Khamis, 25 Jun 2009

KASIH ABANG

Cian sungguh aku tengok si Danish ni. Sarah punya pasal dia tak dapat makan pun takpe arr. Budak tecik tu pun satu gak, asyik-asyik dia, asyik-asyik dia..... abih bila la turn abangnya.

Dak tecik ready utk disuap

Ni kes makan aiskrim tak habis la, pastu simpan baki yang cinonet tu dlm peti ais. Besoknya balik dari skull makan lagik. Sarah, kalau nampak orang makan aiskrim, meroyan jap dia nehh. Tak duk jauh dah ngan orang tu...... abih la aiskrim Danish...

Punya beria si Danish tu nganga...tapi yang masuknya ke mulut Sarah. Dak tecik gak yang untung. Wak muka sedey ckit, abang tak jadik dah nak suap dlm mulut dia... suap lum mulut adik dulu. ishk..ishk...

Tengok la Sarah tu..... cam dah nak naik atas riba abang dah!!! Hati-hati Danish, jangan sampai adik rampas aiskrim kat tangan tuuu. Tumpah kang, bising lak abah Danish..... 

Si tecik totap tak bergerak selagik aiskrim tak habisss. 

Baru puas hati. Huhuhu.......tinggal sisa-sisa jer utk abang yerk!!! Bagusnya sarah ni kan, makan apa-apapun, lepas tu dia mesti mintak air. Cover balik manis aiskrim tadik ...

Rabu, 24 Jun 2009

KATAK OH KATAK

AKU MENCIK BETOI NGAN MINATANG NEH!!!!!!.....

SUKA BUAT AKU TERKEZUTTTT TAU.....

LEMAH JANTUNG AKU DIBUATNYAAAA.....

NAPE LA KO SUKA SANGAT MASUK DLM UMAH AKU NEH??????

AKU GI DAPOR KO ADAAAAAA.....

GI BILIK AYOOOR PUN KO ADAAAAA.......

SIB BAIK DLM BILIK TIDOOO KO TADAKKKK.........

MENYEEBOKKKKK BETULLLLL... 

PEGI DAAAAAAA MAIN JAUH-JAUH.......

SESUKA HATI DIA LEPAK KAT KABINET DAPUR AKU

NAK START JALAN-JALAN CARIK NAHASSS

SABOOOOOR JE LA

Selasa, 23 Jun 2009

HARI TEMPEK AWARD

Seronoknyaaaaaa....... Hari ni aku nak istiharkan Hari Tempek Award Sedunia. Ada sesiapa nak join aku??? Sila la tempek a.k.a gantung award yang korang dapat tu. Untungnya punya kengkawan yang baik hati dan budi pekerti ni kans. Moga-moga murah la rezeki kengkawan semua ya. Sesungguhnya Persahabatan adalah Anugerah yang sangat Indah. Diingati dan Mengingati, Dihargai dan Menghargai. Oleh kerana orang kata tangan yang memberi tu lebih baik dari yang menerima, aku panjangkan award ni kepada kengkawan yang belum dapat ya. Jangan lupa ambik tau......  

From Ibu Arifa Dalila

From Ibu Arifa Dalila n Sis Nita

Special From Eryyn. 


Kesian kat Eryyn satu family. Punya kalut dorang semua bila Adam Meqael kena admit kat hospital disebabkan jaundis. Cik Ain doakan Adam cepat-cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital secepat mungkin. Kesian kat Mommy Eryyn sampai bengkak-bengkak mata nangis risaukan Adam. Harap-harap Onni Adam jumpa la ngan sengkuang cina tu.......penawar untuk Adam sihat semula. Aminnnn. 

GUINESS BOOK OF RECORD

Hiphip Horeyyyyy...... Jumaat ari tu aku pecah record guinesss tau. Satu minggu tak lipat kain baju. Gila punya malas aku neh. Tak pernah-pernah wak perangai buruk cenggini. hikhik...

Hasil pengumpulan tegar selama seminggu, aku dapat adiah ni.  2 bijik bakul dipenuhi kain. Kahkahkah........padan muka aku. Jenuh aku melipat pepagi buta ari tuh sampai tak berasap dapur aku. 

Mama ngan Abah punya

Danish ngan Sarah punya

Seperti biasa, anak-anak adalah sangat gila kuasa berpakaian. Dorang punya baju kalau letak dlm satu lagi bakul, mesti penuh bakul tu. Tengok jer la baju dorang yang membukit tu. Dekat sejam aku bersilat ngan kain baju dorang baru la abih lipat. Nak muntah aku tauuuuuu. 

