Selasa, 30 November 2010

Mari Bantu Baby Afiq


Baby kecil ini adalah anak bongsu kepada blogger DJ EPOI. Baby Afiq sekarang menderita penyakit jantung dan akan menjalani pembedahan jantung di India Disember nanti.

Moga kengkawan yang prihatin di luar sana dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan untuk Baby Afiq. Biarpun hanya RM1, tapi ia cukup besar nilainya buat Baby Afiq. 

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui: 

MAYBANK:: 162143008275
CIMB:: 01180032819528

BACA KISAH BABY AFIQ DI SINI : HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN.

p/s: just an express update, tuan rumah masih kebizian..... 

p/s: bantuan paling mudah adalah dengan sebarkan kisah baby ini. 

Thank you.  

Isnin, 29 November 2010

Kenapa aku menyepi lately...


Hakikatnya sekarang aku tersangattt busyyyyyy berperang dengan UBS tapi ada hati jugak nak hapdet!!! Sejak kejadian data korup rabu lepas, esoknya tiba2 pulak bos aku request nak management account ASAP untuk submit company loan.

Nak tak nak, dengan rela hati aku bekerja on weekend!!! Bukan kerja kat ofis, tapi hangkut sume file dan sambung masukkan data kat rumah. Alhamdulillah, banyak jugak la progress yang aku dapat.

By this week, rasanya aku akan slowdownkan sikit aktiviti berblog ni. Kita jumpa lagi next week yea....

Agak2, boleh tak nak mintak hadiah INI dari bos. Upah kerja on weekend ari tu....HAHAHA!!!!

Jumaat, 26 November 2010

9 Petua Capai Doa Mustajab


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa  kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” 

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak  ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al- Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya  adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan  dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.’” 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Animasi Saladin di TV1


Sabtu lepas ada keluar cerita animasi ni kat tv. Bukan anak aku jer terpacak tengok tv penuh minat, dengan mama dia sekali terpegun. Yer la, sebelum ni banyak citer kartun omputih jer kat tv, takpun jepun mari. Bila ada kartun mengisahkan pahlawan islam zaman dulu-dulu mesti la aku kagumm dan teruja nak tengok. 

Kalau korang rasa nak tengok jugak, cuba bukak TV1 pada 27 November 2010 (7.30pm) atau 28 November 2010 (9.30am). Aku dapat info ni dari laman web Astro. Kalau tak keluar kat TV1 pada tarikh2 tu, dengan aku sekali la frust tak dapat tengok...huhu 

Boleh tengok promo kat SINI



Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.

Anugerah
 
1. Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF)
    Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi
 
2. Tokyo International Anime Fair 2007
    Anugerah Tokyo Big Sight

Rabu, 24 November 2010

3 Dara Pingitan

Terima kasih pada kawan2 yang prihatin dengan kisah tragis aku semalam. Aku rasa sangat-sangatttttt BAHAGIA dan HAPPY!!!! Baca komen korang semua buat aku tergelakkk walaupun sebenarnya waktu tu aku masih lagi dalam mood kecewa. You all semua memang  THE BESTTTT!!! Saaayang korang baaaanyakkkkk.

Hari ni nak tukar mood baru. Takmo sedih2 dah. Nak happy macam 3 dara pingitan kat bawah ni. Mereka bertiga ni lah penyeri raya haji kat rumah mak aku hari tu. Usik mengusik, sakat menyakat pastu nangis menangisss. Namapun budak2 kan..... 

   fatin, sarah & echah


p/s: nanti aku share resepi kek karemel kat bawah ni. Tunggu aku buat lagi next time. boleh ambik pict. step by step supaya senang korang nak rujuk. Sabor yer....hehe

Selasa, 23 November 2010

Aku sangat sangat sangat sedih dan kecewa....

Untuk kedua kalinya, setelah bersusah payah bersengkang mata sampai nak terkeluar bijik mata data akaun aku KORUP AGAIN!!!! Rasa nak nangesssss!!!! Nak meraungggggg!!!! Uwaaaaaaaa!!!!


Nasib ler aku ni dah tua, kalau tak aku dah guling-guling kat lantai ofis ni...huhuhu. Apa masalah pun tak tau la dengan UBS aku ni. Bila nak delete unwanted transaction jer, gerenti koruppp. Sama sebijik dengan kes korup yang pertama dulu tuh. 

Maleh nak citer dah apa tugasan aku lepas ni. Korang sendiri mesti tau kan kan..... Kena buat balik ler sudahnya. Tak suka betul dan sangat2 benci buat kerja yang sama yang sepatutnya dah lama siap!!! Wasting my golden time tau!!

