aku sendiri, bukan tak pernah si danish tu hilang seluar jeans, kemeja, baju sukan dan tertukar tuala selama duk situ. Tapi aku takde la nak marah cikgu atau nak mintak ganti ke apa. Kalau memang dah takde rezeki tu nak buat macam mana kan. Halalkan ajer ler....

Rabu, 10 Februari 2010

SEPATU BARU - PASAR MALAM SAJORK

Semalam aku seronok sakan. Dah lama tak melepaskan gian beli barang kat pasar malam. Kalau pergi pun, just singgah beli makanan atau lauk basah jer, pastu terus balik. 

Malam tadi dengan senang hati merembat apa sajer yang berkenan di mata. Bunyik macam banyak jer benda aku beli kans. hahaha.... Takde pun. Aku beli ni jer ha...... 



'selipar ben 10 untuk Danish'


'crocs hello kitty untuk sarah'

DANNNN

 
 'untuk abah sarah'

Dari awal bulan hari tu lagi plan nak belikan kids sepatu baru (pasar malam pun jadik la, janji baru kan kan.... muahaha....). Asyik bertangguh manjang. Kesian anak-anak aku takde selipar nak pakai. Danish tu dekat sebulan duk usung selipar jepun gi sekolah. Tu la aku beli selipar mahal kat dia, sekejap jer tahannya. Suka sangat sondol tanah ngan selipar tue... mana tak hancusss. Dapat selipar jepun tahan pulakkk, setahun pakai tak jugak putus-putus.... Nampak sangat kan selipar jopun lagik berkualiti... kahkahkah......   

Happy sangat bila tengok dia ceria dapat selipar ben 10 baru. Aku cakap ngan dia, ni mama hadiahkan kat danish sebab danish rajin buat kerja sekolah, rajin baca buku dan suka tolong mama. Sengih manjang ler kalau dapat pujian macam tue...

Yang si sarah ni pulak, memang satu jer kasut/selipar basahan dia ada. Aku beli masa dia baru dapat kaki pandai jalan hari tue.  Ala yang n3 kat sini. Dah duk taska nie, kena la ada lagi satu pasang kan. Payah nak usung bawak pergi bawak balik. Tinggal satu pasang kat taska lagik praktikal. Nak tak nak kena la beli juga.... Kira adil la kan, abang danish dapat satu, sarah pun dapat satu....  


'tengah menerai mencuba buah hati baru'

Untuk my laling tu aku kasi hadiah sebab dia sangatttt ringan tulang. Suka tolong aku siapkan kerja rumah taim dia off. Tak kisah pun kalau terpaksa cuci dan jemur baju kat ampaian luar rumah, vacuum segala habuk2 yang ada atau apa saje. Sorry la, mama kasi abah hadiah selipar pasar malam jer. Janji mama ikhlas kan....

Korang perasan tak? Untuk aku takde pun.... hukhukhuk....Sebenarnya macam ni la aku. Selagi sandal aku tak putus takde maknanya aku nak beli baru. Malas nak semakkan rumah yang memang dah semak dengan koleksi sandal yang tak terpakai dek kaki... 

Selasa, 9 Februari 2010

SAYA YANG NAKAL

Minah ni kans, makin besor makin nakai...... 

Ada jer menda nak dibuatnya.... tak reti duk diam langsung...

seee..... soletip abah pun jadik menan dia.... 

Abah guna wat kutip rambut, dapat kat dia wat plaster mulut....

 
'tampal jangan tak tampal'

 
'aunty jngan risau, soletip ni bebas kuman ok' 

 
'camne nak mintak susu ngan mama nie..huk-huk'

 
'bukak balik lor....seksa aihhh'

Apa-ape ajer la sarah.... jangan pi telan soletip tue sudahhh.... 

Isnin, 8 Februari 2010

[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar

 STICKY MODE ENTRY


Ini adalah special n3 untuk Adik Ammar. Adik Ammar adalah pengidap sakit jantung (PDA) yang akan menjalani pembedahan pada 22/02/2010 nanti. 

Beliau amat-amat memerlukan bantuan dari kita semua bagi mengumpulkan kos perubatan bernilai RM15000. 

Semoga keprihatinan kita semua dapat memberi secebis harapan buat Adik Ammar untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat satu hari nanti.

Pleasse hulurkan bantuan anda untuk beliau. Kisah lanjut mengenai Adik Ammar boleh dibaca di sini. 