Sekarang aku jadik isteri yang sesangat la insaffff. Tobat aku takmo tangguh-tangguh lagik dah. Sakit-sakit bahu aku lipat kain baju hari tu. Malam tadi aku buat operasi lagi. Terus lipat kain-baju yang dah kering kat ampaian. 

Dapat manyak ni jer

Punya sikit kain baju kami sampai dak kecik ni leh bersantai dalam bakul tu. "Abih la kotor kain mama tu Sarah". Huhuhu......

sempat posing-posing lagik. 

Seperti biasa, dia sangat la ringan tulang untuk tolong mama dia. Kalau aku tak kasi, karang kang dia ringan tangan plak punggah kain yang aku dah lipat tu sampai berkecai semua. Adoiiiiiya.  

p/s: Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan. 

TOP COMMENTAR AWARD

Bravooooo..... aku dapat award ni dari mamaD

Hadiah untuk aku sbb suka suki letak komen kat blog dia. 

Mekacih ya MamaD. Ain sukaaaaaaa dan terharuuuuu sangattttttt.

Ahad, 21 Jun 2009

NIVEA LIP CARE

Lallalalalaaaaa......aku betul-betul happy sekarang. Bibir aku dah jadik menawan semula....(sila jangan muntah). Semuanya ngan bantuan si baju biru kat sebelah tu. Baru 2-3 hari pakai, terus bibir aku back to normal. Thanks ya Has for the info. Mula-mula risau jugak nak cuba, sbb bibir aku ni alergik sikit. Nak baik punya pasal, aku bulatkan tekad beli gak nivea ni. Tak cuba tak tahu kan??? Hubby siap sound lagi "kang beli sesaje la tu....bukannya pakai pun". Aku tak salahkan dia sbb sebelum ni memang aku selalu beli lipstik, pastu aku kasi kat adik aku. Aku tak boleh nak pakai...... bibir aku start alergik. 

So, kepada KV, Mama Idzareef, Ibu Arifa dan juga kengkawan lain yang ada masalah bibir kering dan bermasalah tu, sila la jangan segan-segan atau malu-malu kucing nak cuba nivea ni. Reganya dalam RM11.90 jer. Boleh beli kat guardian, Watson atau mana-mana farmasi yaaaaaaaa. Ni bukan promote tauuuuuu......tak dapat komisen punnnn. 

Alang-alang dah sembang pasal bibir ni kan, ada tak sesapa yang berani bagik cadangan kat aku lipstik yang sesuai untuk kulit alergik ni... pokai gak aku, kalau asyik beli lipstik pastu kasi kat orang jer. Aku punya satu batang lipstik pun takde. Chopstikkkk lagik la takde. Hehehe......

HAPPY FATHERS DAY

Alhamdulillah, aku bersyukur tika dan saat ini aku masih lagi punya insan bergelar ayah. To my beloved ayah, Selamat Hari Bapa.......Budi, Jasa dan Pengorbananmu selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Semoga ayah ceria-ceria selalu hendaknya dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. 

Bila tengok image from google ni, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Bila waktu malam dan aku nak gi rumah mak sedara aku yg kebetulan duk blkg rumah aku, ayah aku akan dukung aku kat atas belakang dia. Aku pegang leher dia erat-erat sbb takut jatuh. Ayah aku tak kasi aku jalan sendiri... risau kot2 ada ular atau binatang berbisa gigit kaki aku.....Kalau la aku mintak ayah aku dukung aku sekarang ni, agak-agak dia nak dukung tak??? DusssssshDussssshhh.....tak sedar diri betul kan aku neh... dah tua nyanyuk, ada hati lagi nak ayah dukung. 

Selamat Hari Bapa jugak untuk Hubby tersayang sbb sudi menjadi ayah untuk anak-anak aku... Semoga menjadi abah yang terbaik untuk anak-anak kita. Petang nanti boleh la tuntut kek ya.....

Buat semua insan bergelar bapa di luar sana, terutamanya ayah mertua aku......Selamat Hari Bapa. 

Sabtu, 20 Jun 2009

LEMPENG NYIUR

Pagi tadi, aku satu family sarapan ngan lempeng nyiur segera.

Lempeng ni mak sedara hubby aku yang bikin... bisnes kecik-kecilan utk bantu somi dia. Lempeng dia memang mebelesssss.

Tambah nikmat bila cicah ngan kuah kari ayam ni......yUMMY-yUMMYYYY


Sedar tak sedar kan, Erkkkkkkkkkkkk. Konyaaaaaang perut aku neh.