Fuhhhhhh, legaaaaa rasanya dapat meluah perasaan kat sini. Yang sudi dengar keluh kesah hati aku, thank you sooo much. Aku jamu korang dengan kek karamel kat bawah ni. 

 ready untuk di bakar

 hampir masak-1st adunan menggunakan 3 warna

 taraaaaaa....

 2nd adunan-guna 2 warna jer

 yumyyyyyyy

Kek ni merupakan percubaan pertama aku ngan adik aku masa raya haji lepas. Sangat2 sedap sampaikan 3 bijik berturut-turut kami wat kek ni. Kejap jer licinnnn..... 

p/s: baekkk punya terapi sakit kepala aku kan.... sedih lagi ni. sob...sob.... 

p/s: n3 rojak... 

Pagi Aildiladha...

Aci lagi dak kalau nak bercerita pasal raya haji? Buleh la naaaaa. Awal2 pagi camni kita citer pasai makanan dulu. Aku assume sume dah breakfast yer, so takde la sesiapa yang terliur nanti....

Antara menu yang mak kesayangan kechintaan hati aku masak pagi raya haji lepas.....


Macam-macam adaaaaaa. Kalau sebelum2 ni mak aku wajib masak nasi minyak pada pagi raya pertama, tahun ni laen sikit. Menu utama adalah nasi dagang.....

 Nasi yang cukup lemak dan masinnya.....mabelessss!!

Gulai ikan tongkol wajib la adaaa. Kalau takde, nak makan nasi dagang berkuahkan apa kan. 

 Penyedap rasa nasi dagang semestinya acar timun. 

 
 Nasi himpit Adabi. Kalau dulu nasi himpit pakai tekan jer dalam besen kan. Ingat tak? hehe...

 Kuah kacang


Ketupat palas air tangan mak aku jugakkkk. Dah lama aku belajar nak buat ketupat ni, tapi tak pandai2 jugak. Korang pandai tak?? Ke pandai makan jer makan aku... 

 Rendang daging untuk cicah ngan ketupat palas.  
Ini baru menu kat meja makan ruang tamu. Kat dapur pulak ada selambak lagi tau!!!

satu besen nasi dagang

 satu besen ketupat

DAN.......

 satu besen tapai...

Jemput la makan....hehe. 



Isnin, 22 November 2010

Mari mengundi

Bukan mengundi untuk pilihanraya yer, tapi mengundi untuk tuan puteri kat bawah ni....


Caranya:

1. LIKE pada fanclub SINAR RAUDAH
2. LIKE sekali lagi pada gambar anak dara kat atas tu atau mana-mana putera puteri yang berkenan dihati...

Kalau rasa nak join jugak pun boleh. Klik kontest ni kat SINI

Macihhhhhh....

Ahad, 21 November 2010

Mini GA Kakyong.....Aku ke yang menang??

Aku rasa macam tak percaya!!! Tak tahu la kenapa aku tak percaya!!! Yang nyata result dah keluar 20 hari yang lepassss tapi hari ni baru aku perasan.....huhuhu.  


Memang aku tunggu-tunggu result GA ni sebab hadiahnya adalah watermark percuma. Aku kan belum ada watermark, upload pict. kat blog pun main belasah jer tanpa cap mohor.  

Cuba korang tengok result GA tu kat SINI. List peserta yang join ada kat SINI. Betul ke aku yang menang, atau aku yang tersalah pandang????

p/s: penengan banyak sangat makan daging agaknya, terus dapat penyakit was was tahap kritikal. ada kaitan ke??? hahaha.....

p/s: mekasih pada abang fikri yang cabutkan nama aunty. mekasih jugak pada kakyong yang sudi anjurkan GA ni. 

Alhamdulillah.... 

Selasa, 16 November 2010

Tutorial masukkan widget twitter kat blog

N3 ni special untuk Ummi Alya Husna dan kengkawan yang teringin nak masukkan widget twitter kat blog. Hopefully sedikit sebanyak dapat la membantu.

Jom kita mulakan ....

 1. Klik profile pada dashboard

 2. Edit your profile

3. Klik profile   

 4. Klik add twitter to your site

 5. Select my website

 6. Select profile widget

 7. Customizekan semua setting yang kita nak

8. Test setting yang kita pilih

9. Dah ok copy code dan pastekan kat blog  

p/s: widget ni hanya boleh digunakan oleh kengkawan yang  tak privatekan akaun twitter jer. Yang privatekan akaun tu, kena la tukar setting dulu. Selamat mencuba.  
   