 Bantuan paling mudah untuk semua lakukan boleh lihat di sini. 

Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun ibu Ammar di Akaun Maybank sebagaimana di bawah:

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)  

******************************************************
UPDATED (7 FEBRUARY 2010)

Kepada semua blogger yang ingin membantu Adik Ammar, rajinkan diri kalian untuk klik iklan nuffnang aku kat sidebar tue.....

Ringgit Malaysia yang terkumpul hasil dari semua klik kalian akan disalurkan terus kepada Adik Ammar. Sangat mudah kan... 

Bagi blogger yang mempunyai akaun nuffnang, usaha anda untuk meletakkan iklan charity ini amatlah di alu-alukan....  

Semoga usaha tak seberapa dari kita semua sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan pengumpulan dana untuk beliau... 

Thanks in Advance  

Ahad, 7 Februari 2010

TEKA BERAT QASEH KONTEST

 

Aku kans kalau suruh teka-teka nie memang aku suka..... 

Suka la dapat tibai jer sebut nombor yang aku nak....

Siapa tahu berapa berat baby Qaseh nie.... 

Achik Ain teka ya.....

9.2kg..... muahaha....

Kalau korang nak join teka jugak, klik sini.  

ROTI PARATHA - SEDAPPPNYAAAA

Dah breakfast ke semua??? Cuti-cuti hujung minggu macam ni mesti korang tengah syokkk layan mata kans.... Jangannn macam tue, nanti rezeki larik tau.... Bangun!!!!!!!

Ni aku dah siapkan breakfast untuk korang semua..... Gerenti sodappp hingga menjilat jari. Apa tunggu lagi??? Pi cuci muka, gosok gigi dan mandi cepattt!!! 

Menu kita pagi ni aku nak kasi korang rasa roti paratha nie. Cicah sama itu kuah kari. Mabelesss I cakap U... Kalah roti canai mamak yang hubby aku selalu beli tue. Dia punya roti kans, gebusssss giler. Kalau makan sebijik memang tak cukup, mesti nak tambah lagi dua.... hahaha....

  

Ini roti bukan aku bikin sendiri ya. Aku tukang goreng jer. Kalau korang nak pi carik kat pasaraya. Make sure jenama dia KARTS ya. Jenama yang memang diperakui sedappp dan berkualiti.

 
Buat stok kat rumah bebanyak pun takpe sebab roti ni tinggi dengan sumber tenaga. Tak caya? Tengok nie.....

 

Kalau macam kering idea nak sediakan bekfest apa untuk anak2 kita pagi2 taim dorang nak gi sekolah tue, goreng jer roti nie. Tak sampai seploh minit leh siap. Takde kuah kari pun takpe tau awak, makan camtu jer pun sodapppp. Nak lagik sodapp goreng gunakan planta...nyummmmm....nyummmmm....

Dah la, aku takmo citer banyak-banyak lagik dah. Wat kecur air liur aku jer tau... korang jangan lupa makan ya.... Penat aku goreng untuk korang nie...  

Jumaat, 5 Februari 2010

SETEM BUKAN SEBARANG SETEM

Aku tengah kemaruk duk kumpul setem nie..... 

Teringin nak memiliki periuk ngan kuali comell tue.... huhuhu....

Kalau nak suruh aku beli sendiri, mintak maap ler. Sayang plak duit ghasernya. Hiks....

Mahalll  tu kengkawan.  Tak sanggup guwe....  

 

seeee.... macam-macam pilihan adoooo. Orang cakap tepuk dada, cakap jer terus nak yang mana. Syaratnya kena la cukup setem ya. 

 

 Perasan tak setem aku dah ada berapa? Belum cukup lagi tau!!! Aku kepingin Stir Fry Pan yang 28cm tue, tak pun dapat Saucepan 18cm tu pun ok juga.....

Korang jangan ingat setem tu sume aku dapat hasil shopping barang dapur rumah aku tetiap bulan ya. Tidakkk sama sekali. 1/4 jer ya. Balance tu sedara sepapat, sepupu sebirat dan kengkawan rapat yang kasi.    

Entah sempat ke idak ler nak kumpul-kumpul menjelang akhir Februari neh. Lagi 30 setem nak kena carik... Korang ada ke? Sini pos kat aku cepatttt (sesuka hati paksa orang)..... Muahahaha....
Related Posts with Thumbnails