Khamis, 30 April 2009

JAJAN KITA

Ok ke kalau aku kategorikan kueh-kueh kat bawah ni sebagai jajan?? Ke ada perkataan lain yang sesuai ya? Jajan2 ni aku beli masa jenjalan kat Pasar Payang tempoh hari (cam tak sesuei jer panggil jajan). Jajan kita, tradisional made okeh. Seingat aku benda ni semua aku pernah jumpa masa aku kekecik dulu. Kiranya berpuluh tahun jugak la aku tak makan semua nih. Peyut aku ni pun dah macam ingat2 lupa dah camne rasa dia ..... yg pasti semuanya manis2 belako.

Kenapa tetiba plak aku buat n3 pasal jajan2 nih?? Ia sebagai peringatan kat aku dan anak2 aku kelak la. Dah tua2 nanti kot nya dah tak kenal dengan benda alah ni semua. Itupun kalau ada anak cucu dorang yang mewarisi ilmu buah kuih2 ni!! Kalau la seksok, anak cucu aku plak tanya kat aku apa nama jajan nih, leh la aku suh dorang check kat sini. hihihi....... Jom aku introducekan jajan2 ni satu persatu.... kalau salah tolong betulkan pasal aku pun tak sure betul ke idak namanya. kihkihkih...... teruk betul kan????

1) Putu Pulut Perasa Strawberry

2) Putu Pulut Perasa Pandan

3) Sarang Burung

4) Kacang Tumbuk

Dalam banyak2 jajan ni, yang last tu jer aku sempat makan. Sungguh la manis sampai sakit2 gigi aku dibuatnya. Dua jajan yang kat atas tu telah diperabihkan oleh Danish. Mama dia tak sempat meraso.... budak budak biasa la, benda manis memang dia sukeeeee. Sekarang ni tinggal stok sarang burung jer belum disentuh. Aku tak sampai ati nak makan sebenarnya, pasal aku kesian kat beburung tu nanti takde tempat nak berteduhh. Sekiannn............

Rabu, 29 April 2009

ENTRY TIME BUSY

Aku amat-amatlah sibuk seminggu dua ni. Bukan sebab aku banyak kerja tapi sebab aku sibuk cari kerja atau dengan kata lain saje2 menyibukkan diri. Hambek ko!!!! pening ler kepala korang semua nak pahammm. Aku bukan apa tauuuu, aku takmo nanti orang kata aku ni makan gaji buta......walaupun sebenarnya kerja aku tak pernah pun tak siap!!! Kalau mulut tempayan senang la nak tutup, mulut manusia ni tuhan je la yang tahu..... kepada sesiapa yang terumpat atau memang sengaja mengumpat dan mengata aku, baik lah korang cepat2 insaf.

Banyak citer sebenarnya yang aku nak share kat sini, tapi keadaan dan masa tak berapa mengizinkan. Kena tunggu betul2 free baru boleh buat n3. Lately aku sempat singgah kat blog sorang dua jer, yang lain tak sempat. Nak tinggal komen pun tak sempat jugak. Korang jangan kecik hati, nanti aku free aku singgah lagi. Kepada yang sudi singgah kat blog aku nih, walaupun tanpa n3 baru, terima kasih banyak2.

Nak jimat masa punya citer, aku jawab tag jer lah kali nih. Tag dari eryn ngan ma. hahhaha..... punya lah lama aku simpan tag ni, sampai 2 kali kena tag, baru leh jawab. sorry yerk......

Anda perlu printscreen wallpaper/background desktop anda yang tengah guna sekarang. Jangan tipu2 tau....

Ini bukan tipu okeh. Betul punya. Kalau orang lain printscreen, aku punya kasik kelainan ckit. Siap ambik gambar tuuuu. Pasal aku buta it, tak reti nak printscreen. kahkahkah!!!! gelaklah kalau korang nak gelak, aiman tak kisahhhh. Janji hutang tag aku langsai. Erynn ngan Ma, korang leh terima kan???? kalau korang berdua tak leh terima, ajar aku nak printscreen kat komen n3 nanti k. Ni wallpaper pc aku kat opis, kalau kat rumah takde la gambar gini. Hubby aku letak gambar faveret dua jerk. Gambar faveret aku dia reject.

Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda itu...
Kenapa aku suka wallpaper ni..... pasal aku suka tengok anak dara aku yang happy bila dapat jumpa dan bergurau ngan pooh dia. Bila anak aku happy, aku pun happy sekali la.... bila aku penat buat kerja, aku pandang kat dekstop tu. Satu terapi minda yang sangat berkesan pada aku. Penat dan sakit kepala automatik hilang. Ada majik orang cakap. Kalau rindu dan tetiba teringat kat dia, aku singgah jer kat dekstop tu, pandang-pandang dan renung-renung gambar dia. Pasal tu jugak aku belum tukar lagi wallpaper ni walaupun dah dekat 2 bulan pakai.

Tag 10 people... 10 penama yang dipamerkan di sini... sila jawab, okeh...
Taknak tag sapa2 kali ni, sebab aku ngajuk pasal korang malas buat homework. Kepada yang rajin dan takde kerja, dengan sukacitanya dipersilakan. Tiada sebarang paksaan okey. Dahhhhhhh.....

Rabu, 22 April 2009

SANTUNNYA GADIS MELAYU

Alang-alang dah beli baju baru kan, so kasik melaram la. hahaha.... jangan bising-bising tau..... baju ni mama belum basuh lagi nih, tapi mama bagi Sarah try dulu. Mana tahu kot-kot la tak muat ke atau terlebih muat ke kan?? Nanti boleh mama Sarah tukar balik. Nak tukar balik???? Banyak cantik!!!! Bukan dekat wehhh..... jawabnya lain bulan ler.......

Bila dah pakai baju macam ni kan, sopan santun kena lah jaga. Takmo panjat-panjat maaa. Takmo gedik-gedik maaaa. Anak mama kena tunjuk contoh teladan yang baik, nanti kawan-kawan boleh ikut macam Sarah. Like Thisss............

Perempuan melayu kalau duduk kat lantai atau tikar, kenalah bersimpuh. Bukannya duduk bersila..... itu gaya orang laki-laki. Kalau orang tua2 bagi nasihat, kena dengar dan tundukkan kepala. Itu tandanya kita akur dengan kesalahan kita dan berjanji takkan ulang kesilapan tu lagi..... Gooood Girl!!!!!

Bila menguap dimestikan menutup mulut serapatnya. Nanti kalau syaitan masuk susaaah. Lagipun menguap ngan mulut ternganga tu kan tak senonoh ropenya.

Ni lagi satu mama nak pesan nih. Bila berpakaian biarlah sempurna. Cantik dah kebaya Sarah tu mama tengok, tapi kenapa belah kainnya..... Fesyen lain takde ke? kan ke dah terjojol keluar lutut tu ...... (pesanan dari pihak penaja: 1) sila abaikan lututku yang kelihatan kerana tukang jahit tersilap belah kat depan 2) tudung tidak diaplikasikan di dalam situasi ini kerana lokasinya hanya di dalam rumah sahaja). Wassalam..............

Selasa, 21 April 2009

KEBAYA BATIK UNTUK MAISARAH

Baru je seminggu lepas aku duk berangan nak buatkan baju kurung atau kebaya untuk anak dara aku nih. Duk fikir-fikir sapa lah yang sanggup jahitkan baju budak kecik. Maklum la, tukang jahit zaman sekarang nih, semuanya demand-demand belako. Takmo jahit baju budak. Payoh le, lambat le, tak untung le, dan macam-macam le lagi. Mana nak untung nya, upah jahit baju budak berapa hinggit sangat compare ngan baju orang dewasa kan? Letak rege tinggi-tinggi karang, orang complen upah mahal la pulak. Payah nak buatnye kemain lagi. Bukan senang nak potong kain kecik-kecik tau.... walaupun aku ni tak reti menjahit, tapi aku tahu le juga jerit perih si tukang jahit nih. Susah-susah sangat beli je yang dah siap. Idak pening pale......

Ahad lepas, kebetulan aku ngan hubby gi Kuala Terengganu melawat sepupu dia yang meninggal. Balik tu kami pun singgah le kat Pasar Payang. Cadangnya nak beli buah mempelam yang tengah hangat kat pasaran sekarang nih. Musim buah mempelam meranum agaknya. Alang-alang dah sampai kat Pasar payang ni, kami pun cuci mata ngan batik2 dan kain sutera yang dijual kat situ. Adoii mak, cantik-cantiknya. Tengok memang berkenan, tapi part membeli mintak maaf banyak-banyak ler. Tak berminat nak membeli. Bukan apa, akak tak kose nak menjaga batik sutera ni. Cerewet benor. Nak pakai pulak, kena beria gosoknya, kalau tak kedut tak hilang. Malasss la akak. Yang akak beli sebelum ni pun, tergantung jer kat dalam lemari tu. Sampai dah makan diri dah batik sutera tu......