Isnin, 15 November 2010

Mari kita menari twissst.....opssssss bertweett la

Sangat tidak syiokkk menceceh sensorang.....

Siapa kat sini ada twitter, mai la join sama ana.....

Tinggallkan ajer nama glemer ante dalam kotak komen ana ni, nanti ana follow ante-ante semua....

Kita menari twisst tweet sama-sama.... hehehe

EL hari ni...

Aku sekarang bersiaran dari rumah...

Terpaksa ambik EL hari ni sebab en. is tak sihat. Malam tadi pukul 1 pagi dia sakit perut. Bila dah tak tahan sangat, 4 pagi aku call my bil dan hantar en. is ke hospital. Boleh pulak pukul 7 pagi tadi dia mintak keluar hospital sbb MA asyik nak inject jer tanpa buat pape pemeriksaan.

Now en. is tengah bersiap untuk ke klinik swasta. Nak dapatkan surat rujukan sebelum masuk ke hospital pakar. Aku syak dia terkena serangan gastritis yang agak teruk. MA yang en. is jumpa kat hospital tadi cakap kalau apendiks, en. is dah pengsan dah. Hopefully takde pape yang serius. Keadaan dia sekarang ni pun tak seteruk awal pagi tadi. 

So, buat sementara waktu ni, aku akan updatekan status aku kat twitter. Lebih cepat dan mudah untuk kengkawan check status terkini aku. 

Carik benda kat bawah ni pada sidebar aku k. 


Daaaaa.... 

 

Ahad, 14 November 2010

Pencuri....

Al-kisah malam sabtu lepas.....

Aku ni kan, kalau en. is kerja malam, tido malam aku mesti tak lena. Bukan sebab tak dapat peluk dia tapi risau kalau ada pencuri. Mula la aku tido2 ayam. Pastu dengar jer bunyi pelik2 sikit terussss terjaga.

Sabtu lepas, tergerak hati aku nak tukar selera tido bilik depan (tamu). Hangkut la budak berdua tu sekali sbb dorang berdua tu memang peneman setia mama penakut ni. hehehe...... Sebelum tido, aku pastikan ada lampu picit (in case blackout ke apa, ada pencurik mmg jenis suka matikan elektrik rumah orang), bateri henpon full dan lock pintu. Batang kayu jer aku tak bawak sebab aku budget danish boleh teakwando jer sesapa yang berani masuk rumah kami. 

Tiba-tiba kan.......dalam pukul 2 lebih  aku terdengar bunyi pelik dari pintu depan rumah aku. Macammmmm orang tengah cuba nak bukak grilll. Ya Allah, dada berdebar macam nak pecah dah ni!!! Cepat2 aku bangun dan mengendap dari balik langsir tingkap. Sambil2 tu aku call en. is, kot2 la dia yang balik (dia mmg selalu jugak balik tengah pagi buta camtu). Bila dia cakap dia kat ofis, aku rasa nak pengsannnn. Apa nak buat ni???

En. is suruh aku intai dulu, lepas tu call jiran sebelah. Masalahnya aku dah intai tapi tak nampak sebab pintu rumah terlindung dengan dinding. Huwaaaaa!!! Nak keluar dari bilik dan intai dari jendala kat ruang tamu, aku takotttttt. Buatnya orang tu berjaya bukak pintu rumah aku waktu aku kat ruang tamu tu tak ke niaya!!!!

At last, dengan jari terketar2 aku call jiran sebelah. 

"Kak, macam ada orang cuba bukak grill rumah ain, cuba akak tengok"

Tau tak dia jawab apa?????

"Akak la ain. Grilll rumah akak ni, susah nak bukak!!!. Abang akak ada kecemasan kat ofis, lori misc kena curik"

Uwaaaaaaaa, penat jantung aku mengepam darah tau. Rupa-rupanya jiran aku yang tengah cuba bukak grill pintu. Bukan grill rumah aku tapi rumah dia.....huhuhu. Gini la jadinya kalau darah kesatria takde dalam diri, bunyi pelik sikit dah takotttttt....

Papepun, aku bersyukur sangat bukan pencuri yang cuba pecah masuk rumah aku. Mintak dijauhkan semua ni sebab aku memang takotttt. Pencuri zaman sekarang ni bukan harta kita jer dia nak ambik, silap haribulan maruah dan nyawa sekali jadi rebutan dorang. 

p/s: bacalah surah yaasin ayat 9 di setiap 4 penjuru rumah untuk melindungi rumah dari dimasuki pencuri. Petua ni aku dapat dari ustaz yang pernah mengajar agama kat ofis aku suatu ketika dulu.   