Khamis, 18 Jun 2009

BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH

Mood aku hari ni cam kureng sikit. Huwaaaaa....aku sakit lagi. Kali ni sakit bibir la pulak. Panas sangat ke cuaca sekarang ni sampai bibir aku ni dah start menggelupas dan pecah-pecah. Sungguh tak selesa dibuatnya...

Sesambil layan bibir aku yang sakit dan sesekali berdenyut neh, aku cari info kat internet pasal bibir kering dan pecah. Dapat gak share ngan kengkawan yang ada masalah yg sama cam aku ni.

Apa-apapun, sebelum carik penawar untuk atasi masalah bibir aku ni, kena la selidik puncanya dulu kans. Rasa cam doktor plak ya. Ni dia, punca kenapa bibir kita leh pecah dan tak menawan lagik......huhuhu......

1) Pencemaran kepada udara dan debu. Nak kata aku terdedah sangat kepada udara dan debu kotor ni aku slalu duk dlm office. Balik rumah plak terus berkurung.

2) Perubahan suhu yg tidak dpt diadaptasi oleh bibir. Bibir aku fenin agaknya kejap suhu sejuk, kejap kang panas la plak.

3) Makan makanan yang terlalu masam atau masin. Sehari dua ni memang aku asyik duk kunyah asam jer. Mungkin sbb ni kot...

4) Merokok, suka minum kopi dan minuman beralkohol. Ohhh tidak, aku bkn dlm kategori nehhh.

5) Kurang makan sayur dan buah-buahan. Dah ada dlm menu harian aku ni, mungkin tak cukup lagi agaknya. "Abang, tolong la tambah stok buah dlm peti ais tu.....dah habis dahhhhhh. Help2".

6) Kurang minum air putih. Ni memang kena ngan aku neh.....satu hari ada la dlm 4-5 gelas kot. 

7) Alergik ngan bahan kimia dlm kosmetik. Tak mungkin aku alergik ngan kosmetik sbb skrg ni lipstik pun aku tak pakai.   

8) Suka menjilat bibir ngan air liur. Aku suka tengok orang yang ada habit ni, bila tengok bibir dia, basah jer sentiasa. Comelll pun ada bila tgk dia terjilat-jilat cenggitu. Tapi aku tak buat la......

Antara kekdah-kekdah yang kengkawan leh cuba untuk rawat bibir mungil tu..........

1) Guna lipbalm yang ada pelindung matahari dan berpelembap.

2) Kena gunakan lipstik yang sesuai ngan kulit kita. Paling penting lipstik tu mesti mengandungi emolien a.ka. pelembap.

3) Basahkan bibir ngan air putih bila rasa bibir kita kering. Tak boleh guna air liur sebab dlm air liur ni mengandungi kalenjar ataupun enzim yg boleh menyebabkan iritasi pada bibir. Cukup dengan gunakan air putih atau minum segelas air putih utk basahkan bibir.

4) Minum 8 gelas air putih sehari untuk mencegah dehidasi yg menjadi punca bibir kering. 

5) Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Hahaha.....ada ke orang tidur ngan bibir merah menyala erk? 

6) Banyakan mkn buah dan sayur yg ada vitamin B, C, E dan mineral.

7) Jauhi gaya hidup merokok dan minuman beralkohol.Bahan kimia pada rokok menyebabkan bibir jadik hitam. Minum minuman beralkohol pulak boleh sbbkan dehidrasi.

8) Oleskan pelembap bibir sblm tidur. Boleh jugak gunakan madu.

9) Melakukan pemijatan bibir menggunakan minyak zaitun utk membantu peredaran darah pada bibir. Jangan mintak tolong orang pijakkan ngan kaki sudah la......

Dalam banyak-banyak kekdah ni, aku baru try minum lebih banyak air kosong dan sapukan air tu kat bibir. Nak sangat makan buah, tapi stok dalam peti ais tu dah habis la plak. Malam tadik suruh cik hubby belikan kat pasar malam, tapi dia cakap susah nak parking.....huhuhu sadisnya aku.

Madu tu mcm bagus jerk jadikan pelembap, tapi kena sapu waktu siang je la. Aku tak berani nak sapu waktu malam, takut kang cik semut comolot lak ngan aku. Tak pasal-pasal besok pagi gi kerja ngan bibir besau...... tambah lagi satu penyakit. Agak-agak kan, lepas guna madu tu nanti, bibir aku leh jadik cam bibir kat bawah tu tak? hahaha......berangan jer la.....