Jalan punya jalan, aku ternampak la baju batik untuk budak bergantungan kat satu kedai ni. Ada la dekat 10 helai dengan pelbagai saiz. Wahhh.....peluang keemasan nih. Aku nak carikan untuk Maisarah sepasang. Pilih punya pilih akhirnya bukan sepasang yang aku beli, tapi 2 pasang dah. Cukup-cukuplah mama oiii, lain kali boleh datang lagi. Inilah dia dua pasang baju kebaya batik yang aku beli untuk si dara pingitan Maisarah.

Isnin, 20 April 2009

ANAK SAPA NANGIS NIH!!!!

DUDUK KAT RUMAH IBU, BUKAN MAIN CERIA LAGI DIA ....... BALIK JER RUMAH MAMA KORANG TENGOK LA APA JADIK.
MEMULANYA...... JALAN-JALAN CARI BARANG. BUKAN BARANG NAK BUAT KUEH, TAPI BARANG BUAT MAINAN AKU NIH. SEBELUM TU, KENA PEGANG DINDING NI, SEBAB JALAN AKU TAK BETUL LAGI. BARU NAK JALAN, JATUH!!! BANGUN.... KANG JATUH LAGI!!! APA DAAAA.....

PASTU, JELING2 ORANG SEBELAH. MAMA TAKDE LA ...... MANDI KOT .... ADA CAN!!!!

AKU LEH BUAT OPERASI NIH..... NAK BUKAK LEMARI KARTOON NI...... SELONGKAR APA YANG ADA KAT DALAM..... QIQIQI... SERONOKNYA AKU.....

INI DIAAAA ........... BEG OREN ....... BEG MEKAP MAMA..... HAHAHA...... MAMA MANA ADA BARANG MEKAP, SIKAT NGAN BEDAK ADA LA....

ALAMAK!!!! MAMA DAH KELUAR ARRRR....... AKU BARU JE NAK BUKAK BEG NI. NAK TENGOK APA BENDA KAT DALAM NEH!!! MAMA JANGAN LA AMBIK MAMA...... JANGAN LA....... HUWAAAAAAAAAAAA.....................

video

MELALAK DAH ANAK DARA NIH!!!! SIAP HENTAK2 KAKI LAGI TU!!! AIHHH..... BURUK BENOR PERANGAI CAM GITU EHHH. TAK MAKAN PUJUK DAH NI......... JAWABNYA MAMA JUGAK YANG NAK KENA MENGALAH NI ........... ALAHAI ANAK OMAKKKK.
SAAAYANGGG BUCUK-BUCUUUUK.

AWARD LAGI

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan penyampai anugerah kategori berikutnya iaitu Datin Aini Aziz naik ke pentas.

Dengan ini diumumkan pemenang bagi anugerah blogger paling cool jatuh kepada MAMA DANISH & SARAH.

Ada ke anugerah untuk kategori cam gini....... takde erk? Takpa, biar aku ada-adakan.

The rule:

1. The winner can put the logo on his/her awesome blog.

2. Link the person you received your award from.

3. Nominate at least 7 other blogs.

4. Put links of those blogs on yours.

5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated!

Aku juga dengan suka hatinya nak share award yang aku dapat ni dengan semua blogger yang berkunjung ke teratak mama danish & sarah ni.

Terima Kasih Semuaaaaa.........
I LOVE U ALLL!!!!

Khamis, 16 April 2009

MAMA.....SARAH LAPARRR

Ni cerita lamaaaa. Alkisahnya aku ngan hubby gi KL sebab temankan sepupu aku hantar anak dia ke IJN. 3 hari 2 malam kat sana. Cian sungguh anak dara aku nih. Kebuluran sebab tak dapat makan bubur nasi hok mama dia masak. Macam mana lah mama nak masuk bubur, kat hotel tu mana ada dapur segala. Bilik mandi ngan katil adooo la.

Sib baik hari pertama tu aku bawak bekal bubur nasi siap2. Dapat jugak dia makan. 2 hari selepas tu melantak bubur Mc D je la. Rosak aku punya boikit ngan produk israel nih. Bukan suka-suka tapi aku terpaksa. Takkan nak biar Maisarah puasa kot. Keciaaannnn..... kecik lagi dia ni. Kalau tak aku suruh dah ganti pose aku. kihkihkih....... aci ke? Mana aci kan Sarah!!!! Mama pandai-pandai tinggal, mama ganti sendirik la. Nape Sarah plak yang kena????