Sabtu, 13 November 2010

Pestime Makan Kari Daging Landak


Kalau sebut pasal landak, semua orang kenal kan, tapi pernah tak makan dagingnya?? Fuyoooooo, memang mabelesss sungguh. Malam tadi langkah kanan betul aku. Balik makan malam kat rumah mak dan menunya adalah spesel sekali....Masak kari daging landak.  


Mula2 takut jugak nak makan, tapi bila tengok kari kemerahan yang tengah berasap kat atas meja makan tu, licinnn nasi aku sepinggan. En. is pun sempat jugak merasa seketul. Sekadar rasa katanya. Dia ni kalau makanan pelik2 memang payah sikit nak jamah. 

Daging landak ni rupa-rupanya banyak khasiat tau. Ia tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi menderitai buasir). Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia..Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kalau la malam tadi aku tau semua khasiat ni, gerenti aku pulun semangkuk. Serius cakap, daging dia memang lembut dan manis giler. Rasa dia jauh lebih sedap dari rasa daging kancil atau kijang. 

Alhamdulillah, rezeki.... 

Jumaat, 12 November 2010

Raja Farah Selamat Bernikah


Dengan sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qayyum Bin Dato' Zakaria pada jam 11 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah bertempat di Tropika 2, Bukit Jelutong, Shah Alam dengan mas kahwin sebanyak RM888.

Moga2 lepas ni takde lagi la gossip panas tentang raja farah. Kita doakan rumahtangga mereka kekal bahagia hendaknya. 
  

Shamrin Fotograf meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Sumber: Kosmo

p/s: teringat kenangan masa aku sekolah menengah dulu, driver bas sekolah aku suka betul pasang lagu kumpulan fotograf. Minat benar dia dengan suara shamrin agaknya....

p/s: al-fatihah untuk arwah. 

Khamis, 11 November 2010

Penengan Halimah Jongang...

Tak sia-sia aku terbukak cerita halimah jongang malam tadi. Aku dapat satu idea bernas untuk psikokan danish. Motif utama adalah seperti di bawah:
 

Tahun depan dah nak masuk darjah satu, tapi danish ni tak habis2 dengan habit dia suka kepoh hisap puting botol susu. Kalau nak tido mesti macam ni. Botol susu wajib kat mulut (even susu dah lama habis dia minum) pastu tangan mesti gentelkan bucu kain, bucu bantal atau pape ajer kat lobang hidung atau telinga. Nak kasi minum susu dalam cawan takmo pulak dia. 

Waktu danish tengah khusyuk tengok cerita halimah jongang malam tadi, aku cakap dengan dia macam ni....

"tau tak sbb apa gigi dia (halimah) jadik camtu?? Masa dia kecik2 dulu, dia macam abang jugak la. Suka hisap botol susu. Nak ke gigi abang jadi gitu??. Kekgi kawan2 panggil abang 'danish jongang'....." 

Danish diam sambil fikir apa yang aku cakap....

"Mama......danish takboh la hisap botol. Buang ar botol ni mama...."

Wahhhhh, berbunga-bunga hati mama dia ni dengor. Elok pun tido malam tadi dok kepoh botol susu. Kita tengok jer la nanti dia boleh bertahan ke idak. Lepas ni kena la cuba pujuk dia minum susu dalam cawan. 

hehehe..... 

Thank you Nuffnang

Sangat-sangat teruja dengan perkembangan akaun nuffnang aku lately. Alhamdulillah semakin banyak BE yang melekat dan terus melekat setiap hari. Now dah ada 10 BE yang sedang running. Macam tak percaya pun ada. hehehe.....




Thank you sooo much pada yang sudi membaca dan setia melayan celoteh merapu aku ni. Pada yang rajin blogwalking tapi tak baca pun n3 aku, kalian jugak aku hargai. 

A big thank you to mr. nuffy yang baik hati. Jangan segan2 nak kasi lagi dan lagi.....hehehe 

p/s: line internet dah jadi macam tenuk. sakitttt jiwa raga aku kalau berterusan macam neh!!!