Images from Googles

Isnin, 15 Jun 2009

AWARD DARI IBU ARIFA DALILA

Jom join aku naik Vespa??? Best ni kalau bawak ronda-ronda kat tepi pantai neh. Jangan bawak vespa ni lalu kat atas pasir pantai tu sudah!!! Terbalik karang vespa ni wehhh!!! Kejap ehhhh!!! Aku nak berangan bawak vespa japppp!!! sambil-sambil tu nak manjakan diri aku ni ngan hembusan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa ni......perhhhhh mau lentok aku neh kalau ada kengkawan yang kasik bantal!!!!

Thank u ya ibu Dalila yang sudi kasi award comellll ni..... kalau nak kasi vespa versi original lagik ain alu-alukannnn.....hahaha...... dah beri betis nak peha pulak aku neh......Antara syarat2 nya:

1. Copy badge "Blogger Friendship Award"di atas untuk diletakkan di blog anda.
Dah siap..........

2. Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Seperti yang aku hebahkan awal2 tadik, Ibu Dalila yang hadiahkan award ni.....Sekarang ni Ibu Dalila tengah sibuk belajar memandu......dah dapat lesen nanti leh la bawak Arifah Dalila jenjalan ya ibu....kalau nak tahu jugak, baby Dalila adalah pemenang pertama pertandingan Baby Cute Contest anjuran Mama Aqish hujung bulan April hari tu.....

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Pertama: Aku suka layan novel cintan cintun. Novel pilihan aku semestinya keluaran Creative ataupun Alaf 21.

Kedua: Aku suka baca majalah kekeluargaan.....biasa la ibu muda kans, so kena lah belek -belek majalah untuk tambah info. Majalah yang aku selalu beli biasanya majalah PaMa dan Seri Dewi dan Keluarga. Tiap-tiap bulan wajib beli walaupun bulan depan baru khatam baca. qiqiqi.....

Ketiga: Aku suka makan-makan. Kalau makan free lagik aku suka. hahhaha......ada sapa2 nak belanja aku dak??? Berlarik aku pergi tau........untungnya aku ni kan, makan banyak mana pun, badan maintain tak naik punya....kalau badan aku naik tu maknanya ada somebody kat lum perut aku neh....

Keempat: Aku suka jenjalan.......makan angin ler. Tak kira la dekat ke jauh ke janji keluar makan angin. Dapat jenjalan kat depan umah aku pun kira okey jugak la dari terperuk jer kat dalam rumah mcm orang kena jail....

Kelima: Aku suka kemas rumah......sakit jiwa raga aku kalau tengok rumah bersepah okeh. Sebelum aku gi kerja atau keluar kemana-mana, rumah mesti clear dulu. Sebelum nak tidur pun kena pastikan rumah kemas dulu, baru leh tido lena.

Keenam: Aku suka nyanyi sensorang......dari zaman sekolah sampai skang tabiat ni tak ilang-ilang. Sesaja hiburkan hati sendirik..... . Masa aku remaja dulu, mak aku slalu marah kat aku bila aku nyanyi kat dapur......dia cakap nanti aku dpt suami tua......tua pun tua lah, janji gagah perkasa kans!!!!

Ketujuh: Aku suka bila dapat gaji......mula la plan nak beli itu ini. Satu perkara yang wajib aku lakukan tiap kali dapat gaji semestinya belanja my laling hubby makan ikan bakar.....suka la hati dia.

Kelapan: aku suka tidur mengiring dan kat belakang aku mesti ada sokongan bantal....kalau tak tidur mesti tak lena. Paling pantang kalau aku tidur terlentang, mesti ada keliwon sesat tindih aku sampai sesak-sesak nafas aku.....huhuhu.....

Kesembilan: Aku suka buat kerja sambil kunyah makanan.......jangan ikut habit aku neh. Nampak sangat pekerja tak produktif kan? Asyik makan jer.......takde kerja lain.

Kesepuluh: Aku suka basuh bilik air a.k.a bilik mandi kat umah aku..... Bila nampak bilik air ni dah bersih kan, sayang pulak nak guna.....tumpang mandi kat umah kengkawan bolehhhhh???

4. Anda perlu memilh 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Giliran aku plak kasi homework kat kengkawan ya....

i. MamaD

ii. Shi3la

iii. Sis Nita

iv. Aini

v. Has

vi. Luna


Ahad, 14 Jun 2009

BUBUR JAGUNG

First time aku nak wat entry masak-masak. Aku ada niat jahat sebenornya.... ya Allah Kau ampunkanlah aku......Saje nak buat air liur adik aku kat Arab Saudi tu meleleh bila tengok entry aku neh....Achik, kat Arab Saudi ada ke bubur jagung cam gini? Sila telan air liur kalau terliur ehhh!!!! Sapa suruh ko gi lama-lama??? Bosan aku tak dok geng nak ngobro-ngobro....