Tengok dia punya beria nak bukak plastik Scottish tu. Puas dia godek-godek, tapi tak dapat-dapat. Jahattt la mama nih. Siap simpul mati tu. Tak cukup kenyang lagi ke anak mama ni??? Laparrr la mama....... aku agak la. Kalau ada ibu kan bagus. Kejap-kejap makan, kejap-kejap makan. Cuma badan Sarah jerk tak kembang-kembang. Nakkkk ibuuuu......

Gitu lah citernya kalau nak gi mana-mana bawak anak kecik nih. Paaayah fikir pasal makan dorang. Nak kena bawak bekal segala. Bukan macam kita, semua main balun jer. Dahhhhhhh finish ceritoooooo.

Rabu, 15 April 2009

MALAS UPDATE


ACI TAK KALAU HARI NI AKU MALAS UPDATE. PENYAKIT "M" UNTUK BERFIKIR DAN MENAIP NI BETUL-BETUL MENGUASAI DIRI. HEY "M"!!!! TOLONG LA MAIN JAUH-JAUH. JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK???? PI KACAU ORANG LAIN LA.......

HARI NI AKU NAK GI JENJALAN RUMAH JIRAN-JIRAN AKU. NAK MENGERATKAN SILATURRAHIM DAN BERTANYA KHABAR...... MACAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG TV9 TU..... BAGUS KAN??? HABIS KAMPUNG DIA SINGGAH, CUMA KAMPUNG AKU JE BELUM LAGI....... BANGGA ORANG KAMPUNG WEHHHH..... MACAM KITA JUGAK LA KAN.... SUKA, SERONOK, BAHAGIA, TERHARU DAN MACAM-MACAM PERASAAN LAGI KALAU DAPAT TETAMU. KALAU BOLEH HARI-HARI NAK JEMPUT DORANG DATANG RUMAH. KEPADA YANG SUKA SINGGAH KE TERATAK BURUK AKU NI, DAN HARI-HARI DUK JELING TINGKAP RUMAH AKU DAH BUKAK KE BELUM (dah update belum), SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENGHARGAI KALIAN....


HAI NAPE LAH SENTIMENTAL SANGAT AKU HARI NIH. MUNGKIN PASAL DARI PAGI TADI HUJUN TURUN MENCURAH-CURAH AGAKNYA. OTAK MACAM DAH BEKU NIH, BADAN PUN SEJUK SEMACAM JERK..... RASA MACAM NAK TIDO PUN ADAAA....HAHAHA...... KEPADA YANG SUDI MELAYANZ AKU MELALUT KALI NIH....... NAH AKU HADIAHKAN KORANG SEMUA BISKUT YANG CANTIK MANTIK NI. JANGAN BEREBUT-REBUT TAU......... KONGSI-KONGSI K........




Selasa, 14 April 2009

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA


Siapa kata perempuan yang dah kahwin tak boleh jadik cam anak dara. Boleh pasti boleh. Tapi mestilah kena dengan caranya. Tak payah pakai botox-botox segala. Jom amalkan petua yang aku nak share kali ni.

Petua ni datangnya dari Dr. Fatimah Az-Zahra. Tujuannya agar kaum ibu menjaga diri supaya sentiasa jadi macam
'ABQARO' menurut ayat di dalam surah Al-Waqiah.


'ABQARO' ni bermaksud "PERAWAN YANG SENTIASA MENJADI PERAWAN". Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu bagi menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

CARANYA: Lepas solat Isya', ambil segelas air dan baca Al-fatihah sekali. Selepas itu, baca Ayatul Qursi sekali dan seterusnya surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Dibawah ni adalah makna ayat dari Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 yang aku dapatkan dari tafsir Al-Quran:


(56:35) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa"


(56:36) "Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)"


(56:37) "Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya"


(56:38) "(Semuanya itu diuntukkan) bagi puak kanan".


Semoga kita akan terus disayangi dan menyayangi. Insyaallah juga rumahtangga kita akan aman bahagia hendaknya. Aminnn.