Rabu, 10 November 2010

Kalah pun tak mengapa

Kalau masuk mana-mana pertandingan mesti target nak menang kan kan?? Sama jugak la bila kita join kontest atau giveaway kat dunia blog ni. Bezanya bagi aku, bila kalah mana2 kontest atau giveaway kat dunia blog, frustnya secubit jer. Tapi kalau kontest kat paper, majalah atau syarikat pengeluar produk yang memang kita pengguna setia dia, aku frust banyaaaaakkk....hahaha

Kenapa frust secubit jer?? Aku join sebab nak tambahkan kenalan maya dan juga meriahkan kontest tersebut. Dan aku tumpang gembira bila kengkawan yang memang kita kenal menang dalam kontest yang aku join tu sebab dia memang layak. Suka tau tengok baby2 chomell ni. Kadang2 bila mana2 result kontest keluar aku tumpang sekaki skodeng, padahal aku tak sempat join pun....hehehe 

Percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah menang kontest bergambar di pentas blogging ni. Pencapaian paling tinggi pun jadi antara yang ngetop jer. Itupun kalau tak silap aku dalam 3 kontest jer. Antaranya:







Jangan ingat aku tak menang aku dah takmo join kontest dah. Selagi berpeluang berblog, insyaallah blog kontest aku akan tetap meriah dengan n3 kontest. Kalau tengah busy tu tak dapek la nak join.....huhuhu

Yang sama senasib dengan aku (kaloh sokmo), jangan la marah2 kat penganjur andai tak terpilih sebagai pemenang. Kesian dorang tu semua. Nak kasi hadiah free pun kena bambu. Kalau nanti semua serik nak anjurkan kontest @ giveaway, siapa yang rugi?? Kita semuaaaaa jugak kan?

Daaaaa.... 

Selasa, 9 November 2010

Yuran Taska Permata Naik Tahun Depan

Nampak gaya tinggal sebulan jer lagi Sarah dapat merasa taska percuma. Tahun depan yuran dah NAIK dah. Kalau sebelum ni aku cuma bayar RM5 sebulan untuk yuran kelab tanpa perlu bayar sesen pun untuk yuran taska, mulai tahun depan pihak taska Permata dah naikkan yuran taska ke RM180 seorang. Mencanak-canak naik bukan???

Bagi aku kadar tu masih lagi boleh diterima akal. Lebih kurang rate private taska la jugak. Actually kalau kat kawasan Paka ni, kebiasaannya private taska kenakan RM200 untuk seorang kanak2 (3-36 bulan). Kalau nak dibandingkan dengan fasiliti dan kelayakan guru, taska Permata jauh ke depan. Jadinya dengan kadar RM180 tu, berbaloi la lagi parents hantar anak kat situ.

Bagi yang tak pernah tengok keadaan  dalam taska Permata, aku ada sedikit pict. untuk dikongsi...






UPDATED 1: Aku baru jer dapat info yang Taska Permata tempat sarah ni adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya di bawah PAPN (Pusat Anak Permata Negara). Modul pembelajaran adalah sama dengan PAPN. 

UPDATED 2: Klik SINI dan SINI untuk dapatkan info tentang Taska Permata bawah PAPN. Makluman terkini dari PAPN menyatakan tiada yuran dikenakan ke atas mereka yang layak. Walaubagaimanapun setiap ibubapa diwajibkan meluangkan masa selama 4 jam sebulan untuk bersama anak2 di taska.  

 

Isnin, 8 November 2010

Tenet macam SIPUT

Hilang mood aku nak berblog hari ni. Line internet mengalahkan siput b*b*. huhuhu..... Maaf ya kengkawan nak komen kat n3 korang mmg tak dapat, aku blokwalking jer lah ya. Tunggguuuuu tau!!!!! 

Kalau la boleh gantikan siput b*b* ni 


dengan kanggorooo 


Sepantassss ni baru la syiokkkk. Betul tak???

p/s: nak masukkan 2 pict. ni pun berzaman tunggu. Mencikk!!!

p/s: pic. credits to goole 

Ahad, 7 November 2010

Free Eyeshadow Mac.... Nak Tak??


STICKY MODE SELAMA SEMINGGU



Entry ni special untuk mereka yang suka bermekap terutamanya tang mata....


Kalau nakkan eyeshadow MAC percuma tanpa bayar sesen pun, KLIK SINI


Kembar aku, Kak Ainzuryn berbesar hati nak kasi free....


Join cepat sebab offernya terhad sehingga raya haji ni. 


Jangan risau jaaaangan susah hati, syarat-syaratnya sangat mudah sekali, kalau tak caya, klik ajer kat SINI


p/s: kak ain, jangan saman ain sbb tiba2 ngaku kembar akak yer. sajer ain nak share info ni dengan kengkawan yang lain sebab ramai yang sukakan kontest mentost dan giveaway mudah macam akak punya GA tu.
  
Related Posts with Thumbnails