Semalam vitamin "R" aku cam terlebih jerk. Apalagi aku buat la aktiviti memasak bubur jagung. Cian tengok jagung yang aku beli ari tuh, sampai naik kuning dah kulit dia.......Tuan dia reti beli jer, masak malaih. Aku benornya ngajuk ngan jagung nih. Asalnya kirim kat adik ipar aku  belikan jagung hybrid, tapi dia gi beli jagung kampung. Mana la sedap kalau rebus, dah la takde rasa apa, pastu isi dia bila makan macam hampas kelapa. Tak reti aku nak explain camne. Kekdahnya nak kasi feel sikit bila makan jagung ni kan, aku masak la dia jadik bubur........Sungguhhhh sodapppppppp..... 

Nampak tak kulit jagung yang dah kuning tu??? Kalau tengok kulit dia, memang takde selera nak makan kan??? Tambah tak berselera bila tengok isi dia yang dah kecut dan mcm gigi rongak tu.......

Tetiba plak rasa cam sedap bila tengok jagung yang aku dah hiris ni. Punya beria aku hiris, sampai atas muka Danish jagung ni terbang...... Sapa suruh menyibuk ngan mama kat dapur?? Yg aku tak tahan nak gelak tu, bila Danish ni tanya aku "Nape mama asyik duk ambik gambar jagung ni??". Hahaha...... "Mama nak tunjuk kat Achik, sbb kat tempat Achik takdok jagung". Bantai aku jawab, bukan dia tahu pun kalau aku tipu. Entah-entah kat tempat Achik tu ada jagung lagik besar dan best dr jagung mama ni. 

Sesambil tunggu jagung ni empuk, aku layan internet...... terjah mana-mana blog kengkawan yang sempat. Sambil tu jugak, hidung aku kembang kempis duk hidu aroma jagung yang tengah menggelegak kat dapur....... tak sabarnya tunggu bubur ni masak..... 

Tu dia, yang ditunggu-tunggu...... dah ready tuk kami makan. Perasminya udah tentu anak teruna ku itewww. "Sedappp ahhhh mama". "Puji ikhlas ke sesaje nak ambik hati mama tu". Part yang paling aku suka bila makan bubur jagung ni, pastinya saat melayan telur-telur katak yang memutih kat dlm pinggan tu??? Syokkk sungguh....... jangan la nanti ada plak telur2 ni yang menetas kat dalam perut aku sudah.......... 

Isnin, 8 Jun 2009

NEWBORN

Alahai...baby sape lah yang tomei dan putih melepaks ni. Geramnya mak nak cobit2 pipi dia neh. Kengkawan jangan jeles ya. Ni la dia adik Maisarah...... Kenapa??? Tak Caya ke???? Kehkehkeh......... aku tak heran kalau kengkawan tak caya. Yer la...... angin takde ribut takde, tetiba jer dapat baby kan!!!!!  Surpriseeeeeeeee Gitewwwww...

Selamat datang ke dunia yang sungguh indah dan penuh ngan pancaroba untuk budak tecik ni. Namanya Wan Nur Aina Afrina. Lahir pada 13/5 yang lalu. Skang dah masuk 25 hari dah..... Masa lahir berat dia 3.3 kg. Lebih berat dari abang Danish ngan kak Sarah pasal dorang dulu 3kg jerk. Aiiiikkkk!!!! Nape anak aku yang dua orang tu takde keturunan Wan, tapi baby yang ini ada Wan plak erk???  Sapa leh jawab ni???

Aku tanya aku jawab okeh. Baby ni milik kekal kawan baik aku masa form five dulu. Nama dia Wan Hamizi Wan Hassan. Budak laki paling manja dlm kelas aku.... kalau ler dia terbaca n3 aku neh...harus aku kena kutuk ngan dia. Akak pinjam gambor anok awak jap ya. Kasi glamor barang sehari dia......penyeri blog akak yang dah nak bersawang ni.... 

Aku rasa kans, pasni mesti ada kengkawan yg duk berangan nak timang baby lagik. Jangan berangan kosong jer kengkawan, harussss ada usaha, baru ada kejayaan....ahakkksss. All the best untuk kengkawan yang tengah berusaha keras mendapatkan cahaya mata. Kalau tanya aku......nanti ler dulu.  

Related Posts with Thumbnails