Isnin, 13 April 2009

FRESHKAN OTAK DI KALA MENGANTUK

SIAPA MENGANTUK? MEH SINI AKU KASIK BANTAL. TAK CUKUP? APE? NAK TILAM BAGAI ......... MENGADO-NGADOOOO ...... PI BALIK RUMAH LA...... KALU TAKMO BALIK, DUDUK BERSILA KAT SINI, LAYANAAZZZ KAWAN AKU PUNYA TEKA TEKI.
1) DALAM BANYAK-BANYAK AIR, AIR APA YANG PALING BERANI? KALAU NAK TAHU JAWAPANNYA IALAH AIR TERJUN.... SEBAB DIA BERANI TERJUN......HAHAHA....

2) BANYAK-BANYAK BINATANG, BINATANG APA KELUAR HAID...... NAK TAU CARIK SENDIRIK. .. TAKDOK ...... ADA LA... JAWAPANNYA KURA-KURA... ITU PUN TAK TAHU, KELUAR HEAD...SAJA BUAT LAWAK... KIH..KIH..KIH

3) KALAU ANDA SEMUA ORANG YANG PANDAI, MANYAK-MANYAK SUNGAI, SUNGAI APA YANG PALING BERAT?
JAWAPAAAAANYA...... SUNGAI BESI.......HAH....HAH.....HAH..... LAWAK DAK? LAWAK LAAAAAA...

4) NI LAGI SATU TEKA-TEKI, HURUF JAWI APA YANG ADA ANGIN? HA...JAWAB JANGAN TAK JAWAB....... NAK TAU APA...... HURUF TA ...... DAN YA...... TAYAR.....HEHEHE

5) NIH LAGI SATU NIH, KASUT APA YANG PALING KERAS?? PIKIAQ2 ....... APA? KASUT BATU.... SALAH MAAA..... KASUT BATA LAAA...... MUHAHAHA...... LAWAK KA???


6) ADA LAGIIII........ SEBUAH BAS TELAH BERHENTI SECARA MENDADAK KERANA HAMPIR TERLANGGAR SEEKOR KATAK. APAKAH YANG AKAN TURUN DAHULU SELEPAS PEMANDU ITU BERHENTI? JAWAPANNYA IALAH METER BAS TU LAH.....

7) KALAU KORANG PANDAI MATH, 5 ORANG CINA TOLAK 3 ORANG INDIA, JADI APA? ORANG INDIA TU JATUHHHH LA......

8) CUBA TEKA...... MOUSE KOMPUTER JANTAN KE BETINA?? JAWAPANNYA BETINA LER, SBB DIA PAKAI PAD. HEHE


9) HIDUPAN APA DI DALAM LAUT SANA PAALING TUA..... JAWAPANNYA UDANG SEBAB DIA SUDAH BONGKOK DAN BERJANGGUT.. HA..HA...HA...


10) APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? HA.... JAWAPANNYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKAN LAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK PLAK..... TAK SESUAI TAU.

NGANTUK LAGI KE? KOPI O PANAS SATUUUU.

Ahad, 12 April 2009

NAK CANTIK PUNYA CITER

JOM BERISTIGHFAR DULU SEBELUM TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI. AKU PUN TAK TAHAN NI. NGERI, SERIAU NAK MUNTAH PUN ADOOO. NI MEMANG KERJA GILA. SANGGUP TAHAN SAKIT SEMATA-MATA NAK LAWAAA. LAWA KE? PADA AKU HAMPEHHH. WAK SAKIT BADAN JERK.

SESI ROBEK-MEROBEK

KEKADANG AKU PUN TAK FAHAM NGAN PERANGAI SESETENGAH MANUSIA NI. APA LA DIA DAPAT DENGAN BUAT BADAN DIA CAM GINI. MUNGKIN BANGGA KOT. KALAU TAKAT NAK BANGGA PASAL TATU PENUH KAT BADAN, BAIK LA PI TERJUN BANGUNAN. MAKSUD AKU PAKAI PAYUNG TERJUN LA, BUKAN TERJUN PASAL NAK BUNUH DIRI. JANGAN..... BERDOSA BESAR TU......

BADAN YANG DAH SIAP DI SIAT-SIAT

Sabtu, 11 April 2009

YA RABBI

video

MEH LAYAN VIDEO NI. BUDAK-BUDAK NI TENGAH ASYIK MAIN BOTOL PLASTIK. NI DANISH PUNYA KERJA LA. BAWAK BOTOL AIR SAMPAI KE RUANG TAMU. ADIK TU PULAK MEMANG HANTU BOTOL. NAMPAK JE TERUS MINTAK KAT ABANG. YANG BUAT AKU TAK TAHAN TU, BILA DENGAR MAISARAH NI GELAK. SEDAR KE TIDAK ENTAH BUDAK KECIK NI. SILAP HARIBULAN KARANG TIDUR MALAM MENGIGAU PULAK. AGAK-AGAK KORANG DIA GELAK PASAL BOTOL TU JATUH KE ATAU PASAL ABANG DIA DUK SEBUT YA-RABBI.

