Sana sini bercerita pasal raya sampai semputtt nafas aku kejor n3 korang......hahaha. Seronok betulll tengok kemeriahan raya kawan-kawan semua. Serius cakap aku jelesssss banyakk sangattt sebab aku ada sikittt jer koleksi piccas raya. Rugiiiiii!!!!
Sebelum bukak cerita raya, nak kongsi sikit citer sebelum raya aku. Petang Selasa adik aku dah jemput kakak dia neh balik kampung. Kecohhhh betull dia bila mak tak buat sekut raya tahun ni. Sesedap rasa dia paksa rela kakak dia ni buat sekut raya. Siannn hubby aku kena tinggal dan terkontang kanting keseorangan kat rumah. Tu la, orang sibuk nak balik beraya dia tak habis-habis dengan kerja. Dah tanggungjawab katanya, nak wat camne????.....huhuhu.
Malam raya pulak dua-dua anak aku demam raya. Kalau sarah dapat pakej demam batuk dan selesema, danish pulak demam n muntah. Danish ni kan, 2 hari sebelum raya dia dah raya dulu. Punya tak tahan godaaan tengok sekut raya mama dia yang asyik keluar masuk oven, dia pi ngap masuk mulut pulak. Sabo jer la mama dia ni tau!!!
Sarah demam hingga raya ke-4. Berserabai jer dia di pagi raya dengan hingus meleleh....huhuhu'
Memandangkan hubby aku kerja pada hari raya, pagi syawal aku raya kat rumah mak aku dulu. Lepas jumaat hubby balik jer dari kerja baru la terkocoh-kocoh kami gi beraya rumah mil pulak. Tahun ni kat rumah mil meriahnya luar biasa sikit sebab semua adik beradik ada kecuali family abang ipar aku yang no. 2. Rugi besarrr aku datang lambat, tak dapat nak bergambar ramai2 coz masing2 dah tukar uniform dek kepanasan.....hehehe
Jommm tengok aksi raya yang sempat disnap....
Ahli keluarga yang tak pernah nak cukup korum. Family abang ngan adik aku belum sampai lagi waktu ni. Dorang berdua raya rumah mil dorang dulu. Pasangan masing-masing dari kampung sebelah jer, berlari pun boleh sampai. Adik pompuan bongsu aku pun takde dalam pict. ni sebab dia tukang ambik gambaq.
Kami bertiga di hari raya. Abah melaram baju raya kat ofis jer la, namapun kerja kan....
Awal pagi lagi danish dah bersiap nak solat sunat aidilfitri kat masjid. Kali ni terpaksa follow tok bak sebab abah kerja. Paling seronok bila dia dapat duit raya dari jemaah masjid... "mama....ustaz bagi danish duit raya".....hehehe...
Siapa kata budak demam tak leh beraya??? Sarah totapppp ceria walaupun sok sek sok sek kontrol hingus dari keluar....hahaha
Mama with anak dara yang tak abih2 malu2 mioewwww....
Posing dengan abang danish pulakkkk....
Budak kecik yang chubby tu sepupu kami tauuu..... nama dia fatin.
Kalau bab posing serahkan ajer kat fatin.....
Posing lagi dengan adik bongsu mama. Budak kecik baju oren tu sepupu kami e-chah. Siannnn dia tak dapat nak raya ngan abah dia sebab abah dia kerja kat arab saudi.
Daaaaaaa......