Jumaat, 10 April 2009

PLAYING WITH THE POOH


SERONOK BILA TENGOK MAISARAH MAIN NGAN MAMA POOH NI.
TAK SIA-SIA ABAH HADIAHKAN KAT SARAH. DIA PUNYA GALAK MAIN MACAM LA MAMA POOH NI BERNYAWA. PALING DIA SUKA TANG HIDUNG POOH TU. PUAS DIA CIUM, KARANG DIA TARIK LA PLAK. AKU AGAK KALAU POOH NI HIDUP, LAMA DA SARAH TU KENA NGAPPP!! UNTUK AUNTIE ERYN, SARAH HADIAHKAN GAMBAR NI KAT AUNTIE. BUAT KENANG-KENANGAN SBB BAGI IDEA KAT MAMA SARAH YANG LEMAH IT TU. KALAU SUKA LETAK KAT BLOG K.

Khamis, 9 April 2009

TAG DARI NONIE

Dua hari berturut-turut jawab tag. Macam takde kerja lain dah..... hutang kena la langsaikan, kang berdosa plak. Layaaaaanz jangan tak layaaaanz. Nonie aku jawab nih.

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku ni Mama Danish & Sarah. Aku pilih nama ni sbb akulah mama kepada putera puteri itu. Anak-anak permata hatiku.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://mama-danishsarah.blogspot.com/. Memandangkan aku kering idea nak namakan blog aku ngan nama apa, aku gabungkan je la nama anak-anak aku tu.

3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Takde sebarang method yang digunakan. Semuanya main hentam keromo.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? sebabnya?
Oh tidakkkkk. Aku dah jatuh cinta ngan blog nih sbbnya ni dah macam diary aku.Diari yang semua orang leh baca. Lagik satu kan ni la tempat aku kenal korang semua.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Aku suka baca blog nonie part perbualan dia ngan anak2 dia. Mama bijak bersama ngan anak2 yang bijak jugaaaa. Nonie pandai explain kat anak2 dia yang suka bagi soklan cepumas. Aku boleh la pinjam idea dia, kalau anak aku tanya soklan yg sama. Bukan senang nak layan bebudak yg serba nak tahu ni.

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag?

- Pertama: Eryn yg rock sbb dia dah rockkan kepala otak aku. Pening sampai sekarang tak ilang.
- Kedua: Ciklinn yg belum pernah kena ngan aku.
- Ketiga: Puan Hanis sbb dialah follower pertama aku.
- Keeempat: Azie meh wak homework skali
- Kelima dan terakhir: Viruspadu, kalau rajin buatlah.

Rabu, 8 April 2009

ERYN, NAPE TAG AKU?



SEBELUM AKU JAWAB TAG KO AKU NAK AMBIK AWARD NI DULU..... MEKACIH SBB KO LAH ORG PERTAMA YANG BAIK HATI BAGI ANUGERAH NI KAT AKU. SORRY LA AKU AMBIK MASA YG AGAK LAMA NAK SELESAIKAN HUTANG NI..

APA NAMA PENUH ANDA?
NAK TAHU GAK KE NAMA PENUH AKU NI? AKU TRANSLATE NAMA AKU KE BAHASA MELAYU, NANTI KO CARI DALAM BAHAWA ARAB, NAMA AKU APA? BUAT KIJE CKIT, JANGAN MALASSSS..
NAMAKU: "CAHAYA MATAKU BINTI KHANI"

NAMA APA YANG ANDA HARAP ITU NAMA ANDA?
AKU SUKA NGAN NAMA AKU SKRG. TAK PERNAH MENGHARAP DAN MENGIDAM NAMA LAIN SELAIN NAMA NIH.

POST 4 PICTURES KORANG YANG EKSKLUSIF YG XDE SAPE TENGOK LAGI..
GAMBAR AKU TAKDAK YANG EKSKLUSIF, GAMBAR BUDAK KECIK NI KIRA BOLEH LA YA.

BUDAK KECIK PANTANG JUMPA KAIN, DIA START MAIN BA BA CAK

BA BA CAK ..... LA AUNTIE ERYN RUPANYA..

TRAINING CAMNE NAK PAKAI SELUAR KECIK.

KENA DERA NGAN ORANG UTAN

APA KENANGAN PALING BERMAKNA DALAM JIWA RAGA ANDA?
SAAT BERGELAR TUNANGAN ORANG, SAAT BERGELAR ISTERI ORANG, SAAT BERGELAR MAMA ORANG, SAAAATTTTTT.....BERAPA BANYAK SAAT DA......

APA PRINSIP HIDUP ANDA?
AKU ADALAH AKU, SUKA HATI KORANG LA APA KORANG NAK CAKAP. AKU TAK KISAH.

APA PERANGAI ANDA YANG PALING BURUK?
NANTI AKU TANYA KENGKAWAN AKU APA PERANGAI BURUK AKU, SBB AKU TAK RETI NAK NILAI DIRI AKU SENDIRI. YG AKU TAHU.....KALAU AKU PENAT MULALAH AKU HANGIN SATU DUNIA. BURUK KE PERANGAI CAM GITU?

TULIS DIA ATAS SEKEPING KERTAS N POSTKAN JUGA.
ERYN, KO BIAR BETUL NAK AKU POS NI. KOT IYA PUN, KASIK LA ALAMAT AWAL2. SEKARANG TAK BLEH DAH, CLOSING DATE DAH LEPAS.

TAGKAN 10 ORANG KENALAN ANDA
NI LAH PERKARA PALING SUSAH AKU NAK BUAT. AKU BARU JE KAT DUNIA BLOG NI, KAWAN2 PUN ENTAH BERAPA KERAT JER..... TOLONG LER AKU ERYNN.....KEPADA YG KENA TAG NGAN AKU, JANGAN MARAH KAT AKU, KORANG PI MARAH KAT ERYN K.....

1. KAK IZAWANI
2. ZANA
3. NONIE
4. INDAH FRB
5. KAK LUNA
6. KV
7. KAK ATIE
8. AMEEN
9. HANIS
10.SEPHIA

JANGAN MARE.... NANTI LEKAS TUAAAAA

Selasa, 7 April 2009

BELAJAR TAEKWANDO



AKHIRNYA AKU TUNAIKAN PERMINTAAN DANISH UNTUK BELAJAR TAEKWANDO. KALAU DIIKUTKAN DARI BULAN LEPAS LAGI DIA NAK FOLLOW KELAS NI. MEMANDANGKAN DAH PERTENGAHAN BULAN, SO TEACHER DIA ADVICE START CLASS BULAN APRIL JE. KIRA-KIRA DANISH NI DAH KETINGGALAN 3 BULAN KELAS. MULANYA AKU INGAT DAH TAK NAK KASI MASUK, TAPI BOSAN HARI-HARI DIA DUK TANYA, AKU PUN SETUJU LA.

AKU PUN TAK TAHU APA AKAN JADIK KAT ANAK AKU LEPAS BELAJAR TAEKWANDO NI NANTI. SEKEJAP POSITIF THINKING, KARANG DATANG PLAK NEGATIVE THINKING NYA. FAHAM-FAHAM JE LA KALAU DAH BELAJAR PUKUL MEMUKUL NI, SILAP2 KARANG NGAN MAMA SKALI KENA DEBIK. KALAU SEBELUM NI ASYIK MAMA JE DUK DEBIK DIA, PAHNI GILIRAN DIA PLAK DEBIK MAMA. HAHAHA.... PADAN MUKA AKU. KALAU DANISH BUKAK TAEKWANDO DEPAN MAMA SIAP LA..... MAMA KARATE DANISH.....

HARAPAN AKU LEPAS NI DIA JADI LEBIH BERANI DAN BERDIKARI. TAK MAHU JADIK MACAM GRADUATION DAY TAHUN LEPAS. PAKAI BAJU LAWA2 UNTUK FASHION SHOW, LAST2 TAK MAHU NAIK PENTAS. HANGIN SUNGGUH AKU DIBUATNYA.....

Isnin, 6 April 2009

BIRTHDAY PRESENT FOR ME

'Bagi memenuhi janjiku pada Azie, ari ni aku buat free show apa yang aku dapat sempena ngan birthday aku yg dah basi tu (birthday day je basi tau, hadiah tak basi k).... Yang tak nak tengok tu, tutuplah mata anda buat seketika. Ni diaaaa..... dari ibu Sarah tercinta. Pagi semalam dapat nih. Duk kat office pun asyik teringat kat hadiah dlm kete. Mama malu nak bawak kat office bu, nanti Abah J nampak. Kena cover line ckit. Hihihi.....Yang kelakarnya, disebabkan hadiah ni kan, hubby aku kena bebel ngan mak mertua aku. Dia mati2 kata hubby aku nak kasik hadiah kat pompuan lain. Kesiannnn.

Puas duk berteka-teki sorang diri, apalagi sampai rumah je,terus bukak hadiah laaaa.




Taraaaaa...... sepasang kain untuk dibuat baju. Sungguh cantik dan bercorak batik lagi. Ibu, terima kasih daun keladi, tahun depan kasik 4 lagi..... hahaha... Terima kasih sebab bersusah payah hadiahkan kain ni. Terima kasih juga untuk Abah J yg setia menemani ibu keliling kedai cari kain yg sesuai untuk mama. Bu, terima kasih segalanyaaaaa......



**************************************************************************************

Yang ni pulak hubby aku hadiahkan tanpa sebarang surprise mengsurprise. Handbeg ni kami sama2 pilih waktu jenjalan kat Sogo Selasa lepas. Aku yang mintak dia hadiahkan sebabnya aku dah tak kose bawak beg buruk aku. Bukan sbb beg tu dah lama, tapi sbb beg tu kecik sangat. Tak muat aku nak letak barang si Maisarah bila nak keluar kemana-mana. Mana taknya ngan pampers dia, donkey busuk dia, botol susu lagi, puting lagi, sapu tangan lagik. Aku ni jenis tak suka keluar jalan bawak dua tiga beg. Pahni ngan si kecik ni skali aku buleh taruk dalam beg ni. hahaha.... puas hati aku.



Ahad, 5 April 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME

JUMAAT, 3 APRIL 2009

Surprise!!

TARIKH KERAMAT INI MENJENGAH LAGI..
MENGKHABARKAN PADA DUNIA ....
HARI INI, DETIK INI, TIKA DAN SAAT NI...
AKU....30 TAHUN SUDAH RUPANYA.....
DI USIA INI.....AKU BERSYUKUR....
PUNYA KELUARGA YANG BAHAGIA...
PUNYA SUAMI YANG PENYAYANG DAN BERTIMBANG RASA.....
PUNYA PUTERA DAN PUTERI YANG KELETAH DAN MANJA.....
PUNYA TEMAN DAN SAHABAT YANG SETIA......
BERSYUKUR JUGA KERANA AKU MASIH DIBERI PELUANG BERIBADAT DAN BERDOA PADANYA.....
SEMOGA HARI2 YANG BAKAL AKU LALUI SENTIASA DIBAWAH PETUNJUK DAN PERLINDUNGANNYA....
YA ALLAH YA TUHANKU..... KAU KURNIAKANLAH KEPADAKU KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Khamis, 2 April 2009

SAPA PERNAH GUNA NI??


PERTAMA KALI AKU GUNA LIQUID NI 2 BULAN LEPAS. KHUSUS UNTUK MEMBERSIHKAN BOTOL NGAN PUTING SUSU DANISH DAN SARAH. SEBELUM NI ASYIK PAKAI SUNLIGT JER WAK BASUH BOTOL ANAK. ENTAH BERAPA BANYAK BAHAN KIMIA DAH MASUK DLM PERUT ANAK AKU. ADIK AKU YG INTRODUCE BENDA ALAH NI. ADA 2 PERASA TAU.... SATU OREN DAN SATU LAGI PERASA MINT. AKU PAKAI YG PERASA OREN TU, ADIK AKU PLAK PAKAI YG PERASA MINT. PADA AKU LA, PERASA OREN TU LAGI BEST, SBB YG MINT TU CAM BUSUK CKIT BAU DIA.

BERAPA REGA DIA? MURAH LA KOT? AKU BELI KAT THE STORE DLAM 18 HENGGIT. LAIN STORE MUNGKIN BERBEZA SKIT REGANYA. DAH DUA BULAN PAKAI, SATU BOTOL PUN TAK HABIS LAGI NI. APA YG PENTING, LIQUID NI BUKAN JE KITA BULEH PAKAI UNTUK CUCI BOTOL NGAN PUTING SUSU ANAK KITA, TAPI BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK CUCI SAYUR DAN BUAH. HUBBY AKU SIAP WAK CUCI TANGAN DIA PLAK DAH..... RUGI CIK ABANG OII...
Related Posts with Thumbnails